BAB 14

11.2K 544 7
                                    

Irdina membuka matanya pelahan-lahan perasaan mengantuk masih menyelubungi dirinya. Tiba-tiba Irdina merasa dia sedang memeluk sesuatu, rupanya dia sedang memeluk pinggang Tengku Cash Marqeen dan kepalanya di atas lengan lelaki itu.
Kelam kabut Irdina bangun, dia hairan macam mana dia boleh tertidur dekat lengan lelaki ini. Rasanya semalam dia sudah membina benteng antara mereka. Dia berharap lelaki itu tidak menyedari yang dia memeluk lelaki itu.

Irdina turun daripada katil dan ingin melangkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu bagi menunaikan solat fardhu subuh.

"Irdina..kau dah solat subuh ke?" Suara Tengku Cash Marqeen mengejutkan Irdina.

"Belum, baru nak ambil wudhu. Awak okay ke tu?" Tanya Irdina melihat Tengku Cash Marqeen mengurut lengannya.

"Kau tunggu aku, kita solat jemaah. Lengan aku tiba-tiba lenguh, tak tahu la kenapa." Irdina mengukir senyuman sendirian mana tak lenguh kalau satu malam kena tindih dengannya.

Irdina kusyuk mendengar doa yang dialunkan oleh Tengku Cash Marqeen. Sedapnya suara lelaki itu hingga dia terbuai dengan merdu suara lelaki itu.

"Jom teman aku jogging." Kata Tengku Cash Marqeen sambil melipat sejadah.

"Jogging? Tak nak la saya allergic dengan jogging nanti satu badan sakit." Irdina cuba mengelak, dia paling tidak suka aktiviti kalau kena berlari.

"Kau malas kan sebenarnya? Kau kena ikut juga aku jogging. Jom." Tengku Cash Marqeen menarik tangan Irdina supaya wanita itu bangun dari tempat duduknya.

"Ala.. nak tidur. Saya mana kasut sukan, tak akan nak lari pakai sandal. Kan?" Irdina mengukir senyuman sambil mengangkatkan keningnya,akhirnya dia dapat alasan yang tepat.

"Aku ada kasut sukan perempuan. Aku rasa kau muat." Irdina mengerut dahi mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen, kenapa lelaki itu simpan kasut sukan perempuan? Riak wajah lelaki itu berubah apabila bercakap tentang kasut sukan itu.

Irdina memakai sweatshirt yang diberi Tengku Cash Marqeen kepadanya, dia memang sehelai sepinggang ketika datang ke rumah lelaki itu.

"Macam mana awak ada kasut sukan perempuan?" Tanya Irdina menghampiri Tengku Cash Marqeen yang sedang mengikat tali kasut.

"Aku beli kasut ini untuk Umairah, hadiah perkahwinan daripada aku kepada dia. Tetapi semua itu dah tinggal kenangan." Tengku Cash Marqeen mengeluarkan sepasang kasut sukan berwarna pink daripada kotak.

"Cantiknya. Rezeki aku la ni." Kata Irdina teruja melihat kasut sukan yang cantik itu.

Tengku Cash Marqeen bertenggung dan menyarungkan kasut itu di kaki Irdina. Wanita itu terkedu.

"Eh? Saya boleh pakai sendiri la."

"Kau duduk diam-diam boleh tak?" Kata Tengku Cash Marqeen sambil mengikat tali kasut untuk Irdina. Kemudian, lelaki itu menyarungkan kasut di kaki sebelah kiri wanita itu.

Irdina memandang Tengku Cash Marqeen tanpa berkedip, dia tidak pasti perasaan apa yang sedang menyelubunginya saat ini tetapi dia berasa sangat bahagia. Jantungnya mula berdegup kencang, adakah dia telah jatuh cinta dengan lelaki ini?

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now