"Boss, kita ada masalah besar. I-Ris kena hacked." Bisik Irfan, Tengku Cash Marqeen terkejut mendengar berita itu. Pasti ini kerja persaing terdekat yang tidak puas hati dengan kejayaannya.
"Maaf Dato, saya ada urusan perlu diselesaikan. Mungkin lain kali kita boleh bersembang lebih panjang sambil menikmati coffee."
Tengku Cash Marqeen melangkah keluar daripada dewan utama dan menuju ke IT department. Dia harus menyelesaikan perkara ini hari ini juga.
"What happen?" Tanya Tengku Cash Marqeen sebaik sahaja tiba di IT department. Dia terkejut melihat hanya tinggal dua orang saja di dalam IT department ini.
"Mana semua orang? Kenapa daripada 5 orang hanya tinggal 2 orang?" Suara Tengku Cash Marqeen mula meninggi.
"Boss, seorang itu MC. Dua orang lagi notis 24 jam pagi tadi. Dua orang yang berhenti itu pakar dalam menghentikan penggodam ini. I-Ris menghantar mesej kepada semua pengguna akan menyebar data dalam masa 1 jam." Kata Rudy salah seorang IT engineer CM Venue Sdn. Bhd.
Tengku Cash Marqeen menumbuk meja dengan kuat mengejutkan sesiapa saja yang ada di situ. Kali ini teruk penggodam itu menggodam I-Ris . Turun naik nafasnya menahan marah.
"Kau tak cuba hentikan atau cari penyelesaiaan masalah ini?"
"Saya dah cuba tetapi ini saya tak pakar dalam hal ini dan saya dah cuba hentikan tetapi penggodam itu berjaya pintas semula sistem kita. Boss, kita kena lantik mana-mana pakar daripada luar. Perkara ini perlu diselesaikan dalam masa satu jam." Kata Rudy gelisah. Dia sudah buntu mencari jalan penyelesaiaan.
"Aku tak percaya pada sesiapa pun untuk masuk ke dalam CM Venue." Kata Tengku Cash Marqeen sebelum melangkah keluar daripada IT department.
"Boss, kita memang kena guna pakar daripada luar. Kalau tidak masalah ini tidak akan selesai. Boss ada orang yang Boss percaya ke?" Tengku Cash Marqeen mengeluh, dia sendiri tidak tahu siapa yang dia percaya saat ini.
Irdina parking beam skuter miliknya di tempat yang disediakan. Dia memandang sekeliling sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan CM Venue Sdn Bhd.
Dia terpegun melihat rekaan dalaman bangunan CM Venue Sdn Bhd yang moden dan sangat cantik.
"Cantiknya interior bangunan ini, siapa la yang design bangunan ini." Kata Irdina sendirian sambil memandang sekeliling di dalam bangunan ini. Dia melangkah menuju ke lif tetapi langkahnya terhenti apabila dia terserempak dengan seseorang di hadapan lif, Irdina terkedu.
"Aku rasa aku dah jumpa siapa yang aku percaya." Kata Tengku Cash Marqeen Apabila melihat seseorang yang amat dia kenali, Irdina.
Irdina mengundur pelahan-lahan kemudian dia pusing ke belakang dan kemudian dia berlari bersama bungkusan yang dia bawa untuk dihantar kepada pelanggan.
Tengku Cash Marqeen terkejut melihat Irdina melarikan diri. Dia mengejar gadis itu.
Irdina lari menaiki tangga kecemasan CM Venue, dia perlu menghantar pesanan ini di tingkat 3. Semakin laju Irdina berlari apabila melihat Tengku Cash Marqeen mengejarnya.
"Irdina! Stop! Stop!" Jerit Tengku Cash Marqeen, dia berlari menaiki anak tangga mengejar Irdina. Namun, Irdina tiba-tiba menghilangkan diri. Dia mendengus kasar, dia hairan kenapa gadis itu melarikan diri daripadanya.
Irdina mengurut dadanya,dia mengintai di sebalik pintu kecemasan ini mencari susuk tubuh Tengku Cash Marqeen, dia lega lelaki itu tidak lagi mengejarnya.
"Order untuk Cik Umairah." Kata Irdina sambil meletak bungkusan itu di atas meja seorang wanita.
"Awak boleh letak dekat sini ya. Cik Umairah ada meeting." Irdina mengangguk mendengar kata-kata wanita itu. Dia mencari Lif, pasti lelaki itu telah putus asa mencarinya.Irdina melepaskan keluhan, apa la malang nasibnya hari ini.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...