RR-3

325 20 5
                                    

Spotify plays : Oh wanita by Khai Bahar.

-

Fajar menelan liur. Kalau diikutkan pada hati hendak saja dia mengangguk dan mengikut Najla naik ke rumah keluarga gadis itu tapi dia tidak boleh lepas laku. Sudah dia uruskan perihal ini dengan Nasruddin maka dia hanya perlu menanti hasilnya sahaja.

Matanya masih menari pada muka surat yang sama sejak tadi. Dia langsung tak berupaya  hendak fokus dengan kertas kerja di dalam tablet miliknya. Kepala asyik memikirkan entah apa yang terjadi di ruang tamu rumah Najla.

Entah sejak bila Najla tiba di tepi pintu kereta tempat Fajar duduk, secara tiba-tiba pintu tersebut dibuka perlahan. Najla menunduk sedikit bagi membenarkan Fajar merenung sepenuhnya wajah putih bersih kepunyaannya.

"Saya minta maaf sangat-sangat tapi Abi saya minta saya pelawa Tuan naik. Kalau Tuan tak keberatan." Najla menyatakan hasratnya tanpa berlengah lagi. Fajar berdehem perlahan.

"Tutup aircond."

Fajar akhirnya kalah dengan desakan hati sendiri. Lantaklah apa pun hendak jadi yang penting dia mahu tahu apa yang terjadi di ruang tamu rumah kayu tersebut.

Setibanya dia di ruang yang dimaksudkan, seorang lelaki separuh baya yang dia kenal sebagai bapa kandung kepada si pujaan hati menyuruh dia duduk dengan sopan. Fajar akur tanpa banyak bicara.

"Back to the question, sejauh mana kau goreng Umi dengan Abi aku? Hangus dah ke?" Najla menikam Nasruddin dengan pandangan tajam.

Fajar menyembunyikan senyum.  Wajah dingin tak peduli dia tayangkan.

'Go gurl. I like garang gurl.'

"Makanlah kuih peneram ni. Masih panas lagi. Maaf ye kalut-kalut macam ni." Seorang wanita yang duduk di sisi Encik Khair sempat berbisik kepada Fajar. Fajar mengangguk perlahan bersama ucapan terima kasih ringkas. Tiba-tiba perutnya seakan-akan bergendang meminta agak dia menjamah seketul dua kuih peneram yang tampak begitu menawan di dalam pinggan yang terhidang. Kalau cicah dengan kopi ni pergh!

Seketul peneram dia ambil bersama basmalah. Anak mata tidak dia fokuskan lagi kepada keadaan.

"Apa maksud awak Najla? Itu semua salah faham." Jawab Nasruddin dengan nada rendah. Sesekali Fajar mencuri pandang raut wajah Najla. Nampak benar nyaris-nyaris ada lelaki yang akan makan penampar 70km per jam siang ini.

"Aku bertunang dengan dia sebab aku kesian. Aku boleh bertunang dengan kau senyap-senyap. Lepas aku kahwin dengan Najla, kita kahwin." Najla mengajuk ayat Nasruddin tempoh hari. Nasruddin membisu. Puan Nafeesa dan Encik Khair Jamalyanto pula terkesima.

Fajar? Masih menjamah kuih peneram untuk ketul yang entah ke berapa.

"Najla, kalau iya pun kita boleh selesaikan selepas majlis nikah kamu. Kurang sebulan lagi Najla. Takkan nak batalkan?" Cadangan Puan Nafeesa buat kepala Najla berasap.

Jangan kan Najla. Fajar jua turut sama terkena bahangnya. Tidak! Rancangan ini tak boleh gagal sama sekali!

Fajar mengelamun bersama ketulan kuih peneram dalam mulutnya. Bagaimana kalau Najla setuju? Bagaimana kalau keluarga Najla tetap bertegas dengan pernikahan mereka?

"Tuan Fajar." Fajar yang sedang mengunyah kuih peneram tersedak apabila namanya meniti di bibir Najla.

Kepala diangkat memasungkan anak mata kepada Najla yang jelas-jelas sedang merenungnya. Dia abaikan semua pasang mata yang turut sama terpasak pada dirinya saat ini.

Masalahnya, kenapa Najla tampak lebih terkejut dari dirinya sendiri?

"Apa-apapun Umi, Najla memang tak akan dan tak nak kahwin dengan mamat jambu gatal nak kahwin dua ni. Najla ada Fajar."

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now