ᗷᗩᗷ 12

1.1K 56 18
                                        

Keesokkan harinya.

Jam 6 pagi.

Rayyan terus bergegas bangun apabila alarm yang dipasang darinya itu berbunyi. Dia terus bangun untuk pergi membersihkan dirinya dan menunaikan solat subuh.

" Patut ke aku buat solat istikharah ? " Tanya Rayyan sendiri.

" Tolong lah mia , terima la aku balik. Aku masih sayangkan kau. "

Setelah selesai Rayyan menunaikan solat subuh , dia hanya duduk termenung sahaja di atas katilnya itu.

Jam 8 pagi.

Rayyan terus turun ke bawah untuk bersarapan pagi.

" Mummy kenapa tak makan ni ? Makan lah " tanya Rayyan.

" Yan makan je lah dengan Huqeeb. Mummy takde selera. " Jawab Puan Nadia menggeleng.

" Mummy nangis ek ? Mata mummy bengkak tu. " Tanya Huqeeb pula.

" Eh tak lah. Mummy tak boleh tidur semalam. " Jawab Puan Nadia lagi.

" Mummy , cuba mummy bagitahu kitaorang. Apa dah jadi ni ? Mummy tak pernah lagi macam ni tau. Lagi satu mana daddy ? Pagi pagi lagi dah hilang ni. " Kata Rayyan.

" Takde apa lah yan. Yan sambung la makan tu. " Puan Nadia masih menggeleng.

" Daddy , kenapa dengan mummy ? " Laju Huqeeb bertanya apabila nampak kelibat Syed Adam berjalan pergi ke meja makan.

" Ha'ah apa dah jadi ni daddy ? Mummy tak pernah lagi macam ni " tanya Rayyan pula.

" Kenapa kau diam ? " Tanya Rayyan.

" Ke kau ada rahsiakan apa apa ke daripada kitaorang Hadirah ? " Tanya Huqeeb pula.

" Sebenarnya daddy kahwin lain. " Kata Hadirah.

Rayyan dan Huqeeb terserentak.
" Hah ? "

" Kau biar betul dirah ? Kau main main je kan ? " Laju Rayyan bertanya lagi.

" Daddy betul ke apa yang dirah kata tu ? Dirah tipu je kan daddy ? " Tanya Huqeeb pula. Matanya sudah mula berkaca.

" Tak dirah tak main main abang yan. Mummy yang bagitahu dekat dirah semalam. " Jawab Hadirah menggeleng.

" Betul. Memang daddy kahwin lain. " Jawab Syed Adam pula.

" Sampai hati daddy " kata Rayyan.

" Kenapa daddy buat macam ni ? Tak cukup ke mummy seorang saje. " Balas Huqeeb. Mereka berdua mengeluh perlahan. Air matan mereka berdua sudah pun mengalir dengan deras. Tidak dapat di tahan lagi.

" Ya Allah kenapa semua masalah datang pada waktu yang sama sekali. " Kata Rayyan perlahan. Matanya sudah berkaca.

" Daddy nak keluar kejap. Tengah hari nanti diaorang datang sini. " Kata Syed Adam.

" Buat apa diaorang datang sini ? Nak suruh sakitkan hati mummy lagi ? Lepas daddy dah sakitkan hati mummy ni ? " Marah Rayyan.

" Jangan biadap Rayyan ! " Kata Syed Adam tegas. Tajam renungan matanya itu ke arah Rayyan. Dia terus berjalan keluar dari rumahnya itu.

" Dah la tu Rayyan. Mummy okay je. " Jawab Puan Nadia.

" Tapi bukan dengan yan mummy. Yan tak suka. " Kata Rayyan.

" Jom la mummy. Makan dulu ya. " Ajak Huqeeb.

" Yelah. " Puan Nadia menangguk.

Jam 12 tengah hari.

" Mak Esah makanan tengah hari dah siap ke belum ? " Tanya Rayyan.

" Dah tuan. " Mak Esah menangguk.

𝘊𝘌𝘖 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘔𝘳 𝘗𝘪𝘭𝘰𝘵Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang