NOVEL prioderr. 🥰
“Huda boleh jaga diri Huda dan anak Huda. Huda tak halang kalau Abang Zan nak jumpa Naira. Tapi bukan mama. Huda tak kuat nak jumpa mama lagi…”
“Huda benci mama? Sebab tu ke lepas Faiz meninggal, Huda terus hilangkan diri?” Fauzan masih menyoal dengan pelbagai persoalan.
“Huda tak benci mama, mama yang benci Huda. Tolonglah jangan desak Huda macam ni. Maafkan Huda.” Huda angkat punggung dari sofa. Dadanya rasa sesak apabila memikirkan ibu mentuanya itu.
Laju juga Fauzan bangkit dan menyambar lengan Huda yang berlapik baju lengan panjangnya.“Apa yang perlu Abang Zan buat untuk Huda maafkan kami? Abang Zan sanggup buat apa saja. Kahwin dengan Huda pun Abang Zan sanggup.”
“Abang Fauzan!” Terbeliak anak mata Huda. Tak sangka sampai ke tahap itu Fauzan berfikir.
Izhar yang baru melangkah menuju ke arah ruang tamu tergamam dengan kata-kata Fauzan.“Abang Zan serius Huda.” Yakin Fauzan dengan kesanggupannya untuk berbuat apa saja asalkan Huda memaafkan mereka.
Huda tergeleng kecil dengan rasa tidak percaya. Tanpa sebarang kata, lengan direntap dari pegangan Fauzan.
Terus dia melangkah lebar berlalu pergi sebelum dia bertembung dengan Izhar yang masih pegun berdiri tegak.
Anak mata mereka saling bertatapan tanpa suara.
“Saya ke dapur dulu.” Perlahan Huda meminta diri dan melangkah laju menuju ke dapur.
Untuk T.E.M.P.A.H.A.N 👇
http://wasap.my/60173255126/Kombocinderella
YOU ARE READING
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)
Romance🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR 🧡 Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di ked...