Dato Rizman mundar-mandir di ruang tamu banglo mewah sambil meletak kedua-dua tangannya di belakang.
"Mairah tahu tak? Mairah dah memalukan papa! Macam mana papa nak mengadap Cash nanti? Apa yang sedang menghasut kamu ini? Pepagi buta tiba-tiba menghilang, meninggalkan nota kata tak mahu meneruskan pernikahan. Kenapa Mairah?" Bebel dato Rizman geram dengan sikap Umairah yang telah memalukan dia.
"Umairah tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang curang. Mairah benci dia papa. Mairah benci Cash." Umairah menangis teresak-esak, dia meninggalkan Dato Rizman dan berlari masuk ke dalam biliknya. Dia sangat sedih saat ini kerana telah dikhianati oleh lelaki yang amat dia cintai.
Tengku Cash Marqeen dan Irdina membisu di dalam kereta sepanjang perjalanan menuju ke rumah lelaki itu. Masing-masing hati tidak tenang saat ini.
"Aku minta maaf sebab dah melibatkan kau dalam masalah aku. Aku tak tahu apa salah dan dosa aku sampai Umairah sanggup buat macam ni dekat aku." Ujar Tengku Cash Marqeen sayu, terserlah kesedihan diwajahnya.
"Hmm.. Aku pun tak tahu nak cakap apa, tetapi aku rasa Umairah akan menyesal sebab buat kau macam tu. Aku sebenarnya tak tahu nak mulakan macam mana untuk status kita yang baru ini. Aku kekok." Kata Irdina meluahkan apa di dalam hati.
"Ha.. first tukar bahasa diri kau itu. Kau tak boleh bahasa diri 'aku' dan 'kau', guna bahasa diri 'saya' dan 'awak'. Bila sampai di rumah aku nanti jangan buat macam zoo pula, rumah aku itu bersih." Irdina menjeling mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen, perangai mengarah mamat itu sudah datang.
"Kau..opss, awak ingat saya ini teruk sangat ke? Belagak sangat macam rumah awak itu cantik sangat."
"Tengok la nanti, cantik ke tak cantik. Jangan ada orang itu terpegun dah la."Kata Tengku Cash Marqeen sambil terukir senyuman sinis dibibirnya. Irdina hanya menjeling, malas melayan mamat annoying ini.
Lamborgini Veneno Roadster yang dipandu Tengku Cash Marqeen parking di lot parking yang telah tersedia di hadapan rumah banglo mewah ini. Sebaik sahaja kereta itu masuk ke kawasan parking semua lampu di rumah itu menyala. Irdina tergamam.
Dia baru tengok daripada luar sudah terpegun, belum lagi masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Tengku Cash Marqeen membuka pintu utama, Irdina terkedu melihat reka dalaman rumah banglo ini. Sangat cantik, moden dan mewah. Sebuah pintu kaca memaparkan kolam renang yang besar.
"Arghh! Ini rumah ke hotel? Cantiknya, macam mana awak boleh tinggal sendirian dekat rumah besar ini." Kata Irdina teruja sambil menepuk-nepuk lengan Tengku Cash Marqeen. Lelaki itu mendengus kasar lengannya sakit dipukul Irdina yang terlebih teruja.
"Besarnya kolam renang ni. Awak buat apa dengan kolam renang sebesar ini nak bela badak ke? Kalau badak pun tak reti berenang kalau masuk dalam kolam renang yang besar sangat." Kata Irdina sambil berjalan di tepi kolam renang.
"Badak? Kolam renang untuk badak?" Tengku Cash Marqeen mendengus kasar, dia menggeleng kepala. Macam mana la dia nak menghadap si hyper ini hari-hari.
Dia mengukir senyuman sendirian apabila melihat Irdina tersalah tekan suis menyebabkan air pancut bergerak laju dan membasahi Irdina. Perempuan itu sangat duduk tidak diam. Hidup dia pasti huru-hara selepas ini dengan kehadiran gadis itu.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...