Teaser - Tunaikan janji

653 13 0
                                    

Yang dah pergi dah tentu pergi. Yang hidup teruskanlah hidup. 😌

PERAWAT HATI TAN SRI

IZHAR termenung lama melihat pintu yang ditutup Huda. Perlahan nafas dihela lemah. Berpaling ke kanan, pandangannya jatuh pada gambar nikahnya dan arwah Marini.

“Ma.. baba rindu mama... baba perlukan mama.. Baba tahu baba salah.. Baba tahu baba  tak patut buat anak-anak macam tu. Tapi setiap kali baba nampak mereka. Baba teringatkan mama... baba tak kuat..” Izhar mendongak ke atas. Menahan air matanya dari jatuh. Benarlah kata orang, rindu yang paling sakit itu rindu pada mereka yang telah pergi.

Pandangan Izhar hinggap pada sekeping nota yang berada di atas meja sisi, berdekatan dengan gambar nikahnya tadi. Berkerut dahi Izhar saat mencapai kepingan kertas itu. Huda agaknya yang memberi pesan.

Jangan lupa makan ubat ya tan sri. Saya tahu tan sri seorang lelaki yang gagah. Tapi, lelaki yang gagah tetap juga kena makan ubat bila jatuh sakit. Makan ya? Bubur pun ada. Kalau tan sri nak makan apa-apa. Beritahu saja saya okey? Saya buatkan untuk tan sri. - Huda

Bibir Izhar perlahan-lahan naik membentuk senyum. Mangkuk bubur dan juga sepapan ubat demam terletak elok di meja sisi itu Izhar pandang lama sebelum anak matanya menghala ke pintu semula.

“Huda dah tunaikan janji Huda, kak.. Huda harap tan sri pun akan tunaikan janji dia…”

Kata-kata Huda yang sempat ditangkapnya tatkala wanita itu mengemaskan gebarnya bergema di fikiran.

Bayang Marini kembali mengasak minda.
Dada Izhar terasa sesak. Ditepuk-tepuk dadanya perlahan. Sakit sungguh rasa hatinya. Sedih dan penuh dengan rasa bersalah. Bersalah pada anak-anaknya, bersalah pada arwah isterinya, bersalah dengan orang sekelilingnya. Izhar sedar namun dia pentingkan dirinya. Yang dia tahu dia kehilangan cinta hatinya. Dia tak tahu bagaimana mahu bangkit semula dari keperitannya.

“Tan sri? tan sri okey ke?” Huda yang baru tiba dengan dulang berisi secawan teh panas menyoal cemas. Dulang itu diletakkan ke atas meja kopi di tengah ruang bilik.

Izhar mengangkat muka. Kaget anak matanya menangkap wajah risau Huda yang mendekati.
Huda letak lutut diatas tilam. Membongkok melihat wajah pucat Izhar.

“Tan sri sakit dada? Saya nampak tan sri tepuk dada.” Berita-berita kematian mengejut tentang lelaki seusia Izhar buat dia risau tidak terkata. Lagi-lagi Izhar baru baik dari demam.

Terkebil-kebil Izhar jadinya. Yang Huda nak cemas sangat ni kenapa? Dia tengah bersedih saja pun, bukannya nak mati.

Memerhati wajah Huda dari dekat,  rasa sakit di dada tadi bertukar menjadi debar. Wajah sedikit pucat tanpa sebarang solekan itu mulus tanpa sebarang jerawat. Anak mata Huda bersinar jernih.

Setelah sekian lama… Inilah kali pertama, detik jantung Izhar berentak luar biasa untuk wanita lain selain Marini.

Huda terdiam apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Izhar. Renungan Izhar kali ini sangat berlainan. Huda nampak halkum Izhar bergerak-gerak menelan liur.

“Huda.. Kamu lupa bawa kuih nona manis untuk tan sri. Tan sri suka kuih ni.” Suara Mak Siah yang muncul tiba-tiba buat mereka tersentak. Spontan Huda berdiri tegak. Rasanya Izhar tak apa-apa. Lelaki itu juga gelabah membetulkan duduk. Menggaru belakang lehernya dengan segan.

“Err.. teh dah siap tan sri. Jemput minum.” Sepantas mungkin Huda melarikan diri dari situ. Melintasi Mak Siah yang terpinga-pinga sendiri di depan muka pintu bilik majikannya itu.
  
#perawathatitansriizhar #kombocinderella

   #perawathatitansriizhar #kombocinderella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Whatsapp : 0173255126

PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now