BAB 24

649 56 4
                                    

"Assalamualaikum Umi." Salam dihulurkan Najla usai panggilannya kepada Puan Nafeesa berangkat.

"Waalaikumussalam Najla. Kenapa telefon Umi ni?" Puan Nafeesa membalas dengan nada biasa. Najla gigit bibir bawah. Nampak seperti tiada apa-apa berlaku.

"Saja nak tanya. Umi kat mana?" Najla menanti jawapan dengan debaran. Pandangan dibuang ke arah hiruk pikuk bandar Johor Bahru yang dipisahkan dengan tingkap kaca bilik anak dara Puan Masyitah.

"Umi kat kampung lah Najla sayang. Dah kenapa tanya soalan pelik-pelik ni?" Kening Puan Nafeesa berkerut di hujung talian.

"Pasal Umrah tu?" Najla bertanya bersama kerutan yang sama. Dia baru bangun dari mimpi ke?

"Oh pasal tu, Fajar kata dia tukar plan pergi minggu depan. Tapi kamu dengan dia tak ikut ye? Dia cakap kamu dengan dia ada bussiness trip." Najla terdiam. Pandai betul Fajar puter belit situasi ye?

"Umi." Najla tak jawab persoalan terakhir ibunya. Ada sesuatu yg lebih mustaham yang perlu dia bicarakan pada Puan Nafeesa.

"Ye?" Puan Nafeesa menjawab santai. Walaupun dia sedikit pelik dengan perilaku Najla hari ini, tetapi dia berkeputusan hendak menurutkan sahaja.

"Najla nak beritahu Umi dan minta tolong Umi buat sesuatu untuk Najla boleh? Dengan syarat Umi tak tanya kenapa." Najla terus menyatakan secara jelas kehendaknya.

"Kamu kenapa ni Najla? Okay tak?"

"Umi please."

"Baiklah Umi cuba. Apa dia?"

"Najla nak berhenti kerja. Najla nak sambung belajar dekat pantai timur. Jauh dari semua orang. Kalau pasal duit, tak apa, Najla ada duit simpanan. Dah masuk nanti Najla apply PTPTN."

"Umi faham dan Umi sokong saja cumanya Fajar bagaimana?" Seperti yang dijangka, itu persoalan pertama Puan Nafeesa pada anak dara kesayangannya itu.

"Fajar izinkan. Najla pernah tanya dia dulu. Tapi, Fajar tak perlu tahu kat mana Najla sambung belajar. Najla minta kalau Fajar atau keluarga Fajar bertanya tentang Najla. Umi diamkan sahaja. Tolong."

"Kamu bergaduh dengan Fajar?" Najla menggeleng walaupun tiada dapat dilihatt perilakunya oleh Puan Nafeesa.

"Cerita dia panjang. Najla tak nak susahkan Umi pula fikir macam-macam. Najla baik-baik je Umi. Najla minta tolong itu je Umi. Tolong Najla?" Najla merayu sesungguhnya kepada Puan Nafeesa. Keluhan tipis terlepas dari dua ulas bibir wanita itu.

"Baiklah. Umi cuba." Najla mengoyak senyum usai balasan itu dia terima.

"Tolong pujuk Abi untuk buat benda sama ye Umi? Terima kasih Umi. Umi doakan yang baik-baik untuk Najla ye?"

"Umi tak pernah berhenti doakan anak tunggal Umi. Sentiasa." Najla jadi sebak. Air matanya mula bertakung di tubir mata. Terasa kekuatan doa seorang ibu sedang menopang kiri dan kanannya waktu ini.

Sungguh beruntung dia kerana masih mempunyai seorang ibu tempat bergantung dan seorang ayah tempat bermanja walaupun sudah punya suami tempat berkasih sayang.

Najla hampir tergelak. Berkasih sayang? Kelakar.

"Terima kasih Ummi. Najla gerak dulu. Assalamualaikum." Najla menutup panggilan sebelum sempat yang di sana menjawab salam. Dia tak punya banyak masa. Dia perlu pulang ke rumah suaminya untuk dia kemaskan segala barangan miliknya.

Ya, dia perlu keluar dari rumah milik dia dan Fajar.

Belum sempat dia keluar, telefon berdering meronta-ronta agar Najla memberi sepenuh perhatian padanya.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now