Teaser - Tak mahu!

570 21 2
                                    

"Kenapa Huda tak cari Abang Zan? Huda tahu Abang Zan takkan lepaskan tanggungjawab Abang Zan sebagai abang ipar Huda…” Fauzan buka mulut menyoal wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kenapa Huda tak cari Abang Zan? Huda tahu Abang Zan takkan lepaskan tanggungjawab Abang Zan sebagai abang ipar Huda…” Fauzan buka mulut menyoal wanita itu.

Huda terhenti menuang air seketika sebelum meneruskan kerjanya.

Cawan kopi disua pada Fauzan.

“Huda tak mahu susahkan Abang Zan.” Perlahan Huda menjawab.

“Jadi, Huda sanggup jadi pengasuh dari terima bantuan Abang Zan?” Fauzan menyoal lagi dengan tak puas hati. Huda tak tahu ke yang dia sibuk mencari Huda selama ini? Tahu-tahu Huda rupanya jadi pengasuh anak-anak Izhar.

Huda diam menunduk. Untuk apa dia meminta bantuan Fauzan? Sedangkan dia sudah dihalau oleh ibu Fauzan, ibu mentuanya itu dahulu. Waktu itu Fauzan sedang mendapatkan rawatan di luar negara selepas kemalangan yang menimpa suami dan juga abang iparnya itu. Jadi Fauzan mungkin tak tahu apa yang berlaku.

“Apa masalah dia jadi pengasuh anak-anak aku?” Izhar yang memerhati mula rasa tak sedap hati.

“Aku tak ada masalah pasal tu. Tapi dia masih ada aku. Anak dia dan arwah Faiz masih bawah tanggungjawab aku.” Fauzan kalih pandang pada Izhar.

“Habis kau nak buat apa?” Izhar cuba menduga. Dia menjeling Huda. Sekejapan anak matanya bertembung bening mata Huda.

Dada Huda berdebar kencang sebelum dia mengalih pandang ke arah lain.

“Abang Zan nak Huda ikut abang balik rumah mama. Huda tinggal kat sana, ya?” Fauzan menatap semula wajah Huda. Yakin memberitahu keputusannya.

“Tak mahu!”
“Tak boleh!”

Serentak Izhar dan Huda membangkang.

Untuk  T.E.M.P.A.H.A.N wasep 👇

http://wasap.my/60173255126/Kombocinderella

Untuk  T.E.M.P.A.H.A.N shupee 👇

https://shopee.com.my/product/141046631/18462467067?smtt=0.141048455-1668749358.9

PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now