Teaser - Gila bayang

676 21 9
                                    

“HATI-HATI turun tangga tu, anak-anak.” Tergeleng kecil Huda apabila ketiga-tiga anak-anaknya berlari-lari teruja menuruni tangga. Maklumlah baba mereka mahu bawa pergi bercuti. Huda kunci pintu bilik sebelum menyusuri mereka.
Menuruni tangga, bayang anak-anak sudah tak kelihatan. Yang ada cuma si bapa yang sedang menelefon seseorang.

“Pak Su nak ke rumah Tok Bak. Insya-Allah, minggu depan Pak Su balik sini semula. Ipan betul nak balik Malaysia?  Baik, baik... Assalamualaikum.”
Huda mencuri dengar. Entah dengan siapa Izhar bercakap.

Izhar yang baru mematikan panggilannya menoleh ke arah tangga. Seketika dunianya terasa berhenti berputar. Tidak berkerdip iris matanya mengamati langkah Huda yang sedang menuruni tangga. Tak pernah dia lihat Huda kelihatan cantik begini. Selalunya rambut Huda ditocang kuda dan wajah Huda bersih tanpa mekap mahupun bedak.

Tetapi hari ini, wanita muda itu melepaskan rambut ikal mayangnya. Wajah Huda berseri dengan mekap nipis. Sungguh, hati Izhar memang sudah jatuh tergolek-golek buat Huda.

Sementara Huda pula menahan debar di dada. Kacak betul Izhar dengan penampilan kasualnya. Apatah lagi dengan kaca mata hitamnya itu.

Huda hembus nafas nipis. Dia kena kawal hatinya. Seminggu dia akan berpergian dengan lelaki itu dan anak-anak. Mak Siah tak mahu ikut. Nak mengunjungi anaknya, kata pembantu rumah itu.

Sebaik Huda memijak tangga terakhir, langkahnya menjadi sumbang. Pantas ada tangan menyambut pinggangnya. Tangan Huda ternaik menyentuh dada Izhar yang berbaju kemeja bercorak Bohemian itu.

“Sorry.” Huda betulkan postur badannya. Pipi terasa membahang.

“Huda kena tambah berat ni. Ringan sangat,” ucap Izhar melepaskan pegangan tangannya di pinggang Huda. Dia tahu Huda malu.

“Hah?”

Izhar senyum senget sebelum kali ini dengan selamba dia mengangkat tubuh kurus Huda.

“Ini, ringan sangat. Abang tak cukup bagi makan ke?”
Terbeliak anak mata Huda apabila Izhar mencempungnya seperti mencempung anak kecil.

“Apa ni Tan Sri… Janganlah, nanti anak-anak nampak.” Huda tahan tangannya pada bahu Izhar. Pipi Huda rasa nak terbakar dengan tindakan tak terjangka Izhar itu.

“Biarlah anak-anak nampak. Biar dia orang tahu yang baba dia orang dah gila bayang dengan bonda.”
Huda ketap bibir. Orang tua ni, makin menjadi-jadi pula.

“Nak ukung! Nak ukung!” Tiba-tiba saja kedengaran riuh suara kanak-kanak.

Ashmal berlari-lari mendapatkan baba dan bondanya.

Izhar melepas keluhan nipis. Mahu tak mahu dia turunkan juga Huda ke bawah dan mendukung Ashmal.

“Anak baba ni dah siap ke?” Izhar kucup pipi Ashmal sebelum mengerling Huda. Ini baru sikit, banyak lagi skill dia perlu untuk memikat Huda.

Huda pula betulkan rambutnya dengan serba tak kena. Tan Sri seorang ini benar-benar mahu buat dia sakit jantung!

❤️❤️❤️

Parah dah tan sri sorang ni punya angau. 😆

Untuk T.E.M.P.A.H.A.N wasep

http://wasap.my/60173255126/Kombocinderella

my/60173255126/Kombocinderella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

by


PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)Where stories live. Discover now