" ibu , bonda mia nak keluar kejap tau. Keluar dengan Anis. Zayn pun ikut " kata Damia.
" Pergi mana ? " Tanya Puan Ariana.
" Pergi pantai. " Jawab Damia tersengih.
Puan Ariana dan mak Timah hanya meng'o'kan bibir mereka sahaja.
" Pergilah " kata mak Timah menangguk.
" Balik sebelum maghrib tau " pesan Puan Ariana.
" Okay , baik. " Damia menangguk tersenyum..
" Assalamualaikum " kata Anis dan Damia serentak.
" Waalaikumussalam. "
" Kau nak buat apa pergi pantai ? " Tanya Anis. Keningnya diangkat.
" Saje. Lagipun aku bosan. Esok aku dah nak ikut ibu aku balik KL. Sebab tu aku ajak kau datang sini. Boleh kita healing sama sama kejap dekat sini. " Jawab Damia serentak.
" Serious la kau dah nak balik esok ? " Tanya Anis terkejut.
" Iya. " Damia menangguk.
" Cepatnya kau nak balik " kata Anis.
" Cepat kau kata ? Dah lama la aku duduk sini. Lagipun dah tiba masanya untuk aku balik sana balik. Ramai yang perlukan aku. " Marah Damia. Tangganya menepuk bahu Anis.
Anis hanya tersengih.
***
TOK , TOK
" Assalamualaikum " kata Rayyan.
" Waalaikumussalam. Masuk lah yan. " Jawab Puan Nadia.
Rayyan menangguk. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah.
" Yan pergi mana petang semalam ? Petang harini baru balik. " Tanya Puan Nadia.
" Oh pergi rumah mertua yan mummy. Lupa nak bagitahu mummy semalam. Yan masuk bilik dulu ya mummy. " Jawab Rayyan tersengih.
" Ha yelah. " Puan Nadia menangguk.
" Siapa yang datang tadi mummy ? " Tanya Huqeeb. Keningnya diangkat.
" Rayyan yang balik tadi. " Jawab Puan Nadia.
Huqeeb hanya meng'o'kan bibirnya sahaja.
" Takpelah mummy , Huqeeb naik masuk bilik dulu ya " kata Huqeeb.
Puan Nadia hanya menangguk.
Huqeeb terus berjalan pergi ke arah lift untuk naik ke biliknya itu.
" Ya Allah.... Kau bantulah aku. Pertemukan hamba dengan isteri hamba ya Allah. " Kata Rayyan. Matanya itu sudah mula berkaca.
***
Apabila sampai di rumah , Damia terus bergegas pergi masuk ke dalam biliknya itu untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menunaikan solat maghrib.
Setelah selesai dia menunaikan solat maghrib , dia mengaji seketika sementara menunggu masuk waktu solat isyak.
Jam 9 malam.
" Mia makan " ajak Anis.
Damia hanya menangguk.
Sedang enak mereka semua menjamu selera , tiba tiba...
" Erm , ibu... " Panggil Damia.
" Ya kenapa. " Jawab Puan Ariana.
" Mia ikut ibu abi balik esok. " Kata Damia.
Puan Ariana terkejut.
" Hah ? "" Bb- betul ke mia ? " Tanya Puan Ariana terkejut.
" Ye betul ibu. Mia dah fikir. Dah tiba masanya untuk mia jumpa Rayyan. Sebab kita tak tahu kan ajal , maut tu bila. " Jawab Damia menangguk.

YOU ARE READING
𝘊𝘌𝘖 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘔𝘳 𝘗𝘪𝘭𝘰𝘵
RomantizmSpin off She's The One. Status : Complete 𝘉𝘖𝘖𝘒 | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya. Seorang lelaki mempunyai perwatakkan dingin dan kacak. Soft spoken dan sweet talker apabila bersama...