BAB 40

12.9K 518 15
                                    

Tengku Cash Marqeen terkejut apabila dia melangkah masuk ke dalam wad Irdina, wad itu kosong dan tiada penghuni.

"Nurse, mana isteri saya? Irdina Nadleen." Tanys Tengku Cash Marqeen gelisah.

"Puan Irdina sudah discharge pagi tadi, dalam pukul 9 pagi." Balas jururawat yang bertugas.

Tengku Cash Marqeen mengerling jam tangannya, sudah 4 jam wanita itu keluar daripada hospital, tetapi dia tidak pulang ke rumah. Dimanakah dia sekarang? Hati lelaki itu mula gelisah.




Yuna sedang mengelap permukaan meja makan Cafe Dolla, terkejut dengan kehadiran Tengku Cash Marqeen.

"Dimana Irdina? Kenapa tak beritahu aku yang dia akan keluar daripada hospital? Dimana dia?" Tanya Tengku Cash Marqeen mendesak Yuna.

"Dia tak bagi saya beritahu Tengku sebab dia tak nak tengok muka Tengku langsung. Tengku, tahu tak sekali perempuan terluka, dia tidak akan berpaling." Ujar Yuna bersungguh-sungguh

"Aku tahu.. Sekarang tolong beritahu aku, di mana Irdina? Aku nak pujuk dia. Aku nak luahkan apa aku rasa." Yuna terkejut mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen.

"Tengku juga mencintai dia ke?" Tanya Yuna teruja.

"Apa maksud kau? Dia menyintai aku juga ke?" Yuna tersedar dia terlepas cakap. Aduh mulut ini pun. Yuna perlu mengubah topik ini, jika tidak rahsia akan terbocor.

"Dia balik kampung. Pergi la cari dekat kampung, pujuk dia betul-betul. Jangan sakiti hati dia lagi." Apabila mendengar kata-kata Yuna, Tengku Cash Marqeen melangkah meninggalkan Cafe Dolla. Dia perlu mencari Irdina, dia sangat merindui wanita itu.




Irdina memotong bawang, air mata mengalir membasahi pipi.

"Ibu pun potong bawang juga, tetapi tiada la air mata berjurai macam itu." Kata Makcik Zaiton hairan melihat Irdina. Sejak sampai ke rumah tadi, Irdina banyak termenung. Sedangkan Irdina la seorang yang paling ceria di dalam keluarga.

"Ibu lain, selalu masak. Adik tak masak dekat rumah."

"Tak masak? Habis suami makan apa? Makan ldekat luar ke setiap hari?" Bertubi-tubi soalan Makcik Zaiton, mak mana tak risau, jika anak dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Cash yang masak. Dia tidak bagi adik masak. Lagipun masakan dia memang sedap pun." Ujar Irdina tiba-tiba merindui tentang lelaki itu. Air matanya mengalir lagi.

"Untung la, dapat lelaki penyayang. Kenapa Cash tidak ikut balik? Adik gaduh dengan dia ke? Jangan bergaduh lama sangat tak baik untuk hati." Nasihat Makcik Zaiton, dia dapat merasakan rumah tangga Irdina dengan Tengku Cash Marqeen sedang bergolak.

Irdina hanya diam membisu tiada jawapan untuk itu. Jika dia kata mereka sedangbahagia, ibu pasti tahu dia sedang menipu. Walaupun dia sangat sakit hati dengan lelaki itu, tetapi dia merinduinya.




Irdina melabuh punggung di atas tunggul kayu sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas dihadapannya.

Sesekali dia melepaskan keluhan, sampai bila dia harus bersama Tengku Cash Marqeen yang tidak mempunyai perasaan padanya.

"Kenapa lari jauh sangat? Kau tak rindu aku ke?" Suara itu mengejutkan Irdina daripada lamunan, dia pantas menoleh. Tengku Cash Marqeen sedang melangkah mendekatinya.

"Kenapa awak datang sini? Balik la, tiada apa lagi yang perlu dibincangkan." Tengku Cash Marqeen melabuh punggung di sebelah Irdina.

Irdina ingin bangun namun Tengku Cash Marqeen memegang tangannya. Dia hanya kaku di situ.

"Aku minta maaf. Aku salah menilai kau. Tak kan la tiada ruang kemaafan untuk aku? Tolong maafkan aku.. aku merayu..." Tengku Cash Marqeen berlutut di hadapan Irdina. Sambil memegang jari jemari Irdina, Matanya menatap tepat ke mata Irdina. Dia terseksa jika Irdina tidak mahu memaafkannya.

Irdina terkejut melihat perbuatan Tengku Cash Marqeen. Lelaki itu kelihatan sangat Ikhlas memohon maaf kepadanya. Air mata membasahi pipinya.

"Saya sangat terluka, sampai saya rasa tak boleh diubati lagi. Apa guna kita bersama, jika hanya saya yang mempunyai perasaan pada awak. Sedangkan hati awak pada Umairah." Irdina menangis teresak-esak.

"Irdina sayang, kau adalah wanita yang paling aku cintai. Tiada wanita lain mampu menggantikan kau. Ikhlas hati aku menyintai kau sehingga akhir nyawa aku." Luah Tengku Cash Marqeen sambil memegang kedua pipi Irdina.

Irdina bagai tidak percaya cintanya telah di sambut lelaki yang amat dia cintai. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

"Saya mencintai awak... hanya awak." Ujar Irdina di dalam pelukkan Tengku Cash Marqeen

Pipi Irdina dikucup berkali-kali. Tengku Cash Marqeen mengelap air mata yang mengalir di pipi Irdina. Kepala Irdina di kucup dengan penuh kasih sayang. Cintanya hanya untuk Irdina.

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now