BAB 25

11.3K 530 9
                                    

"Caramello cappuccino ice satu. Kenapa tak beritahu aku nak balik ke cafe ?" Tengku Cash Marqeen menghulur duit kepada Irdina.

"Awak kan sibuk. Lagipun bukan susah sangat balik cafe ni. Saya belum pernah sesat lagi selama bekerja dekat sini." Tengku Cash Marqeen mendengus kasar mendengar kata-kata Irdina, bab menjawab wanita itu memang nombor satu.

"Balik pukul berapa hari ni."

"Pukul 6 petang. Saya boleh sendiri tak payah ambil saya sebab pukul 6 petang tu terang."

"Okay la kalau macam tu. Nanti datang ke CM Venue, aku nak tunjuk dekat kau sesuatu. Kalau kau tak datang aku denda kau jogging selama seminggu." Ujar Tengku Cash Marqeen sambil mengukir senyuman kepada Irdina. Gadis itu mengetap bibir mendengar kata-kata lelaki itu. Geramnya dia dengan lelaki bernama Tengku Cash Marqeen.

Umairah mengetuk pintu pejabat Tengku Cash Marqeen. Dia membawa satu bungkusan untuk lelaki itu.

"Oleh kerana kita stayback hari ni. Saya ada beli makanan kegemaran awak. Jom makan bersama. Saya lapar tak makan lagi dari tengahari" Ujar Umairah membuat suara manja sambil meletak bungkusan di atas meja.

"Hmm.. Kenapa tak makan lagi? Awak kan ada gastrik. Saya teman awak makan." Umairah mengukir senyuman, dia gembira Tengku Cash Marqeen masih mengambil berat tentang dirinya.

Tengku Cash Marqeen membawa bungkusan ke sebuah meja kopi. Dia membuka bungkusan itu dan membuka bekas makanan itu. Sudu dan garpu di lap dan letak di hadapan Umairah. Umairah merenung wajah lelaki itu, Tengku Cash Marqeen sangat penyanyang dan mengambil berat. Sebab itu dia sangat menyayangi lelaki ini.

Irdina melangkah menuju ke pejabat Tengku Cash Marqeen saat pintu pejabat lelaki itu dibuka, Irdina ternampak Tengku Cash Marqeen dan Umairah sedang menjamu selera. Dia kembali berundur dan menutup pintu pelahan-lahan.

"Puan Irdina, Kenapa tak masuk?" Tanya Irfan yang baru muncul di hadapan pejabat Tengku Cash Marqeen dia pergi ke cafe untuk membeli minuman untuk bossnya.

"Boss awak sibuk la. Saya tunggu dia dekat cafe je la." Kata Irdina sambil berlalu pergi. Irfan mengerut dahi mendengar kata-kata Irdina. Seperti ada yang tidak kena.

Irfan terkejut melihat Tengku Cash Marqeen dan Umairah. Patut la Irdina tak nak masuk ke dalam pejabat bossnya ini.

"Boss saya letak coffee atas meja ya. Puan Irdina kata dia tunggu Boss dekat cafe." Kata Irfan sengaja mahu menganggu Umairah dan Tengku Cash Marqeen.

"Irdina dah sampai ke? Saya nak pergi ke cafe sekejap." Umairah mendengus kasar melihat Tengku Cash Marqeen meninggalkannya sendirian, baru ingin berasa bahagia sekejap.


Irdina melangkah menuju ke cafe namun dia terserempak dengan seseorang ditengah-tengah lobi CM Venue.
"Hai,awak? Saya memang nak cari awak." Kata Firash teruja dapat berjumpa semula dengan Irdina.

"Cari saya? Kenapa?"

"Saya rasa saya dapat jejak hacker itu."

"Serius la, nanti tunjuk dekat saya." Kata Irdina teruja.

"Boleh je. Bila awak nak buat kerja dekat bilik server tu."

"Minggu depan saya mula bekerja di sini. Kalau awak dapat jejak hacker itu boleh la ajar saya kan." Ujar Irdina sambil tersenyum, Firash turut tersenyum melihat wanita itu. Sah dia sudah jatuh cinta.

Tengku Cash Marqeen menyilang tangan didada, dia mengerut dahi melihat Irdina bersembang dengan seorang lelaki. Dia berdiri dihadapan lif memerhati dua orang yang sedang rancak berbual. Macam mana Irdina boleh kenal dengan jurutera baru itu? Apa yang diaorang sembang sehingga wanita itu mengukir senyuman seperti itu? Pelbagai persoalan bermain di dalam fikiran Tengku Cash Marqeen saat ini. Hatinya gelisah melihat senyuman Irdina yang tidak lekang kepada lelaki itu.

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now