Keesokkan harinya.
RING RING !!!
Damia terkejut dari lenanya apabila alarm yang dipasang darinya itu berbunyi. Dia terus bergegas bangun untuk pergi membersihkan dirinya itu. Belum sempat lagi kakinya melangkah pergi ke bilik air , tangannya di pegang oleh suaminya itu.
" Nak pergi mana ? " Tanya Rayyan yang memeluk isterinya dari belakang itu.
" Nak pergi ma-- mandi. " Tergagap Damia menjawab. Dia terus melepaskan pelukan suaminya itu dan terus bergegas pergi ke bilik mandi.
Setelah selesai Damia membersihkan dirinya itu , Rayyan mengambil gilirannya pula untuk membersihkan dirinya. Selepas itu mereka berdua menunaikan solat subuh bersama sama.
Jam 9 pagi.
TOK , TOK
" Siapa pulak yang ketuk ni ? " Tanya Damia. Keningnya diangkat.
" Eh , eh nak pergi mana pula tu ? " Tanya Rayyan.
Amboi takut bini lari ke bang ?
" Nak pergi tengok siapa yang ketuk kejap. Takkan la tu pun nak tanya ? " Jawab Damia. Dia menjeling.
Rayyan tersengih. Kepalanya diangguk.
" Ye ada apa ? " Tanya Damia.
" Ibu suruh turun. Breakfast. Lepastu balik. " Kata Danial.
" Okay. Kejap lagi along turun. " Jawab Damia menangguk.
" Takde kejap kejap. Sekarang ! Nanti ibu dengan abi marah pulak. Tahu lah baru kahwin , tapi janganlah duduk tu lama sangat. " Balas Danial tegas. Dia terus beredar pergi dari bilik kakaknya itu.
" Eh eh budak ni " marah Damia perlahan.
" Mr pero dah siap ke belum ? Ibu suruh turun breakfast " tanya Damia.
Mr pero ?
" Dah. " Jawab Rayyan menangguk.
" Jom " Rayyan terus menarik lembut tangan isterinya itu untuk keluar dari dalam bilik itu.
5 minit kemudian....
" Ha sampai pun pengantin baru ni. Ingatkan dah taknak turun makan. " Kata Puan Nadia dan Syed Adam..
Damia dan Rayyan hanya diam. Mereka berdua terus duduk di kerusi itu.
" Lepasni nak pergi mana ? " Tanya Tuan Uwais.
" Errr , Rayyan ingat nak pergi rumah mummy dulu ambil barang sikit. Stay dekat sana dulu lah malam ni. Lepastu baru kitaorang pergi rumah abi. " Jawab Rayyan.
Tuan Uwais hanya menangguk.
Setelah selesai mereka semua bersarapan pagi , masing masing sibuk meletakkan semua barangan untuk dibawa pulang ke rumah.
" Babai abi. Nanti mia datang jumpa abi tau. Abi jaga diri tau. Mia sayang abi ! " Kata Damia sambil memeluk ayahnya itu.
" Bye princess abi. Jaga diri ya. Abi pun sayangkan mia. " Jawab tuan Uwais sambil membalas pelukan satu satunya anak perempuannya. Dahi anak perempuannya itu dicium dengan lama sekali.
" Ibu jaga diri tau. Mia dah tak boleh tolong ibu masak dah lepasni. Kalau ibu rasa tak larat , suruh je abi yang masak. Kalau ada apa apa terus call mia tau. Mia sayang ibu ! " Kata Damia sambil memeluk ibunya pula.
" Ibu tahu lah jaga diri ibu. Mia tu jaga diri juga. Jaga suami tu elok elok. Kalau ada masalah , bincang dulu okay. Jangan terus sorang ke barat , sorang ke timur. Taknak macam tu. Ibu tak suka. Mia jaga diri ya sayang. Nanti kalau tak sibuk , datang rumah ya. " Jawab Puan Ariana sambil membalas pelukan satu satunya anak perempuannya itu.
YOU ARE READING
𝘊𝘌𝘖 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘔𝘳 𝘗𝘪𝘭𝘰𝘵
RomanceSpin off She's The One. Status : Complete 𝘉𝘖𝘖𝘒 | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya. Seorang lelaki mempunyai perwatakkan dingin dan kacak. Soft spoken dan sweet talker apabila bersama...