Rasa cam banyak dah bg teaser ni. Haha. Lekas ode sementara kuota masih ada. 🤭
“HEI, perempuan! Sihir apa yang kau pakai ni sampai adik aku jadi bodoh macam tu?”
Baru saja Huda memusing badan, dia disergah oleh Datin Syuhada.
Terhenjut bahu Huda jadinya.“Apa yang Datin merepek ni?” Dahi Huda berkerut seribu. Tiba-tiba saja dia dituduh begitu. Sihir apanya?
“Kau jangan nak berlagak bodohlah dengan aku. Aku tahu kau mesti dah guna-gunakan Izhar. Kalau tak, dia takkan beria pertahankan kau! Apa yang kau ada sampai dia jadi gila macam tu?”
Baru Huda mahu melangkah, Datin Syuhada menolak bahunya dan menyembur lagi.
Huda menarik nafas. Cuba bersabar dengan kakak iparnya itu. Mengenangkan Izhar ada mesyuarat penting hari ini, dia terpaksa menangani wanita itu sendiri.“Saya masih ingat Allah, Datin. Untuk apa saya sihirkan suami saya sendiri?” Berani Huda membalas.
“Untuk apa konon? Untuk kau bolot segala harta dialah. Ingat aku tak tahu? Aku bukannya bodoh macam Izhar!”
Huda kepal tangan. Suka-suka saja Datin Syuhada bodohkan suaminya!“Suami saya tak bodoh. Kalau dia bodoh dia takkan sampai ke tahap ini. Sampai hati Datin cakap adik Datin bodoh, kan? Kalaulah dia dengar, pasti dia kecil hati. Kakak dia sendiri cakap dia bodoh.” Huda buat memek sedih. Tangan menyentuh dada. Entah dari mana datang keberaniannya. Mungkin dari Izhar yang percaya dan mempertahankan dia.
“Makin berani ya kau sekarang!” Datin Syuhada angkat tangan mahu menampar isteri kepada adiknya itu. Berani Huda memerli dia semula.
Belum sempat tangannya mencecah pipi Huda, ada tangan kekar yang menghalang penamparnya melayang ke wajah Huda.
Untuk t3mpahan kelikk 👇
https://linktr.ee/Mellmariann
YOU ARE READING
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)
Romance🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR 🧡 Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di ked...