Teaser- pura-pura pengsan

606 18 1
                                    

“Astaghfirullahalazim…” Beristhgfar panjang Huda yang mengintai dari celahan jari. Dia rasa nak pengsan. Lembik lututnya melihat pemandangan tidak terduga itu.

“Eh Huda, awak okey ke tak ni?” Lekas Izhar memaut bahu Huda yang hampir terjelepok ke bawah. Takkan Huda tak pernah nampak sampai nak pengsan? Huda dah pernah bersuami kan? Ke sebab dia terlalu s3ksi? Lekas Izhar menggeleng mengusir minda nakalnya.

Huda… Huda…

Malunya… Huda pejamkan mata rapat-rapat. Lebih baik dia buat-buat pengsan dari menghadap Izhar saat ini. Merona merah pipinya tidak terkata. Huda rasa kalau di banding dengan ayam goreng pedas korea. Muka Huda lagi rasa panas berapi waktu ini.

Izhar kulum senyum. Bukan dia tak sedar yang Huda cuma berpura-pura pengsan. Okey sayang, abang ikut permainan awak. Izhar tahan tawa. Dahi berkerut-kerut Huda itu sudah menjelaskan segalanya.

Perlahan Izhar bawa tangan ke bawah badan Huda dan mencempung tubuh genit itu sebelum di bawa ke katil.

Huda tahan nafas. Alamak! Izhar angkat dia ke? Berdetam detum dada Huda. Mahu dibuka mata, dia malu. Sudahnya Huda biarkan Izhar cempung dia. Jelas Huda dengar rentak jantung Izhar. Lebih kurang sama dengan kali pertama dia bertemu Izhar dahulu. Detak inilah yang memberinya sinar satu ketika dahulu.

#perawathatitansriizhar #kombocinderella

Untuk T.3.M.P.A.H.A.N

http://wasap.my/60173255126/Kombocinderella

my/60173255126/Kombocinderella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now