BAB 7

703 57 7
                                    

Mannal menyapa satu demi satu ahli keluarga yang berada di ruang tempat memasak sekali dengan pembantu-pembantu rumah Puan Fakhira seramai lapan orang.

Mannal menghampiri mereka.

"Assalamualaikum, Adik kepada Fajr." Wanita muslimah itu menyapa Fauqiyya.

"Waalaikumussalam, Kakak kepada Mawiza. Kak Mannal cuti kah sekarang?" Awal-awal Fauqiyya sudah bertanya. Mannal menarik kerusi dan duduk di hadapan mereka. Meja yang terletak di bahagian dapur ini kecil sahaja; gunanya hanya untuk melakukan kerja-kerja menyediakan bahan seperti memotong sayur, mengupas bawang dan sebagainya.

Puan Khawla dan Puan Fateema dilihat masih menguli sesuatu di meja yang lagi satu. Ingin membuat roti arab barangkali?

"Haah. Kakak cuti seminggu. Minggu lepas baru pulang dari pangkalan." Cekap sahaja Mannal mengambil sayur-sayuran yang berada di dalam raga dan mula mencapai pisau. Sempat dia bertanya kepada seorang pembantu rumah Puan Fakhira tentang masakan yang akan menjadi menu mereka untuk makan malam nanti.

"Ooh..." Fauqiyya membalas perlahan. Suasana sunyi sedikit. Najla menekur lantai. Aura yang dibebaskan oleh seorang Kayyisa Mannal ini bukan calang-calang. Aura wanita berkaliber dan independent dapat Najla rasakan meskipun kurang sepuluh minit mereka di sini.

"Yang di sebelah kamu ini; siapa?" Najla tersentak apabila fokus tiba-tiba beralih kepadanya. Tangannya terhenti daripada mengupas bawang merah.

"Ini tunang Abang Fajr." Najla masih mendengar dengan tekun.

"Ohhh..." Suara itu mengendur sedikit. Senyumannya masih manis walaupun jelas berubah daripada senyum tadi. Kini senyuman itu mencerminkan kekecewaan.

"Assalamualaikum. Nama saya Kayyisa Mannal. Nama kamu?" Najla terkaku. Mannal sudah menghulur tangan untuk mereka bersalaman.

"Waalaikumussalam... Er..." Najla menyambut bersama senyuman kekok. Nak reply apa? Maas salamah? Sobahan-nur? Eh tapi dah petang jadi perlu guna Masaan-nur ke?

"Kak Najla tak pandai bahasa Arab. Kak Najla orang Melayu tulen." Fauqiyya mengambil alih tugas menterjemah. Najla hanya tersengih cuba membakar kejanggalan.

"Oh... I see. Sorry, i did'nt know. My name is Kayyisa Mannal, a relation of Fajar Baihaqi. Aged 27. May i know your name, young lady?" MasyaAllah lembut dan lunaknya suara seorang Kayyisa Mannal. Aduhai, Najla yang perempuan ni pun boleh cair. Insekiyor is hitting me right now!

"Hi Kayyisa, my name is Najla Khairiyyah. Originally a Jawa from Malaysia. I'm 1 year younger so i may call you Kakak. Nice to meet you." Najla membalas beraama suara yang cuba dilembutkan. Gagal. Najla memang lahir dengan suara maskulin agaknya.

"No need to call me Kakak or Sister. Let's just call each other by name shall we?" Najla mengangguk sebagai jawapan.

"Qiyya." Fauqiyya mengangkat kepala memandang ke arah Mannal.

"Abang Fajar balik sekali ke?" Najla dengar nama Fajar tetapi Najla hanya buat tidak tahu. Bukannya dia isteri Fajar pun hendak ambil tahu semua benda.

"Ada, Abang Fajar dan Qiyya bawa Kak Najla ke sini pun untuk perkenalkan dengan keluarga." Fauqiyya menjawab.

"Hm... Akak segan hendak bertanya tetapi, Abang Fajar memang sudah lama berkawan dengan Kak Najla ke?" Najla berhenti sekejap apabila mendengar namanya disebut.

"Apa kata Kakak tanya sendiri pada Kak Najla?" Fauqiyya tiba-tiba bangun. Najla sudah tidak senang duduk. Jangan tinggalkan akak sendirian Qiyya!

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now