Teaser - Tuala

678 25 0
                                    

Tula dulu2 eksen. Sekarang dia yang gilo bayang. 🤣

IZHAR MERAUP muka. Pintu bilik Huda yang tertutup dipandang dengan rasa kesal. Adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri?

Tapi nak buat macam mana? Dia tak dapat mengawal lagi hatinya. Setiap hari bayang Huda semakin mengasak minda. Sama perasaannya ketika kali pertama Marini menghuni hatinya dahulu. Cuma jika dulu, perasaannya berbalas cinta oleh Marini. Tapi Huda… apa yang ada dalam hatinya? Adakah Huda merasai perasaaan yang sama dengannya?

Izhar bawa langkah menuju ke biliknya. Nanti dia fikirkan apa yang harus dia lakukan untuk menambat hati wanita itu.

Kemeja yang sudah terbuka butangnya Izhar buka dan lempar ke bakul. Melihat bakul dan juga tuala yang tersidai di tepi kabinet baju. Terbit satu akal licik di fikirannya. Izhar menarik senyum nakal.

Tak pernah dia buat kerja begini. Tapi Huda punya pasal, dia kena juga lakukan sesuatu.

Langsung dia menarik kain tuala dari ampai kayu dimana tersidainya tuala tadi. Lalu dicampakkan ke dalam bakul pakaian kotor.

“Huda!” Panggil Izhar kuat.

Huda di tingkat bawah tersentak apabila mendengar namanya di panggil Izhar. Mengetap bibir, Huda jengah ke dapur. Meliar anak matanya mencari kelibat Mak Siah.

Nampak saja Mak Siah terus Huda menyambar lengan orang tua itu.

“Mak Siah, tolong tanya tan sri nak apa boleh?” Mahu tak mahu dia kena minta tolong Mak Siah. Setelah apa yang berlaku antara mereka berdua tadi. Huda tak rasa dia sanggup berhadapan dengan Izhar sekarang ini.

Berkerut dahi Mak Siah.

“Lah… kan tan sri panggil Huda.”

Huda garu kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Aduh! Nak beri alasan apa pada Mak Siah ni? Ligat Huda memikirkan cara mengelak dari menghadap Izhar.

“Huda! Saya nak awak yang naik. Bukan Mak Siah. Cepat!” Macam tahu-tahu Huda mahu mengelak. Suara Izhar kuat kedengaran lagi.

“Tu! tan sri panggil Huda. Cepat! Nanti dia naik angin pulak.” Lekas Mak Siah menggesa.

Huda kemam bibir. Masalahnya sikap Izhar sudah berlainan. Bukan lagi baran tapi… Ah! Rasa nak pecah jantung Huda jadinya.

Terpaksa juga Huda atur langkah menaiki tangga. Gongtai hayunan langkahnya menuju ke bilik Izhar.

#perawathatitansriizhar #kombocinderella

#perawathatitansriizhar #kombocinderella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now