Pakcik Ismail menghampiri Tengku Iskandar,dia menepuk bahu besannya ini.
"Kita perlu berbincang sesuatu. Saya ada cadangan untuk menyelamatkan maruah keluarga Tengku." Kata Pakcik Ismail sambil membawa Tengku Iskandar ke satu tempat untuk berbincang.
Irdina termenung melihat Tengku Cash Marqeen yang masih membisu, pasti dia sangat sedih saat ini.
"Adik.. Abi ada benda nak dibincangkan dengan adik." Kehadiran Pakcik Ismail mengejutkan Irdina. Dia hairan mendengar kata abinya, kenapa abi seperti mahu berbincang tentang perkara yang sangat serius.
"Bincang apa abi?" Pakcik Ismail menggenggam erat tangan anak bongsunya ini. Irdina mula tidak sedap hati.
"Keluarga Tengku Iskandar telah melamar adik sebagai isteri Tengku Cash Marqeen untuk menggantikan pengantin perempuan yang tak datang. Sebagai wali, Abi telah menerima lamaran itu." Irdina tergamam mendengar kata-kata Abinya.
"Why me? Adik tak nak berkahwin. Adik tak nak abi." Air mata membasahi pipi Irdina. Dia merayu.
"Because you are mylovely daughter. Tolong lakukan ini demi menyelamatkan maruah keluarga mereka. Please sayang. Demi abi dan ibu." Irdina kalah apabila melihat abinya merayu. Pelahan-lahan dia menggangguk.
"Ayah sudah berbincang dengan Pakcik Ismail. Pernikahan ini akan di teruskan juga. Irdina akan menggantikan Umairah. Sementara Tok kadi masih ada, kita akan mulakan segera." Tengku Cash Marqeen terkejut mendengar kata-kata Tengku Iskandar. Dia menggeleng kepala.
"Kenapa Irdina kena menjadi mangsa keadaan. Cash tak nak melibatkan Irdina. Cash tak nak teruskan pernikahan ini." Kata Tengku Cash Marqeen bersungguh-sungguh.
"Tolong Cash, demi maruah keluarga kita. Demi Bonda, tolong la." Rayu Tengku Maryam sambil memeluk tubuh Tengku Cash Marqeen. Lelaki itu mendengus kasar, dia terpaksa akur kerana tidak sanggup melihat air mata bondanya.
Tengku Cash Marqeen berjabat tangan dengan Tok Kadi.
"Tengku Cash Marqeen bin Tengku Iskandar."
"Ya saya.." Jawab Tengku Cash Marqeen sambil memegang erat tangan Tok Kadi
"Aku nikahkan dikau dengan Irdina Nadleen Binti Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM1000.00 tunai..."
Tengku Cash Marqeen menarik nafas.
"Aku terima nikahnya Irdina Nadleen Binti Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM1000.00 tunai.." sekali lafaz Irdina sah menjadi isteri Tengku Cash Marqeen. Air mata membasahi pipi lelaki itu.
" Sah?" Tok Kadi bertanya dua saksi di sisinya.
"Sah.. Sah.." jawab saksi
"Alhamdulillah.. Bismillah.." Tok kadi menadah tangan memulakan bacaan doa.
Irdina memeluk erat ibunya. Dia menangis di dalam pelukan ibunya. Irdina sangat sedih kerana terpaksa berkahwin dengan cara begini.
Tengku Cash Marqeen duduk di hadapan Irdina, dia menghulur tangan kepada wanita itu. Lambat-lambat Irdina memberi tangannya kepada Tengku Cash Maqeen. Cincin berlian di sarung ke jari manis Irdina. Irdina tunduk salam dan mencium tangan Tengku Cash Marqeen. Tengku Cash Marqeen cuba untuk ikhlaskan hati ini.
Irdina mengelap air mata yang membasahi pipi. Kenapa dia harus menamatkan zaman bujang dengan seseorang dia tidak cintai.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...