Umairah termenung memandang monitor dihadapannya. Sesekali dia melepaskan keluhan. Telefon bimbit berlagu menandakan dia menerima satu panggilan telefon. Nama Cash Mylove di skrin telefon bimbitnya menarik perhatian Umairah.
"Assalamualaikum.. Sayang. Saya nak beritahu yang saya akan ke Korea hari ini." Kata Tengku Cash Marqeen di hujung talian.
"Korea? Hari ini? Awak, kita lagi seminggu nak menikah jangan la pergi tempat yang jauh, kalau ada apa-apa berlaku pada awak macam mana?" Umairah mula gelisah apabila Tengku Cash Marqeen memberitahunya ingin pergi ke satu tempat yang sangat jauh.
"Sayang, jangan la fikir bukan-bukan. In Shaa Allah saya okay. Awak jaga diri ya." Tengku Cash Marqeen cuba untuk menenangkan hati Umairah.
"Kenapa awak nak pergi ke sana? Urusan kerja atau awak ada sorok apa-apa daripada saya?" Perasaan curiga mula muncul di dalam hati Umairah.
"Ha? Awak, saya nak pergi kerja. Saya tahu awak tengah stress ni. Saya nak awak tahu saya sayang awak seorang saja. I Love you sayang." Umairah menarik nafas dia berasa sedikit tenang apabila mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen.
Dia sendiri tidak tahu kenapa perasaan curiga ini muncul.
Tengku Cash Marqeen berasa hairan dengan sikap Umairah sejak akhir-akhir ini. Adakah wanita itu stress kerana tarikh pernikahan semakin hampir? Tengku Cash Marqeen melangkah masuk ke dalam Cafe Dolla.
"Upah kau." Kata Tengku Cash Marqeen sambil menghulur aiskrim kepada Irdina yang sedang mengelap meja. Gadis itu teruja melihat aiskrim kegemarannya
"Kau ingat lagi aiskrim favourite aku. Kau datang sebab nak bagi aiskrim je kan? Aku tak nak tolong kau apa-apa lagi." Irdina memberi amaran supaya lelaki itu tidak meminta dia buat apa-apa lagi.
"Kenapa kau ni kedekut ilmu sangat? Kalau kau tolong aku lagi boleh dapat aiskrim lagi. Aku sebenarnya nak bertolak ke Korea, saja singgah sini sebab nak bagi upah dekat kau."
"Kau bukan dah nak kawin ke? Kau boss kan? kenapa nak kena kerja teruk?" Tanya Irdina hairan, boss pun kena bekerja teruk ke walaupun tarikh perkahwinan semakin hampir.
"Aku pergi tak lama. Memang la aku boss tetapi aku ada urusan perlu diselesaikan. Aku gerak dulu.Kau jangan lupa datang ke majlis pernikahan aku, mana tahu kau jumpa jodoh ke nanti. Boleh la kita nikah sekali." Kata Tengku Cash Marqeen sambil ketawa. Irdina hanya menjeling mendengar kata-kata lelaki itu. Mana ada orang baru kenal terus nak menikah. Lagi pun lambat lagi dia ingin menamatkan zaman bujang ini.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomansaSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...