Open Pre Order

765 10 0
                                    

Assalamualaikum.

Welcome November! 😍😍 Kami datang lagi dengan kombo bertiga. 😆 Jemput untuk dapatkan kombo kali ini. 😘

❤️❤️❤️𝐊𝐎𝐌𝐁𝐎 𝐇𝐄𝐑𝐎𝐄𝐒❤️❤️❤️

🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR  🧡

Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di kediaman suami isteri itu.

Namun takdir juga kadang-kala terlihat begitu kejam. Di saat Huda tenang bekerja dengan majikannya itu, Marini rupanya sedang bertarung hidup dan mati.

"Akak minta tolong Huda, boleh?" PUAN SRI MARINI

Atas nama budi. Huda terima amanat terakhir Marini.

"Jangan pernah awak berharap saya akan layan awak seperti saya layan Marini. Jelas?" TAN SRI IZHAR

Jelas. Huda tidak pernah berharap, apatah lagi berimpian. Sedang Huda berusaha menunaikan amanat Marini, Izhar pula  masih dibelenggu rindu pada yang telah pergi.

“Saya hairanlah dengan tan sri ni. tan sri tak kasihan ke pada anak-anak? Mereka perlukan kasih sayang tan sri. Tapi, tan sri asyik dalam dunia tan sri sendiri. Apa yang tan sri buat ini tak elok untuk tumbesaran anak-anak.”  HUDA

Hingga satu masa, Hati Izhar kembali berdetak dengan rasa istimewa untuk wanita yang selama ini setia disisinya.

"Boleh kita mula kisah baru? Huda, abang dan anak-anak." IZHAR

Andailah semuanya semudah itu...

"Kamu  tahu asal usul dia? Kisah silam dia?" DATIN SYUHADA

Hati Izhar mula curiga apabila seorang demi seorang dari kisah silam Huda muncul mengganggu mereka.

"Huda tak ada sesiapa. Huda cuma ada abang dan anak-anak saja...- HUDA

Apakah Huda akhirnya akan menggapai bahagia? Apakah benar cinta Izhar telus buatnya atau dia sekadar pelepas sepi cuma?

🧡 PESONA CINTA TAN SRI 🧡 ( HARDCOVER)

"Masa silam saya teruk. Saya bukan lagi anak dara, Tan Sri." - CHEMPAKA

"You are my first love, Chempaka. I don't care if you're a virgin or not. All I know is that I want you. Full stop." - TAN SRI HANS ABRAR

Sejak kali pertama melihat Chempaka, hati Hans berdetik, 'maybe she is the one.'

Kelam kabutnya Chempaka buatkan dia tertarik. Gadis itu ada sesuatu yang disorokkan. Gadis itu penuh emosi.

Nekadnya Hans mahukan Chempaka membawa mereka ke alam rumahtangga. Rumahtangga yang dibina dilayari dengan penuh bahagia. Cinta mula berputik di hati Chempaka.

Namun, lelaki yang pernah ada dalam hidup Chempaka suatu ketika dulu muncul kembali. Dia mahu menebus kesalahannya yang merosakkan hidup Chempaka.

"I want you back. I akan bertanggungjawab atas segalanya." - ZARITH

"Semuanya dah terlambat. Aku tak perlukan kau." - CHEMPAKA

Tidak boleh secara baik, dia berpakat dengan ibunya menggunakan taktik kotor untuk merampas Chempaka dan mendapatkan harta Hans.

Bagaimanakah rumahtangga Hans bersama Chempaka? Bertahan atau tersadai sepi setelah dilanda badai?

🧡 DHIA, THE BAD BOY'S CINDERELLA 🧡

Daripada luaran, ramai yang mencemburui Dhia Dahlia. Gadis jelita yang dilimpahi kemewahan. Tetapi tiada siapa sangka di sebalik semua itu, dia derita di dalam rumah sendiri. Didera mental dan fizikal oleh mama dan kakaknya. Mujur ada ayah yang sangat menyayanginya.

"Aku tak nak kau goda bakal suami Dewi." – Puan Zura
"Sanggup mama tuduh Dhia macam tu..." – Dhia
"Manusia ni rambut saja sama hitam, Dhia. Dalam hati siapa tahu."- Puan Zura

Kehadiran Aydan menambah masalah hidup Dhia. Lelaki itu sepatutnya menjadi abang ipar dia, tetapi lain pula yang berlaku. Aydan perangkap dirinya!

“Kau diam, boleh tak! Kalau kau nak Dewi selamat, kau diam!"- Aydan
"Kau orang berdua memang jahanam! Kalau nak jadi setan jangan libatkan orang lain!"- Dhia

Aydan memang lelaki idaman ramai, tapi bukan idaman Dhia! Bagi Dhia, Aydan adalah Mr Bad Boy. Dhia tak mahu menambah derita sekiranya menerima Aydan dalam hidupnya. Puas dia menolak, tapi Aydan yang licik lebih dahulu bertindak membuatkan kebencian kakak dan mama kepada Dhia makin menggunung.

Rumah tangga mereka dingin dek kebencian Dhia yang menebal. Namun saat melihat Aydan berubah, Dhia jadi lembut hati.

Baru mereka nak bahagia berdua, datang pula badai yang lain. Mampukah mereka bahagia seperti mana kisah dongeng yang telah tertulis?

🧡 DIA LELAKI DURJANA 🧡 ( REPRINT)

Tengku Izhan Farish, adalah satu nama yang gah. Setiap kali disebut nama itu membuatkan mana-mana perempuan akan datang menyerah diri kepadanya tanpa perlu dicari.

Dianugerahkan kesempurnaan dengan pakej rupa yang kacak, badan yang sasa dan berpoket tebal menjadikan Farish alpa dengan duniawi. Tetapi semua itu bersebab. Ada satu kisah hitam disebalik ke ‘durjanaan’ Tengku Izhan Farish.

Pertemuan tanpa sengaja dengan Afrina Zuhaira menimbulkan satu rasa di hatinya. Rasa ingin menakluki. Penolakan demi penolakan dari Afrina seakan mencabarnya.

"Aku tak kira, malam ni aku nak juga hak aku. Kalau confirm kau masih virgin, esok kita kahwin." – TENGKU IZHAN FARISH

Bagi Afrina Zuhaira pula, bertemu dengan Farish adalah detik malang dalam hidupnya. Andai boleh diputarkan masa, dia takkan jejakkan kaki ke tempat dimana dia berjumpa Farish.

Dirinya terjerat dengan permainan kotor yang dicipta Farish. Hidupnya tidak ubah seperti perempuan simpanan di dalam sangkar emas. Setiap kali disentuh tanpa rela, dalam hatinya sentiasa berharap yang Farish sudi menghalalkan hubungan mereka daripada terus diselubungi maksiat.

"Awak nak saya mampus? Awak nak bunuh saya? Bunuhlah. Bunuh! Saya lebih rela mati kena bunuh dengan awak dari awak jadikan saya tempat pemuas nafsu. Awak cakap saya ni jalang, habis tu awak apa?? Lelaki gila seks? Ke lelaki bernafsu binatang?" – AFRINA ZUHAIRA

Dalam setiap lorong gelap mesti ada penghujungnya yang cerah. Begitu juga cerita lelaki durjana seperti Farish. Lama bergelumang di dalam dunia yang penuh noda dan dosa, hidupnya dikurniakan satu cahaya yang bakal merubah seluruh hidupnya.

Gelaran lelaki durjana yang disandang Farish tidak akan terus kekal bersamanya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Bagaimana Farish akan berhadapan dengan Afrina setelah apa yang dia lakukan? Mampukah Afrina memaafkan lelaki durjana seperti Farish?

 Apakah sebenarnya yang berlaku? Bagaimana Farish akan berhadapan dengan Afrina setelah apa yang dia lakukan? Mampukah Afrina memaafkan lelaki durjana seperti Farish?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Whatsapp : 0173255126

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Whatsapp : 0173255126

PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now