BAB 22

603 52 2
                                    

Selepas entah berapa lama dia terlena, kelopak mata diangkat berat. Rasa nyeri masih tersisa di pipi kanannya walaupun sudah ditutupi dengan plaster kecil. Lantaklah siapa pun yang tampal. Dia kisah apa?

Najla serta-merta mendecit apabila Fajar berada betul-betul di hadapan matanya.

Fajar yang sedang leka memerhatikan wajah isterinya terpana sebentar. Dia meraup wajah kasar sebelum memasang riak tak peduli.

"Nak apa? Drive tu?" Lirikan berbalut benci dilemparkan tunak pada anak kata Fajar.

"Jangan berdegil. Bagi sebelum saya dapat arahan untuk geledah rumah keluarga Cik." Fajar membalas dingin. Dia bangun. Kedua tangannya diselukkan ke dalam poket seluar jeans longgar yang disarungnya.

"No. Not my family. Diorang tak tahu apa pun pasal drive tu!" Najla bertempik tegas. Walaupun tiada jam di tangannya, dia pasti waktu sudah menginjak malam memandangkan pemandangan di tingkap sudah mulai gelap.

"So where? Mana drive tu?! Benda akan jadi mudah kalau Cik tak berkeras dari awal." Fajar bertanya lagi. Mendesak isterinya kali ini.

Najla masih diam. Secara tiba-tiba riak wajah Fajar Baihaqi berubah 180 darjah. Anak mata itu merenung redup ke dalam anak mata Najla.

"Habib minta maaf." Senyum sinis menjadi balasan kepada Fajar Baihaqi. Maaf?

"Siapa Habib? Kau ada kenal dia ke? Aku ingat dia dah mati." Lancar sahaja Najla membalas. Fajar masih tak lepas memandang wajah isterinya.

"I have my own reason, Habibti." Suara Fajar lembut kali ini.

Najla diam.

"Tolonglah. Jangan berkeras. I am doing all this for us. For your family. For everyone." Fajar masih memujuk. Najla enggan memberi reaksi.

Fajar tiba-tiba berpaling dan meraup wajah kasar.

"Cik nampak jam ni?" Jam tangan yang mendakap tangannya dibuka dan diletakkan di atas peha Najla bersama suara yang bertukar keras. Najla perasan, itu bukan jam tangan sama yang selalu Fajar pakai ke mana-mana. Entah sejak bila Fajar pakai jam tangan jenama itu pun langsung Najla tak perasan. Nampak sangat perhatiannya cuma satu. Fajar Baihaqi.

"Sebelum jarum panjang cecah dua belas, jarum pendek cecah dua belas. Tepat tengah malam nanti. Dua jam dari sekarang, saya akan pastikan drive tu ada dalam genggaman saya." Fajar berlalu keluar tanpa menoleh.

Najla mencebik. Geram, marah, sedih, kecewa. Cakap sahaja. Perasaan apa yang tiada dalam hatinya sekarang? Oh lupa. Hatinya sudah remuk redam ditikam suami sendiri. Kau ada?

Waktu berlalu. Jarum pendek semakin menghampiri sebelas malam. Masih belum ada apa-apa input dari Fajar Baihaqi. Najla mencebik.

Poyo. Lelaki semua sama. Cakap je lebih.

Belum sempat Najla hendak lelapkan mata dek kerana kepenatan, pintu dirempuh masuk. Seorang lelaki yang entah apa namanya bukan Najla peduli pun; menghampiri Najla bersama sebuah telefon bimbit yang menyala. Tanpa banyak soal dan bicara, telefon bmbit itu dilekapkan di telinga kanan Najla.

"Assalamualaikum Najla. Apa khabar?" Najla terkesima mendengar suara ibunya, Puan Nafeesa dari hujung talian.

"Wa- waalaikumussalam Umi. Kha-- khabar baik." Tergagap-gagap Najla membalas. Berjuta persoalan menghuni kotak fikirannya saat ini. Tolong. Tolong jangan ibu bapanya.

"Kamu ni dah lama tak balik. Telefon pun tidak. Alih-alih Fajar datang cakap Fajar dengan kamu nak bawa ibu dengan ayah pergi umrah. Ya Allah ini ke sebab kamu dah lama tak telefon? Terkejut Umi dengan Abi. Cepat-cepat tengah kemas barang ni. Kamu dah dekat airport ye?"

Laju air mata Najla mengalir.

"Umi....." Belum sempat Najla beri amaran, suara ibunya sudah digantikan sengan suara seseorang yang takkan akan pernah dia lupakan melodinya. Kini dan sampai mati.

"Saya dah jumpa drive tu. Pandai cik sorok. Bawah katil ada compartment. Belajar dekat mana ni? Movie?" Fajar bertutur sinis. Najla sudah teresak-esak. Sakit. Sakit sangat hatinya. Seperti ditusuk sembilu dari sejuta arah. Belum sempat darah pada luka tusukan kering, sudah dicarik-carik seribu.

Sesakit inikah dianiaya susuk yang disayang sepenuh hati?

"Kau dah dapat drive tu kau nak apa lagi?! Jangan permainkan mak bapak aku Fajar! Kau menantu diorang. Kau lupa ke?!" Najla sudah berteriak ganas. Dia tak sanggup. Cukup sajalah dia yang ditipu. Bukan kedua ibu bapanya. Kedua ibu bapanya yang selama ini terlalu percaya sisi baik seorang Fajar Baihaqi.

"Diorang mak bapak cik. Bukan mak bapak saya. Password dia apa?" Fajar bertanya bersama suara dingin.

"Kau keluar dulu dari rumah mak bapak aku. Kau datang sini Fajar Baihaqi. Jangan bawa diorang pergi mana-mana." Najla cuba berkompromi.

"Saya boleh percayakan cik ke?" Fajar menyoal kembali. Nafas kasar dihembuskan oleh Najla. Dadanya berombak tanda amarah.

"Aku janji. Kau datang sini. Apa kau nak aku bagi. Jangan sentuh keluarga aku!" Najla memberi amaran keras.

"Baik. Jumpa di sana." Panggilan mati. Najla longlai. Dia hilang daya. Hilang upaya. Lelaki tadi keluar usai panggilan ditamatkan. Najla berteman sepi sekali lagi.

Tepat jarum jam bertindih pada angka dua belas. Pintu terkuak dari luar. Fajar Baihaqi masuk dengan berhoodie hitam. Satu cakera keras tersisip di genggaman tangan kanannya.

"Kau datang. Tepat." Najla menyapa terlebih dahulu. Fajar tak ambil peduli. Dia memasang peranti untuk membuka cakera keras di tangan.

"Cik dan janji cik. Tunaikan." Fajar bersuara keras.

Najla mencebik. Kepala ditundukkan sekejap. Sebaik sahaja diangkat kembali pandangan matanya, dia disapa dengan acuan pistol jenis magnum. Najla menelan liur.

"One bullet for one wrong passcode." Hujung senjata api itu masih menghala tepat ke dahi Najla.

"One bullet here. Apa pun kau tak dapat."

"Ada banyak cara untuk menyeksa tanpa mematikan Cik Najla. Jangan main-main dengan saya." Anak mata Fajar tunak memanah ke dalam iris Najla. Najla sedikit gerun. Kesunyian menghambat mereka berdua.

"Sekarang. Saya tak banyak masa."

Najla masih diam.

BANG!

Kaca tingkap berderai. Bahu Najla terhinjut. Pistol diacukan kembali ke arah Najla.

"Peluru ni bukan peluru mainan." Amaran demi amaran meluncur laju dari dua ulas bibir Fajar.

Najla genggam rapi kedua-dua tangannya. Kebiruan mula mengambil alih warna kedua-dua tapak tangannya. Dia serasa seperti kukunya sudah menembusi lapisan dermis kulitnya. Tak sakit. Kalau dibandingkan dengan nanah dalam hati.

"Cepat!"

"Tarikh nikah kita. Empat digit hari dan bulan letak di tengah. Dua digit depan daripada tarikh lahir saya. Satu dari depan. Satu digit kedua dari belakang. Dua digit belakang, satu digit ketiga tarikh lahir suami saya dan digit terakhir tarikh lahir suami saya. Enam digit semuanya." Fajar mendengar sambil menaip. Laju.

"Terima kasih." Peranti ditutup dan Fajar berlalu keluar meninggalkan Najla. Air mata gugur lagi.

Entah kenapa, Najla boleh sahaja menuturkan satu demi satu digit yang digunakannya sebagai nombor tetapan keselamatan untuk cakera keras itu. Namun begitu dia masih ada secebis harapan. Harapan bahawa dengan menyatakan makna dari setiap digit itu, rasukan apapun yang selama ini mengongkong suaminya; akan terlerai.

Seperti magiskah Najla?

Nampaknya Najla masih belum sedar sepenuhnya. Dunia bukan magis. Dia sedang dikhianati dalam sedar. Dalam sedar dia dihancurkan susuk yang mengangkat akad pada dirinya di hadapan walinya sendiri. Dunia bukan magis yang menjanjikan bahawa dengan sekali kerdipan mata semua ini berakhir.

Bukan sebegitu.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now