Teaser - Saya baba dia kan?

725 18 2
                                    


LEBAR senyuman Izhar apabila tiba di rumah. Entah sejak bila, dia jadi bersemangat mahu pulang awal berjumpa dengan anak-anaknya.
Izhar menghampiri Huda yang sedang tersenyum manis menanti di muka pintu.

“Awal tan sri balik hari ni?” Huda bertanya senang. Beg kerja dari tangan Izhar dicapainya. Rutin yang akhir-akhir ini dia lakukan. Itupun sebab Izhar yang meminta.

“Rindu anak-anak. Mana dia orang?” Leher Izhar memanjang ke laman mencari kelibat anak-anaknya.

“Baba!” Lebar senyuman Izhar apabila Naira terkedek-kedek berlari mendapatkannya. Izhar turun mencangkung. Mendepang tangan menyambut anak perempuan Huda itu. Naira masuk ke dalam dakapan lelaki itu. Pipi Izhar dicium bertalu-talu.

“Naira. tan sri kan baru balik. Jangan macam tu.” Terjegil mata Huda menegur anaknya. Banyak kali sudah dia berpesan. Tan Sri Izhar bukan bapa Naira. Tapi Naira suka betul memanggil lelaki itu dengan panggilan baba. Seolah lelaki itu bapa kandungnya pula. Dia takut Izhar tak senang hati.

“Ish! Biarlah dia nak peluk baba dia ni. Naira rindu baba ya?” Izhar mencium pipi montel si gadis kecil itu. Mendukung anak kecil itu masuk ke dalam rumah.

“Yinduu..” Naira angguk laju. Langsung buat tak peduli dengan teguran bondanya.
Huda hela nafas sambil mengekori langkah lelaki itu.

“Naira, pergi main dengan abang Ir dan Ash ya. Jangan ganggu tan sri lagi.” Huda cuba mengambil Naira dari dukungan Izhar.
Izhar bawa Naira mengundur selangkah.

“Kenapa tan sri? Saya baba dia kan?” Serius Izhar menyoal.

Huda tertelan liur. Sejak bila pula Izhar jadi bapa Naira?

“Tapi..”

“Awak tak bagi dia jadi anak saya?” Kali ini, soalan itu pula yang keluar dari bibir Izhar.

Membesar anak mata Huda.

“Apa maksud tan sri ni?” Soal Huda tidak senang. Takkan Izhar lupa yang Naira itu cuma anak tirinya. Hubungan dia dan Izhar pun bukannya seperti suami isteri yang lain. Cuma diatas kertas sahaja.

Izhar letak Naira ke bawah.

“Pergi main dengan abang Ir dan Ash ya. Nanti baba datang.” suruh Izhar pada si gadis kecil itu.

“Ocey baba..” Terkedek-kedek Naira berlari menuju ke ruang bilik mainan yang disediakan Izhar.
Izhar longgarkan tali lehernya. Tumpuannya kembali pada Huda yang sedang merenungnya dengan tajam.

“Awak marah saya Huda?” Direnung redup wajah pengasuh anak-anaknya itu.
Huda sedikit tersentak. Laju dia menggeleng.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang