RR-5

316 21 2
                                    


"Siap kemas dah semua?" Fajar muncul dari pintu bilik mandii yang terbuka. Rambutnya yang basah dia keringkan dengan menggunakan tuala sederhana besar. Najla mengangguk tanpa membalas dengan suara. Punggung diangkat dari birai katil menghampiri susuk si suami.

Tuala bertukar tangan. Fajar tundukkan sedikit badannya semata-mata agar si isteri tidak perlu mendongak terlalu lama bagi membantu dia mengeringkan rambutnya. Sebaik selesai, satu kucupan hangat dihadiahkan pada dahi si isteri.

"Terima kasih Habibti." Senyum manis jadi tukaran pada budi dan tanda kasih yang dihulurkan.

"Habib akan ambil Qiyya di terminal atau kita tunggu di rumah sahaja?" Soal Najla seraya menggantungkan tuala sederhana besar yang digunakan untuk mengeringkan rambut suaminya tadi. Meja solek didekati dan botol wangian kepunyaan Fajar dicapai.

"Qiyya cakap dia suruh kita tunggu di rumah saja. Nanti dia akan dihantar oleh abang kepada kawannya." Najla menghampiri Fajar dan menyemburkan sedikit wangian di tangan seadaanya sebelum melakukan hal yang sama kepadanya. Sejak-sejak dia mengandung ni, memang tak terpandang dah perfume kepunyaan sendiri yang pelbagai. Wangian si suami yang cuma sebotol tu juga yang dia sembur ke badan pagi petang siang malam. Nasib Fajar tak alah dengan bauan maskulin itu. Kalau tidak mahu bergaduh juga. Seorang suka seorang tak tahan.

"Abang kawan dia? Mereka berdua saja ke dalam kereta?" Najla mengikut langkah Fajar ke tangga. Mereka menuruni tangga sambil Fajar berjaga-jaga akan keadaannya sedangkan sudah berpuluh kali dia tegaskan bahawa setakat tangga dua tingkat ni apalah sangat. Encik Lawyer Melayu-Arab ni biasalah. 'Lebih baik berjaga-jaga dari apa-apa terjadi pada orang yang saya sayang,' katanya.

"Habibti ingat Habib bagi ke kalau berdua je dengan Syed tu? Memang tak lah. Adik Syed tu, kawan sekelas Qiyya ada sekali. Kawan dia tu yang pelawa Qiyya naik dengan dia. Kalau tak Habib yang jemput adik kesayangan awak tu balik sini. Rasanya tak lama dah ni sekejap lagi mereka sampailah." Melopong sahaja Najal mendengarkan klarifikasi Fajar Baihaqi. Mereka menghampiri pintu utama sebelum Fajar memulas tombol bagi membolehkan cahaya luar menambahkan cahaya dalam rumahnya.

"Ada nak beli apa-apa lagi ke sebelum kita bertolak petang nanti? Habib nak keluar sekejap ni beli mask muka dengan stok perfume. Karang seminggu kat sana, seminggu muka tu cemberut je perfume ni habis." Najla hanya tersengih. Fajar yang tak perlu diberitahu hendak buat apa. Fajar ini yang dia suka sejak dulu lagi.

Sebaik sahaj kelibat si suami hilang dari pandangan matanya, senyuman Najla pudar sedikit.

"In shaa Allah tak ada. Kalau ada nanti Najla beritahu terus." Fajar mengangguk sembari menyarungkan kedua belah kasut kulit miliknya. Hendak ke kedai sahajapun bukan main berkasut kulit. Tangan kanan dihulur kepada Najla untuk bersalaman sebelum mereka berpisah kedudukan.

Sempat dia usap perlahan ubun-ubun isteri sebelum salam dileraikan.

"Tunggu Qiyya elok-elok. Jangan nak buat benda merepek-merepek. Karang apa-apa jadi susah pula. Habib pergi dulu. Apa-apa telefon tau." Najla angkat jari telunjuk kanan dan dirapatkan dengan jari hantu kanan seterusnya diletakkan pada kening kanan tanda 'roger in roger out.' Kaki melangkah meninggalkan si isteri. Helmet kehitaman dicapai dan disarungkan ke kepala. Hanya beberapa minit sahaja diambil untuk Fajar beredar dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi miliknya.

Sebaik sahaja kelibat si suami hilang dari pandangan, senyum Najla memudar sedikit.

Dia menelek dengan ekor mata susuk yang sedia memerhatikan mereka sejak tadi. Dia nampak dan dia jelas. Bukan sekali dua bahkan selalu sepasang mata itu menjadi pemerhati.

Aneh, apa yang diperhatikan agaknya?

"Cik Dahlia. Tengok apa tu?" Baru harini Najla ada perasaan hendak bertanya. Sebenarnya kalau diikutkan dengan hati, dia sudah dapat mengagak apa jenis jawapan yang hendak diberikan oleh si jiran tetapi berbekalkan sabar segenggam dia ringankan bibir bertanya.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now