BAB 4

768 50 4
                                    

Najla mundar-mandir di sisi keretanya. Basyirah yang baru keluar sebaik mengunci pintu rumah sewa mereka memandang pelik ke arah rakan serumahnya itu.

"Assalamualaikum, Cik Najla. Dah kenapa buat senaman jalan kaki depan rumah ni?" Tegur Basyirah.

"Waalaikumussalam Syirah sini kejap." Najla menggamit Basyirah dengan nada cemas. Basyirah hanya menurut.

Tangan kanan Basyirah dicapai oleh Najla sebelum ditekapkan pada dahinya.

"Kau dah kenapa ni Najla? Risau aku. Selalu waktu macam ni kau dah dekat pejabat." Basyirah hanya membiarkan tangannya berada dalam pegangan Najla.

"Dahi aku panas tak?" Basyirah menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Najla. Keluhan meluncur keluar dari dua ulas bibir Najla. Tangan Basyirah jatuh apabila dilepaskan oleh Najla.

"Ya Allah kenapa lah malam tadi tak hujan. Boleh aku main hujan bagi demam." Najla bersuara sambil mendongak langit. Basyirah semakin pelik.

"Kau dah kenapa? Tak pernah-pernah sepanjang lima tahun kau kerja bawah Encik Zamri, kau berperangai macam ni. Baru sehari bekerja bawah Fajar Baihaqi, kau dah jadi gila? Hebat betul aura Fajar tu." Najla menjeling ke arah Basyirah yang sudah pulun ketawa. Dia belum memberitahu Basyirah tentang kejadian tak masuk akal semalam boleh lah gadis itu tertawa.

"Aku tak nak kerja Syirah." Najla merengek seperti anak kecil sambil menggoyang-goyangkan lengan Basyirah. Tawa Basyirah mula reda sebelum gadis itu menggeleng perlahan.

"Tak payah nak mengada. Pergi cepat kalau tak nak lambat. Aku nak pergi sekolah dah ni. Karang aku lambat kena perli dengan cikgu senior." Basyirah menarik tangannya daripada pegangan Najla. Malangnya Najla masih menggenggam erat tangan molek gadis genit itu.

"Kau bukan cuti ke hari ni? Sejak bila Jumaat sekolah buka?" Soal Najla. Baru dia perasan bahawa hari ini hari Jumaat.

"Aku kena buat persediaan untuk program ahad nanti. Dah lah lepas. Nanti karang lambat."

"Lepaskan tangan saya Cik Najla, fajar sudah lama menyinsing meninggalkan kita. Fajar Cik Najla pula sedang menunggu di pejabat sana." Najla mencebik ke arah Basyirah yang sudah mula mengeluarkan kata-kata pujangganya. Mentang-mentang dia guru Bahasa Melayu.

"Saya pergi dulu ye, Cik Najla?" Basyirah melambai sebelum masuk ke dalam Kia Piccanto miliknya. Najla ditinggalkan sendirian bersama semikan. Tak nak masuk kerja!

-

"NAJLA, masuk bilik saya dan bawa laporan akhir untuk kes 183A4 yang saya minta semalam."

"Baik Tuan." Najla mematikan panggilan. Dia merenung ke arah telefon pejabat yang tidak digunakan sepenuhnya sejak dia bekerja di bawah seliaan Fajar.

Tepat jam 8.30 pagi, Najla mengetuk pintu bilik Fajar Baihaqi. Fail yang diminta oleh peguam muda itu diletakkan di atas meja mahogany berona coklat kemerahan. Fajar mengangkat kepala bagi memandang ke arah Najla. Najla masih berdiri menanti ucapan terima kasih oleh Fajar sebelum dia dibenarkan beredar.

"Awak pasti hanya fail ini yang perlu awak bawa pada saya?" Kening Najla terangkat. Rasanya hanya itu pesanan yang dikirimkan oleh Fajar melalui panggilan telefon tadi.

"My coffee, Najla." Najla tepuk dahi. Dia lupa! Najla berpaling untuk membuka pintu sebelum gerakannya terhenti. Dia kembali berpaling pada Fajar. Fajar masih memandangnya tajam.

"Err... Kopi O tambah apa Tuan?" Najla bertanya sambil mengoyak senyum paksa.

"Secubit garam." Fajar sudah berhenti menyandar. Dia merehatkan kedua tangannya di atas meja membentuk segi tiga bersama tenungan tunak pada Najla.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now