Teaser - Tan sri tak sakit kan?

632 15 0
                                    

“Abang tahu abang salah. Abang abaikan Huda.. sedangkan Huda isteri abang yang sah. Abang minta maaf. Abang janji abang akan bagi perhatian pada Huda dan anak-anak. Huda sudi maafkan abang?” Izhar tunduk sedikit mencari wajah Huda yang menunduk tak mahu bertatapan mata dengannya.
Huda pagung kepala. Serentak itu anak matanya menyambar renungan redup Izhar.

“Tan sri mana ada salah dengan saya…” Bergerak-gerak anak mata Huda mencari keikhlasan dari bening mata Izhar.

“Banyak salah abang…” Izhar tersenyum nipis.
Dia dekatkan tubuh pada Huda. Kepala Huda dia tarik menekap ke dadanya.

“Maafkan abang sebab tak nampak selama ini ada bidadari di sisi abang yang tak jemu menemani.” Perlahan dia elus kepala Huda yang berbalut selendang itu. Huda masih bingung. Kenapa Izhar berubah tiba-tiba? Jadi seromantis ini pula. Dia tengah bermimpi ke? Tangan Huda naik mencubit pipi sendiri.

“Auch!” Huda mengaduh sakit. Sakit. Maknanya dia bukan bermimpi.

“Huda tak bermimpi kan?” Huda mendongak mencari wajah Izhar.
Dahi Izhar berkerut seribu.

“Kenapa Huda fikir Huda bermimpi?”

Kali ini, telapak tangan Huda naik menekap dahi Izhar.

“Tan sri tak sakit kan?” Tanya Huda polos. Mana tahu Izhar demam panas ke sampai bersikap begini.
Izhar menghambur tawa. Sekali lagi dia menarik Huda ke dalam dakapannya.

“Kenapa cute sangat ni?” Ucapnya dalam sisa tawa. Hidungnya dijatuhkan ke ubun-ubun Huda.

“Tak abang tak sakit…” Rasanya, dia benar-benar mahu mencipta bahagia kembali. Tapi kali ini bersama Huda. Bersama dengan wanita pilihan arwah isterinya.

❤️❤️❤️

Selalu babak2 gini nak ending dah kan. Belum gaiss... Belum... 😌

 😌

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang