Setelah selesai majlis bertandang itu berakhir , masing masing terus pergi membersihkan diri dan menunaikan solat asar bersama sama.
" Kenapa sayang tak bagitahu dekat Mr pero yang Aisy Uqael tu adik sayang ? Sayang boleh je bagitahu Mr pero lepas selesai bergambar tu kan ? " Tanya Rayyan.
" Err minta maaf la. Sebenarnya mia tak pasti tu qael ke tak. Sebab pagi tu baru je dia call mia , tengok tengok malam tu dah terjumpa. Terkejut lah mia. " Jawab Damia menunduk.
" Mr pero marah ke ? " Tanya Damia pula.
" Tak la. Mr pero tak marah pun. " Rayyan menggeleng.
" Lepas ni balik rumah kita la. " Kata Damia.
" Sayang lupa ke ? Makan ni kita stay sini dulu. Pagi esok baru balik la. " Jawab Rayyan.
" Oh yelah. " Damia tersengih.
" Mia nak keluar kejap boleh ? " Tanya Damia.
" Pergi mana ? Dengan siapa ? " Tanya Rayyan pula. Keningnya diangkat.
" Pergi pantai kejap. Depan tu je. Tak tahu pergi dengan siapa. " Jawab Damia tersengih.
" Kalau macam tu , pergi dengan Mr pero je lah. Jom " balas Rayyan sambil menarik lembut tangan isterinya itu.
Damia menangguk tersenyum. Dia hanya mengikuti langkah suaminya itu.
Jam 5:45 petang. Cuaca di sana sudah menjadi mendung. Hanya menunggu hujan untuk turun sahaja. Tetapi mereka berdua masih lagi berlari larian di pantai itu.
10 minit kemudian...
Titt..Titt
Hujan mulai turun.
" Ya Allah budak budak ni takkan lah tak reti nak masuk ? Dah hujan ni " kata Puan Ariana.
" Sayang jom la masuk. Dah hujan ni " ajak Rayyan.
" Ala kejap la. Bukannya lebat sangat pun hujan ni. " Damia menggeleng.
Ye dia tahu yang Damia sangat sukakan hujan.
" Jom la kita masuk. Nanti sayang demam macam mana ? " Pujuk Rayyan lagi.
" Yelah. " Damia menangguk pasrah.
Kang kalau tak dengar , kena bebel free pulak nanti. Rayyan tak bebel , tapi mungkin ibu abi ke yang bebel nanti.
" Kenapa lambat masuk ? Tak nampak ke dah hujan tu ? " Tanya Puan Ariana.
" Ala sorry la ibu. Lagipun tadi bukannya lebat sangat pun. Baru rintik rintik. " Jawab Damia.
" Walaupun baru je rintik rintik , bila bila masa je boleh lebat tahu tak ? Nanti demam macam mana pulak ? Tak me susah ? " Bebel Puan Ariana.
" Ye ibu mia tahu mia salah. " Kata Damia menangguk.
" Dah pergi masuk mandi " arah Puan Ariana.
" Baik ibu. " Damia menangguk.
" Rayyan sekali. " Kata Puan Ariana.
" Tapi ibu toilet dalam bilik tu ada satu je. " Balas Damia.
Puan Nadia sudah pun tersenyum kecil mendengar kata kata yang keluar daripada mulut menantunya itu.
" Mandi je lah sekali. Suami isteri kan. " Jawab Puan Ariana.
" Taknak ibu. " Damia menggeleng.
" Apa nak malunya ? Korang dah kahwin. Dah halal pun. Dah pergi mandi cepat. Nanti demam macam mana ? " Arah Tuan Uwais.
YOU ARE READING
𝘊𝘌𝘖 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘔𝘳 𝘗𝘪𝘭𝘰𝘵
RomanceSpin off She's The One. Status : Complete 𝘉𝘖𝘖𝘒 | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya. Seorang lelaki mempunyai perwatakkan dingin dan kacak. Soft spoken dan sweet talker apabila bersama...