Teaser - nenek kebayan.

618 25 4
                                    

“Cepat bonda. Cari kami. Eya! Ash! Cepat nyorok.” Irmal beri arahan pada adik-adiknya. Mengekek dia ketawa melihat bondanya sedang teraba-raba dengan mata yang tertutup kain.
“Mana dia anak-anak bonda? Baik nyorok betul-betul. Dapat kat bonda, bonda makan semua!” Huda merangkak meraba-raba mencari anak-anaknya itu. Memang setiap malam sebelum tidur dia akan melayan mereka bermain sehingga penat. Barulah selepas itu mereka semua akan tidur dengan lena.
Irmal tarik adik-adiknya menyorok dibelakang sofa. Biar bonda tak jumpa mereka.
“Ssyyy! Jangan bising. Nanti bonda tahu.” jari telunjuk dibawa ke mulut. Memberi pesan pada mereka supaya jangan membuat bising.
Naira dan Ashmal cepat-cepat menekup mulut.
Menghampiri ruang menonton. Dahi Izhar berkerut sendiri. Aik? Tadi bukan main riuh. Sekarang sunyi pula.
Langkah terus diayun. Mahu tahu apa yang anak-anaknya sedang buat.
Pandangan Izhar jatuh pada Huda yang sedang tertonggeng-tonggeng merangkak keliling ruang dengan mata yang terikat dengan kain.
“Mana dia cucu-cucu semua.. Nenek kebayan nak makan!” Huda buat gaya suara nenek kebayan. Masih meraba-raba mencari anak-anaknya itu.
Tercarik senyum di bibir Izhar. Rajin betul Huda melayan anak-anaknya. Dari hujung sofa, Izhar nampak tiga orang kanak-kanak itu sedang menahan diri dari bersuara.
Izhar mendekat lagi. Huda pula makin menghampirinya. Izhar turun mencangkung. Entah kenapa, gelagat Huda itu betul-betul menarik hatinya.
Huda meraba lagi. Pandai betul budak-budak ini menyorok ya? Dari tadi mencari tapi senyap semuanya.
Tangan Huda yang merayap, menangkap sesuatu yang keras tetapi lembut seperti kulit manusia.
“Haa! Nenek dapat dah cucu. Nenek nak makan dia!” Terus Huda mendepang tangan  memeluk figura dihadapannya. Dia yakin itu Irmal.
Tapi.. kenapa pulak tubuh Irmal jadi gedabak macam ini? Spontan Huda tanggalkan kain yang menghalang penglihatannya tadi.
Izhar senyum senget dengan kening terangkat.
“Pukul berapa nenek nak bawa cucu-cucu tidur?” soal Izhar sengaja. Mengulum rasa geli hatinya menatap wajah terkulat-kulat Huda.
“Tan sri!” Huda bangkit berdiri. Malunya ya ampun… Jangan cakap tadi dia terpeluk Izhar!

 Malunya ya ampun… Jangan cakap tadi dia terpeluk Izhar!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now