Teaser

576 18 0
                                    

“Kamu pernah dengar ayat ini? Tidak pernah terlambat untuk memulai, dan tidak ada kata lambat untuk berbahagia. Selagi Allah beri kesempatan, maka hargainya dengan baik.”
Kata-kata Tok Bak menyusup masuk dalam hati Izhar.

“Terima kasih Tok Bak…”

“Tinggi-tinggi burung merbuk,
Terbang melayang ke tanah rata,
Kalau hati sudah terpaut,
Lekas-lekas mulakan langkahnya.”

Berkeriut dahi Izhar apabila Tok Bak berpantun dengannya. Bibir tua Tok Bak mengulum senyum simpul sebelum Izhar terdengar bunyi derapan kaki.

Huda sudah muncul semula dengan dulang air kopi dan juga Milo buat anak-anaknya.

“Minum Tok Bak… erm… abang.” Huda tuang kopi ke cawan dan hulur pada Tok Bak dan juga Izhar.

“Bonda, bonda. Ir laparlah.” Irmal datang duduk di sebelah babanya.

“Lapar lagi? Perut tu dah montel Irmal.” Ternaik kening Izhar sebelum mencuit perut comel Irmal. Kalau Huda kurang lemak, anak-anaknya pula terlebih montel.

“Alaa… lapar lagilah baba.”

“Ya, ya. Bonda tahu. Jom tolong bonda ambil pisang goreng yang kita beli tadi.” Huda cuit pipi Irmal sebelum mengajak kanak-kanak itu ke dapur.

“Baba! Baba! Nak main tat sana tu boyeh?” Naira pula mencelapak naik ke atas riba Izhar.

“Eya! Jangan buat baba macam tu.” Huda jegilkan mata pada Naira. Anak itu terlalu manja dengan Izhar.

“Esok ya kita main. Sekarang dah nak malam. Eya pergi mandi dulu okey?” Izhar cubit lembut pipi Naira.

“Ocey, baba.” Naira kucup pipi babanya itu.

“Onde… Ite beyakk…” Tiba-tiba saja Ashmal pula menjerit.

Izhar tepuk dahi. “Berak pulak...”
Huda tergelak kecil.

“Irmal pergi ambil pisang goreng kat atas meja kat dapur tu ya. Bonda basuh berak Ash kejap,” suruh Huda kepada anak tiri sulungnya itu.

“Tak apa sayang, sayang duduklah minum dulu. Biar abang basuk berak Ash.” Izhar letak Naira ke atas kusyen sebelum dia mendapatkan Ashmal. Tak sampai hati dia biarkan Huda buat semuanya.

“Tapi Tan… abang boleh ke?” Huda ketap bibir. Teringat yang Izhar tak pernah uruskan hal-hal begitu.

“Boleh… Apa pula tak bolehnya.” Yakin Izhar mendukung Ashmal dan membawa anak lelakinya itu ke bilik air.
Huda tak terkata apa apabila Izhar sudah begitu yakin.

Tak lama kemudian dia dengar suara Izhar berbunyi seperti mahu muntah dari dalam bilik air.
Tergeleng kecil Huda dibuatnya. Tadi nak sangat basuh berak anak.

“Ash makan apa ni? Habis baju baba kena taik dia.”
Izhar muncul semula dengan Ashmal. Huda lihat suaminya itu sudah tidak berbaju. Tinggal berseluar saja. Si anak pula sudah berbogel habis.

“Baba yang tak eti bacuh punjung ite.” Si kecil Ashmal membela dirinya sambil berlari anak mendapatkan bondanya.

“Eh, baba pulak? Dia yang duduk tak diam.” Geram pula Izhar dengan anak bongsunya itu.

“Dahlah, sini bonda mandikan terus lagi sekali.” Huda membawa Ashmal ke bilik air semula.

“Abang macam mana?” Izhar menahan langkah isterinya itu.

“Macam mana apa?” polos Huda bertanya.

“Tak nak mandikan abang sekali?” usik Izhar.

“Mengadalah Tan Sri ni,” jeling Huda manja sebelum mengemut senyum menyambung langkahnya ke bilik air bersama Ashmal.

Izhar tergelak kecil. Malu pulak dia ya?

Untuk  T.E.M.P.A.H.A.N di shupi. 👇

https://shopee.com.my/product/141046631/18462467067?smtt=0.141048455-1668664080.9

Untuk T.E.M.P.A.H.A.N di wasep 👇

http://wasap.my/60173255126/komboCinderella

my/60173255126/komboCinderella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now