“Huda tak tahulah. Huda rasa macam mimpi pula Mak Siah. Tiba-tiba aje tan sri tu.” Huda menggeleng dengan rasa yang masih was-was mahu percaya. Bina hidup baru bersama dengan Izhar?
“Apa yang tiba-tibanya?”Gulp! Huda terdiam tidak bergerak.
Tahu-tahu lelaki itu sudah ada di belakangnya.“Err… tak ada apa.” Huda pusing badan menghadap suaminya itu. Suami? Patut ke Huda gelar Izhar sebagai suami sekarang ini?
“Tan sri buat apa kat sini?” Huda menyoal tanpa memandang Izhar. Melekap pandangannya ke lantai. Kalau boleh tembus ke dasar bumi. Dah lama dia tembus masuk. Dia masih segan mahu berhadapan dengan Izhar.
Melihat gerak geri isterinya itu, Izhar tahu Huda sedang menahan malu. Mana tak malu, tiba-tiba saja dia cium wanita itu.
Bibir Izhar melengkung naik di hujung.“Salah ke abang nak datang dapur? Nak minum air? Tak boleh ke?” Izhar bergerak mengambil cawan. Iris matanya cuma menjeling si isteri. Isteri? Selepas tiga tahun akhirnya panggilan itu kembali mekar di hati.
Huda berdeham.“Ehem, tak.. boleh je.” Terus dia berpaling semula ke singki. Pipi rasa nak terbakar dah.
Mak Siah pula merapati dan menyenggol bahunya.
“Sejak bila berbaik? Dah berabang-abang.” Bisik Mak Siah menyoal Huda.
Huda menggeleng. Membuat memek muka yang dia sendiri tak tahu kenapa dengan Tan Sri Izhar itu.
“Sejak Huda makin kerap dalam fikiran saya, Kak Siah.” Izhar menjawab selamba saat melintasi kedua wanita itu.
Zup! Merinding bulu roma Huda mendengar jawapan Izhar.
Jangankan Huda, rahang Mak Siah pun terjatuh ke bawah. Terkebil-kebil dia memandang belakang majikannya yang sudah berlalu pergi itu.
#perawathatitansriizhar #kombocinderella
YOU ARE READING
PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)
Romance🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR 🧡 Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di ked...