Teaser - Sampai bila?

593 15 0
                                    

“Sampai bila kamu nak simpan dia? Dah 3 tahun, Har. Kamu sepatutnya cari calon isteri yang lain. Yang sepadan dengan kamu. Bukannya pengasuh anak-anak kamu. Kalau kamu nak sangat berbini, akak boleh cari. Leyra, anak dara Tan Sri Zainal tu dah lama tunggu kamu. Seribu kali bagus dia dari perempuan tu.” Datin Syuhada menyembur geram kepada adiknya itu.

Dia fikir selepas dia balik ke Malaysia, Izhar sudah melepaskan wanita itu. Tapi melihat kemesraan pasangan itu, hatinya jadi tidak senang. Itu sebab dia suruh Izhar mencari wanita yang lebih layak buat lelaki itu.

“Apa akak cakap ni? Huda isteri Har. Har tak perlukan perempuan lain.” Izhar membalas tegas. Tegakkan badan, anak matanya mencari kelibat si isteri. Harap-harap Huda tak mendengar semua ini. Riak wajahnya mula menunjukkan rasa kurang senang akan kehadiran si kakak.

“Isteri? Kamu dah anggap dia sebagai isteri kamu? Bukan dulu kamu tak sukakan dia?” Ternaik kening Datin Syuhada.

“Har tak pernah cakap Har tak sukakan dia. Har sayangkan Huda. Jadi, tolong berhenti dengan apa yang akak buat ni. Huda isteri Har dan Har akan jaga dia dengan sepenuh hati Har. Sama macam Har jaga arwah dulu. Har harap akak faham maksud Har ni.” Tak boleh tidak, dia kena bertegas dengan kakaknya ini. Datin Syuhada tidak boleh mengganggu rumah tangganya lagi. Sikap wanita itu tidak pernah berubah.

“Susahlah nak cakap dengan kamu ni!” Datin Syuhada merengus geram.

“Kamu jangan lupa, Har. Akak ni satu-satunya keluarga yang kamu ada. Akak cakap semua ni sebab akak sayangkan kamu,” sambung wanita itu dengan mata mengecil pada adik lelakinya itu.

“Har ada keluarga, kak. Huda dan anak-anak Har keluarga Har.” Izhar membalas kembali. Kalau wanita itu tak faham lagi, Izhar tak tahu nak buat apa lagi. Pening betul dia mahu melayan si kakak.

“Har… akak bukan nak atur hidup kamu.” Suara Datin Syuhada kembali mengendur. Mungkin dia terlalu berkeras dengan Izhar.

“Kamu tahu asal usul dia? Kisah silam dia?” Kali ini dia mempersoal tentang asal usul dan masa silam Huda yang tidak pernah mereka tahu.

“Har dengan Huda tak ada apa rahsia. Har tahu serba sedikit kisah hidup dia dulu,” jujur Izhar menjawab. Dia tak mahu Datin Syuhada membangkit hal masa lalu Huda.

“Itu yang dari mulut dia, kan? Kamu jangan terlalu percayakan orang Har. Kamu tu berpangkat. Ramai yang nak guna-gunakan kamu demi kepentingan diri sendiri.” Datin Syuhada masih tak berputus asa.

“Har percayakan isteri Har, kak. Yang penting bagi Har, Huda dah bahagiakan Har dan anak-anak.”

“Har nak ambil angin luar. Duduk dalam panas aje,” sambung Izhar bangkit dari duduk. Makin berlama dengan kakaknya makin membahang rasa hatinya.

Datin Syuhada menggerutu geram. Orang kalau tengah jatuh cinta memang buta agaknya!

Untuk t.e.m.p.a.h.a.n boleh wasep
017-3255125

n boleh wasep017-3255125

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now