HARI minggu, Izhar memang tak pergi kemana-mana. Selepas kejadian Izhar mencerobohi bibirnya, Huda memang mengambil langkah menjarakkan diri. Mungkin Izhar cuma menurut nafsu lelakinya. Lelaki mana yang mampu bertahan lama tak menyentuh wanita. Sama jugalah Izhar fikir Huda. Tiga tahun memang masa yang agak lama. Cuma yang Huda hairan, kenapa sekarang?
"Cepatlah bonda, jomlah. Baba panggil bonda tu." Irmal menarik tangannya menuju ke kolam. Baru Huda teringat yang Izhar nak ajar anak-anak berenang hari ini.
Dari jauh Huda sudah nampak Izhar sedang mengajar Ashmal dan Naira.
Di bawah panahan cahaya matahari, Huda nampak Izhar begitu kacak sekali.
Eh, apa ni Huda? Lekas Huda menggeleng. Kenapa dia nak pandang Izhar begitu?
Huda menelan liur kesat apabila tiba di tepi kolam renang untuk kanak-kanak itu. Izhar memang sudah sediakan satu bahagian untuk anak-anaknya. Tapi sayang, sudah hampir 3 tahun baru ianya digunakan.
"Baba! Ir nak mandi dekat belah sana boleh tak?" Irmal menunjuk ke arah kolam renang dewasa.
"Eh, tak bolehlah son. Dalam sana tu. Nanti dah pandai, baba ajar berenang kat sana pula ya?" Izhar yang masih berada di dalam kolam mendongak pada Irmal yang baru berdiri di sebelah Huda itu.
"Okey baba..." Irmal sudah terjatuh bahu. Cuma menurut kata-kata babanya itu.
"Bonde... Eya cejuk."
"Ite pun cejuk."
Kedua si kecil yang berada di dalam kolam bersama dengan Izhar itu menyampuk mengadu kesejukan.
Huda kecilkan anak matanya mencerun pada mereka.
"Itulah, dari tadi bonda panggil. Buat tak tahu aje. Seronok sangat main air kan? Sini kat bonda." Huda hulur tangan pada kedua kanak-kanak itu.
Izhar cuma tersenyum lebar membantu Huda menaikkan anak-anaknya ke atas.
"Nanti baba ajar berenang lagi ya? Seronok tak?" Izhar berpaut lengan ke tepi kolam. Bahagia dia melihat Huda yang sedang melayan anak-anak mereka.
"Ceyonok!" Serentak mereka semua menjawab.
"Err... tan sri panggil saya kenapa?" Huda menyoal Izhar. Kata Irmal tadi, baba yang panggil bonda.
"Tak, budak-budak dah sejuk. Saya nak mandi lagi."
"Ohh... baik tan sri. Jom anak-anak, bersihkan badan dengan air bersih dulu. Lepas tu kita makan ya. Bonda buat pisang goreng hari ni. " Huda bangkit tegakkan badan.
"Yeay!" Mencicit ketiga-tiga kanak-kanak itu berlari ke menuju ke tempat pancuran air untuk bersihkan diri mereka.
Huda hanya menggeleng kecil melihat teletah anak-anaknya itu.
"Hey, Bunny. Awak tak nak teman abang mandi ke?" Huda kembali berpusing ke arah Izhar apabila mendengar suara lelaki itu menegurnya.
Bunny? Izhar panggil dia Bunny ke?
"Tan sri cakap dengan saya ke?" Huda pandang sekeliling. Dia seorang saja di situ.
Izhar tergelak kecil.
"Habis awak ingat abang cakap dengan siapa?"
Zupp! Berderau darah Huda naik ke muka apabila Izhar naik ke permukaan.
Terpampang dada kebasahan dan berbulu halus lelaki itu.
"Tan sri buat apa ni?" Spontan Huda tutup muka dengan kedua telapak tangannya. Malu melihat keadaan Izhar yang separuh bogel itu. Tak malu punya orang!
Ternaik pelik kening Izhar dengan tingkah spontan Huda itu. Dia buat apa aje pun?
"Saya buat apa?" Izhar mendekat. Huda jeling dari celahan jari.
"Stop tan sri! Jangan datang dekat." Lurus sebelah tangan Huda menahan langkah Izhar. Sebelah lagi masih menukup muka.
Izhar terhenti langkah. Izhar nak tergelak besar tapi dia buat selamba. Tak peduli pun Huda yang merah muka terbakar akibat malu. Dia buka langkah mendekat lagi.
Huda jeling-jeling lagi dari celahan jarinya sambil mengundur langkah. Dapat dia lihat dada Izhat yang berbulu halus itu. Oh Tuan! Kenapa dengan tan sri ni? izhar ni tak tahu ke yang dia sangat seksi dengan bulu dadanya itu. Dahlah cuma pakai seluar mandi separas paha! Dah macam model pakaian renang lelaki. Boleh goncang iman Huda kalau macam ni.
Izhar raup rambutnya ke belakang. Makin buat dada Huda macam nak pecah!
Tengah Huda terbayang-bayang. Bunyi air memercik buat dia tersedar. Izhar sudah pun terjun semula ke dalam kolam.
"Abang nak pisang goreng juga ya sayang!" Izhar melaung sebelum membuat kuak lentang.
Huda jatuhkan tangan ke bawah. Oh, orang tua ini memang sengaja menduganya!
YOU ARE READING
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)
Romance🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR 🧡 Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di ked...