CETAKAN SEMULA

241 4 0
                                    

Hi, saya tengah bukak pre order reprint novel PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR dan juga Novel terbaru KAU MAWARKU.

Berminat boleh whatsapp ya0173255126

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berminat boleh whatsapp ya
0173255126

BLURB

🌹 KAU MAWARKU 🌹

MAWAR ARISSA, dia wanita mandiri. Tanpa insan bernama lelaki, dia masih boleh hidup dengan bahagia.

Tambahan pula, dia langsung tidak percayakan cinta dan lebih tepat, dia tidak percayakan lelaki. Baginya lelaki sekarang tak boleh dipercayai. Apatah lagi, untuk dia berikan hati.

Sehinggalah Dato' Akhbar, si bujang terlajak muncul menganggu hidupnya.

Saban hari, saban masa sehingga perasaannya mula berentak luar biasa.

"I ni anak dara tua, Dato'." - Mawar

" I pula bujang terlajak, Mawar. " - Akhbar.

DATO' AKHBAR, dia pemilih? Ya mungkin. Tetapi baginya, lebih kepada mencari seseorang yang boleh membuat jantungnya bergetaran. Seseorang yang boleh membuat dia mahu melindungi dan mencintai dengan sepenuh hati.

Sayangnya, hati memilih wanita yang terlalu keras jiwanya. Mampukah Akhbar menawan si gadis yang langsung tak berhajat mencipta cinta, apatah lagi berumahtangga?

Mereka akhirnya bersatu jua. Akhbar fikir dia telah berjaya menawan hati si bunga kesayangannya.

Namun, duri yang sekian lama membelit Mawar. Membuat mereka saling terluka.

"Biar I jadi hero you buat selamanya. Don't push me away, Mawar..." - Akhbar

"Too bad... Our story is not a fairytale, Dato' Akhbar." - Mawar

Berjayakah Akhbar selama-lamanya menjadi hero kepada cinta hatinya atau dia akhirnya mengalah dari mencintai si Mawar penuh berduri itu?

🌹 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR🌹

Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di kediaman suami isteri itu.

Namun takdir juga kadang-kala terlihat begitu kejam. Di saat Huda tenang bekerja dengan majikannya itu, Marini rupanya sedang bertarung hidup dan mati.

"Akak minta tolong Huda, boleh?" - PUAN SRI MARINI

Atas nama budi. Huda terima amanat terakhir Marini.

"Jangan pernah awak berharap saya akan layan awak seperti saya layan Marini. Jelas?" - TAN SRI IZHAR

Jelas. Huda tidak pernah berharap, apatah lagi berimpian. Sedang Huda berusaha menunaikan amanat Marini, Izhar pula  masih dibelenggu rindu pada yang telah pergi.

“Saya hairanlah dengan tan sri ni. tan sri tak kasihan ke pada anak-anak? Mereka perlukan kasih sayang tan sri. Tapi, tan sri asyik dalam dunia tan sri sendiri. Apa yang tan sri buat ini tak elok untuk tumbesaran anak-anak.”  - HUDA

Hingga satu masa, Hati Izhar kembali berdetak dengan rasa istimewa untuk wanita yang selama ini setia disisinya.

"Boleh kita mula kisah baru? Huda, abang dan anak-anak." - IZHAR

Andailah semuanya semudah itu...

"Kamu  tahu asal usul dia? Kisah silam dia?" - DATIN SYUHADA

Hati Izhar mula curiga apabila seorang demi seorang dari kisah silam Huda muncul mengganggu mereka.

"Huda tak ada sesiapa. Huda cuma ada abang dan anak-anak saja... - HUDA

Apakah Huda akhirnya akan menggapai bahagia? Apakah benar cinta Izhar telus buatnya atau dia sekadar pelepas sepi cuma?

🌹 SEKADAR ISTERI LAKONAN 🌹

Qush Naed, seorang influencer terkenal mengahwini Dareen Qamara, hanya untuk kepentingan dirinya. Mahu dilihat sebagai lelaki yang sweet dan romantik, perhatian dan pujian adalah segalanya bagi dia.

Dareen Qamara pula terpaksa menerima jodoh yang tiba-tiba itu kerana terdesak untuk membantu anak saudaranya yang sedang sakit tenat.

Namun, setelah Dareen Qamara bergelar seorang isteri yang sah, Qush Naed mula berubah.

"Jangan nak rapat-rapat sangat dengan siapa-siapa. Lagi-lagi dengan Zareel. Aku tak suka." - QUSH NAED

"Dia kan abang awak je. Saya bersembang dengan dia pun sebab dia ramah. Dia yang tegur saya dulu." - Dareen Qamara.

"Dia tak boleh ramah dengan bini aku!- QUSH NAED.

Namun, kerana masing-masing menganggap hubungan itu hanya untuk sementara, segalanya terhenti dengan tiba-tiba.

"Aku kenal kau, Reen. Aku tak pernah lupa isteri aku." - Qush Naed.

"Stop! Kita sekarang cuma antara student dengan lecturer je. Tak lebih dari tu. Saya dah tak nak ingat apa-apa pasal encik." - DAREEN QAMARA.

"Mungkin lepas aku kiss kau, kau akan ingat semua pasal aku." - QUSH NAED

Dia jadi gila. Betul-betul gila kerana dia sedar, selama lima tahun itu, sesaat pun dia tidak pernah melupakan isterinya.

Setelah menyedari hidupnya benar-benar memerlukan seorang Dareen Qamara, Qush Naed tekad untuk membuatkan wanita itu jatuh cinta padanya sekali lagi.

"Uncle ni kawan mommy ke? Kenapa muka kita macam sama?" - HARREZ

Keadaan menjadi lebih serius setelah mengetahui Dareen Qamara mempunyai seorang anak lelaki. Dan dia yakin budak lelaki itu adalah anaknya.

Jika benar, mengapakah Dareen bertindak untuk merahsiakan semua itu darinya? Apakah wanita itu memang tidak pernah mencintai dia?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now