Tengku Cash Marqeen terkejut membaca berita 'Inlife digodam menyebabkan data peribadi pengguna tersebar luas dan media social itu telah menjadi platform buku kanak-kanak'. Lelaki itu melepaskan keluhan itu pasti kerja Irdina. Dia yakin sangat.
Irdina menyusun melangkah menuju ke cafe namun langkahnya terhenti apabila terserempak dengan Tengku Cash Marqeen. Lelaki itu berdiri tepat dihadapannya.
"Kau yang menggodam Inlife kan?" Tanya Tengku Cash Marqeen, dia mendekati Irdina yang hanya kaku di situ.
"Kalau betul, apa masalahnya? Itu adalah pengajaran untuk pencuri."
"Aku suruh kau menyelesaikan masalah bahan yang hilang itu. Bukan menggodam systems orang lain. Lagi satu betulkan balik security systems yang telah kau tukar itu."
"Saya tidak menukar apa-apa pun di dalam security systems. Saya tidak melakukan itu. Mana mungkin saya buat semua itu. Tolong la percaya... Hanya awak saja yang saya harapkan sekarang ini untuk mempercayai saya. Tolong la jangan menuduh saya seperti itu." Irdina merayu dia mencapai tangan Tengku Cash Marqeen tetapi di tepis lelaki itu. Irdina terkedu.
"Aku tidak percaya, sebab kau hacker. Kau boleh melakukan apa-apa saja untuk tunjuk kau hebat. Kau sengaja buat semua itu sebab cemburu dengan Umairah kan? Betul kan?!" Marah Tengku Cash Marqeen suaranha meninggi. Beberapa orang sedang melihat ke arah mereka, tidak diperdulikannya.
Irdina tergamam mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen, tuduhan lelaki itu sangat kejam.
"Tuduhan awak itu sangat kejam. Awak lebih memilih dia, berbanding saya isteri awak. Awak lebih percaya dia daripada saya. Awak tahu tak ini perkara ini paling sakit pernah saya rasa. Saya akan membuktikan saya tidak melakukannya." Air mata Irdina mengalir membasahi pipinya.
Tengku Cash Marqeen terkejut melihat air mata Irdina. Ini kali pertama melihat wanita itu mengalirkan air mata dihadapannya, selain ketika hari pernikahan mereka dahulu.
"Aku nak tengok bukti kau itu. Walaupun kau isteri aku , jika kau buat kesalahan besar aku tidak akan mudah memaafkan kau. Aku lebih mengenali Umairah daripada mengenali kau. Jadi, jangan la pelik kenapa aku sangat mempercayai dia."
" Simpan sahaja air mata kau itu, mana tahu kau perlu menggunakan apabila tidak dapat membuktikan yang kau tak salah." Balas Tengku Cash Marqeen sinis.
"Perkara yang paling menyeksakan hati, apabila kita mengharapkan orang yang kita sayang untuk mempercayai dan melindungi kita tetapi dia adalah seseorang yang paling tidak mempercayai kita." Ujar Irdina kecewa.
Dia menyusun melangkah pergi meninggalkan Tengku Cash Marqeen. Tiada apa perlu dipertahankan lagi jika lelaki itu memang tidak
mempercayainya lagi.Tengku Cash Marqeen cuba memahami maksud kata-kata Irdina. Apa maksud orang yang kita sayang yang disampaikan oleh Irdina? Adakah wanita sudah itu mula menyayangi dirinya? Seperti mana dia telah mula menyayangi wanita itu.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...