Megat Raadin menghenyak tubuh di atas sofa sambil membaling sampul surat berwarna coklat ke atas meja.
"Di dalam sampul itu ada RM20,000.00 upah untuk kau. Aku nak kau curi semua bahan untuk produk baru itu dan padam semua salinan. Aku nak softcopy produk baru itu. Pastikan kerja ni clean, jangan tinggalkan satu bukti pun. Kalau kau gagal, nyawa kau melayang." Ujar Megat Raadin, dia sedang merancang sesuatu yang besar. Esok akan menjadi hari kemenangannya.
"Baik la Boss. Jangan risau, aku akan pastikan semua berjalan lancar dan tidak akan ada satu bukti pun yang akan tertinggal." Ujar Firash bersungguh-sungguh. Dia mengukir senyuman sambil mengira upah yang diberi Megat Raadin padanya.
"Kau kena hati-hati dengan Irdina. Dia sangat bijak. Jangan salah langkah dan jangan tinggalkan satu pun bahan untuk produk baru itu. Biar mereka menangis, meraung apabila semua yang diusahakan hilang sekelip mata." Kata Megat Raadin sambil ketawa besar. Lagi 2 hari pelancaran produk baru itu, pasti Tengku Cash Marqeen akan buntu apabila segala yang di rancang tidak menjadi. Dia nak tengok lelaki itu jatuh terjunam.
Irdina mencari bawah katil, bawah sofa dan dalam almari. Keychain yang diberi Firash telah hilang, baru semalam dia lihat tergantung pada bagpack itu.
"Awak nampak tak keychain yang Firash bagi itu?" Tanya Irdina, dia gelisah mencari keychain itu.
"Entah.. keychain itu kena makan cicak kot." Jawab Tengku Cash Marqeen acuh tak acuh sambil membetulkan tali lehernya dihadapan cermin. Sedangkan semalam dia telah membuang keychain didalam tong sampah diluar rumah.
"Saya betul-betul ni. Mesti Firash sedih, bagi semalam hari ini hilang."
"Nah. Ambil ni, aku beli tahun lepas. Aku beli sebab aku rasa dia comel." Tengku Cash Marqeen menghulur keychain kucing berwarna oren sebesar tapak tangannya.
"Comelnya kucing ni. Terima kasih awak." Irdina teruja melihat keychain kucing itu. Tengku Cash Marqeen mengukir senyuman melihat Irdina sangat gembira apabila dia memberi keychain itu.
"Biar aku gantungkan pada beg kau. Jangan pernah tanggalkan keychain ni." Tengku Cash Marqeen meletak keychain itu pada zip backpack Irdina.
Tengku Cash Marqeen merenung Irdina yang sedang membelek keychain itu. Hatinya sudah terpaut pada wanita itu, tetapi bila dia harus meluahkannya? Adakah cinta dia akan diterima?
Irdina parking motor di parking motor CM Venue. Dia hairan melihat keadaan CM Venue seperti sedang huru hara. Dia berlari masuk ke dalam bangunan CM Venue.
"Irdina, systems CM Venue kena hack. Semua bahan untuk produk baru hilang. Softcopy,hardcopy hilang dan email semua staff marketing department kena hack." Ujar Rudy cemas dia salah seorang IT engineer.
"Ha? Macam mana boleh jadi macam itu? Kita kan dah increase security semalam, ini pasti kerja orang dalam. CCTV boleh dapat trace tak siapa yang buat kerja ni?" Tanya Irdina gelisah, baru beberapa hari kerja dia sudah dapat satu masalah besar.
"Semua CCTV dekat sini semalam offline. CCTV just active sampai pukul 8 malam, after that offline sehingga pukul 6 pagi. Ini memang kerja orang dalam, tetapi kita tidak tahu siapa. Sebab dia ni bijak sangat." Kata Rudy lagi. Irdina buntu, kalau bukti utama pun di hapuskan macam mana nak menyelesaikan masalah ini. Irdina menggaru kepala yang tidak gatal
Umairah menangis teresak-esak di dalam bilik mesyuarat ini. Beberapa orang team marketing department turut menangis. Apa yang telah usahakan hilang sekelip mata, tiada yang tertinggal. Pencuri mengambil semua bahan produk baru itu termasuk email mereka.
"Saya bukan nak tuduh atau buruk kan keadaan, tetapi saya dapat info yang Irdina suka meninggalkan laptop dia merata-rata.
Dia juga merancang untuk tukar systems security yang sedang kita guna semalam kepada systems baru. Sebab itu la, hacker boleh hack semua systems termasuk CCTV. Penat Saya usaha selama ini. Macam mana dengan hari pelancaran produk itu tinggal lagi dua hari? Malu la kita sudah jemput ramai wartawan." Ujar Umairah sambil menangis teresak-esak. Dia sengaja menuduh Irdina,kerana ini la masanya untuk Irdina nampak buruk di hadapan Tengku Cash Marqeen.Tengku Cash Marqeen mendengus kasar. Irdina sangat melampau, dia telah melakukan sesuatu tanpa kebenarannya.
Tengku Cash Marqeen menumbuk permukaan meja mesyuarat dengan kuat, mengejutkan semua orang. Wajah lelaki itu juga bengis menahan marah.
Irdina berlari masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama beberapa orang team IT department.
"Maaf kami lewat, kami sedang usaha untuk menyelesaikan masalah ini." Kata Rudy mewakili semua team IT department.
Tengku Cash Marqeen merenung tajam ke arah Irdina. Dia melangkah mendekati wanita itu."Tengok apa kau dah buat Irdina?! Kenapa kau menukar systems security tanpa kebenaran aku?!" Irdina terkejut di tengking oleh Tengku Cash Marqeen dihadapan semua orang.
Dia menggeleng pelahan, dia tidak melakukan itu. Team IT department terkejut melihat Irdina di marah sebegitu teruk oleh Tengku Cash Marqeen.
"Saya tidak buat benda itu. Saya tidak pernah terfikir hendak menukar system security yang telah CM Venue tetapkan. Sumpah saya tidak menukarnya." Ujar Irdina bersungguh-sungguh.
"Tipu! Kalau kau tak menukarnya kenapa system kena hack dengan teruk sekali?! Sampai semua CCTV offline. Kau nak memusnahkan CM Venue ke?! Nak tengok aku bankrupt? Aku nak kau settle masalah ini sampai selesai, kau tak boleh balik selagi masalah ini tidak selesai. Aku bagi kau masa 2 hari saja untuk menyelesaikan semua ini. Kau boleh keluar sekarang! Keluar !!" Tengking Tengku Cash Marqeen sambil menunjuk ke arah pintu.
Irdina terkejut di tengking oleh Tengku Cash Marqeen. Irdina melangkah keluar daripada bilik mesyuarat itu, sebaik sahaja dia keluar daripada bilik itu air mata membasahi pipinya. Dia meletak tangan di dadanya, perasaannya sangat sakit saat ini. Irdina tidak mampu berjalan, dia bertenggung di tengah jalan dan menundukkan wajahnya, Irdina menangis teresak-esak. Kenapa dia dituduh sebegitu teruk.
Umairah puas hati melihat Irdina dimarahi. Dia mengukir senyuman sinis, harap selepas ini hubungan Tengku Cash Marqeen dan Irdina tidak akan pernah baik.
Firash dan Rudy terkejut melihat Irdina dimarahi. Rudy menghampiri Tengku Cash Marqeen.
"Boss, dia tak buat perkara itu. Dia tidak akan buat, semalam saya dan dia sudah increase security system. Kami minta maaf atas kesulitan ini, kami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikannya." Kata Rudy, dia kemudian dia melangkah keluar daripada bilik mesyuarat di ekori team lain.
Tengku Cash Marqeen melepas keluhan, dia berasa dia sudah memarahi Irdina terlampau teruk. Namun, apabila dia fikirkan kesalahan yang telah Irdina lakukan dia perlu buang perasaan serba salah itu. Wanita itu perlu belajar daripada kesilapan.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomansaSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...