ᗷᗩᗷ 29

610 44 20
                                        

3 bulan kemudian....

Kini kandungan Damia sudah pun mencecah 4 bulan.

Jam 6 pagi.

RING RING !!!

Damia terkejut dari lenanya apabila alarm yang dipasang itu berbunyi.

" Huwaaaaa , ngantuknya " Damia menguap panjang. Tangganya itu sempat menutup mulutnya yang menguap panjang itu.

Dia terus bergegas bangun untuk pergi membersihkan dirinya dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai dia menunaikan solat subuh , dia duduk di atas sofa biliknya itu. Perut kecilnya itu diusap.

Jam 9 pagi.

" Ya Allah mia kenapa turun guna tangga ? " Tanya Puan Nadia terkejut.

Damia hanya tersengih seperti tidak membuat salah.

" Ala mummy bukannya selalu mia guna tangga. Asyik asyik guna lift je. Guna tangga boleh la exercise sikit. " Jawab Damia yang masih lagi tersengih.

" Ye memang la exercise sikit badan tu. Tapi dengan keadaan mia sekarang ni buatkan mummy lebih risau kan. Mia kan tengah pregnant. Guna je lift je. Lepas bersalin nanti guna je la tangga tu kalau mia nak guna. Ni kalau Rayyan ada , memang sah sah la mia dah kena bebel dengan dia tau. " Balas Puan Nadia.

" Meh duduk sini. Kita breakfast dulu. " Sambung Puan Nadia.

Damia menangguk. Dia terus melabuhkan punggungnya duduk di kerusi meja makan itu.

Setelah selesai Damia bersarapan pagi , dia terus meluangkan masa bersama sama dengan ibu mertuanya itu di ruang tamu. Bak kata orang , nak mengeratkan lagi hubungan mak mertua dengan menantu.

Jam 12 tengah hari.

" Puan muda nak makan apa tengah hari ni ? " Tanya Mak Esah.

" Mia tak kesah. Mak Esah masak je apa apa pun. Tapi jangan masak banyak sangat tau. Takut membazir nanti. " Jawab Damia.

" Baik puan muda. " Mak Esah menangguk.

30 minit kemudian....

" Tuan , Puan makanan dah siap dihidangkan " kata mak Esah.

" Baik. Terima kasih. " Jawab Puan Nadia.

" Jom mia " kata Puan Nadia sambil menarik lembut tangan menantunya itu.

Damia menangguk. Dia hanya mengikuti langkah ibu mertuanya itu.

20 minit berlalu...

" Eh mia nak pergi mana ni ? " Tanya Puan Nadia.

" Mia nak pergi basuh tangan dekat singki kejap mummy. " Jawab Damia.

" Hati hati. Dekat singki tu licin sikit. " Pesan Puan Nadia.

" Basuh tangan dekat sini je lah mia. Buat apa nak pergi dekat singki dapur tu ? " Kata Syed Adam pula.

" Tak bersih sangat daddy. Dekat singki dapur tu ada sabun. " Jawab Damia lagi. Dia hanya tersengih.

" Haih yelah. Elok elok sikit tu. " Pesan Syed Adam pula.

" Baik mummy , daddy. " Damia menangguk tersenyum.

Kebetulan sewaktu Damia hendak membasuh tangan di singki dapur itu , Falisha pun ada juga dekat situ.

" Kau tengoklah nanti " Falisha tersenyum sinis. Dia sempat menuang sabun pencuci pinggan ke atas lantai sebelum meninggalkan Damia di situ.

Baru sahaja Damia mahu kembali pergi ke meja makan , tiba tiba....

BUM !!

Terdengar bunyi sesuatu benda yang terjatuh. Seperti kaca.

𝘊𝘌𝘖 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘔𝘳 𝘗𝘪𝘭𝘰𝘵Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang