MELIHAT TOYOTA Alphard milik Izhar menyusur masuk, bibir Huda membentuk senyum manis. Di belakang kereta Izhar ikut menyusur sebuah kereta Audi berwarna silver. Agaknya itulah kawan lama yang Izhar beritahu.
Huda hanya menunggu di muka pintu besar.
Senyuman Huda yang manis tadi perlahan-lahan membundar apabila pandangannya jelas melihat lelaki yang sedang beriringan dengan Izhar. Langsung jantung Huda terasa bagai mahu meletup.Kenapa? Kenapa lelaki itu boleh menjadi sahabat Izhar?
Langkah Huda terundur ke belakang. Lelaki itu tak boleh tahu dia ada di sini.
Baru Huda berura-ura mahu melarikan diri…
“Huda?”
Huda kemam bibir.“Kau kenal Huda?”
Terpaksa Huda berpaling semula apabila kedua lelaki itu sudah hampir dengannya.
“Huda ni…”
Dahi Izhar jadi berlapis. Hairan bagaimana Fauzan boleh mengenali Huda.“Abang Zan buat apa kat sini?” Huda terus menyampuk.
Fauzan masih lagi terkejut. Tak sangka dia akan bertemu Huda di situ.
“Tak, kenapa Huda boleh ada kat sini?” Fauzan menyoal semula.
“Huda ni is…” Izhar mahu memperkenalkan Huda.
“Huda kerja kat sini. Huda pengasuh anak-anak Tan Sri,” potong Huda memberi jawapan.
Terpusing kepala Izhar mencerun Huda. Huda bukan saja pengasuh anak-anaknya tapi Huda isterinya!
Huda mengetap bibir. Anak matanya menghantar isyarat pada Izhar agar memahami dia. Dia harap sangat yang Izhar tak beritahu apa-apa pada Fauzan lagi.❤️❤️❤️
Untuk T.E.M.P.A.H.A.N wasep 👇
http://wasap.my/60173255126/KombocinderellaUntuk T.E.M.P.A.H.A.N di shupi 👇
https://shopee.com.my/product/141046631/18462467067?smtt=0.141048455-1668572030.9
YOU ARE READING
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)
Romance🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR 🧡 Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di ked...