"Hubby sedar tak apa yang sedang hubby cakap ni? Hubby sedang meminta izin untuk berkahwin lagi. Hubby tahu kan perkara itu sangat menyakitkan hati sayang tetapi kenapa hubby masih melakukannya?" Air mata menitis membasahi pipi Irdina saat Tengku Cash Marqeen menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan Umairah.
Semalaman Irdina menanti Tengku Cash Marqeen pulang, apabila lelaki itu berada di hadapan matanya berita duka yang dia terima. Peritnya hati dia saat ini.
"Hubby sedar. Hubby hanya ingin menolong Umairah." Irdina mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen. Mula-mula kasihan lama-lama menjadi kasih.
" Sayang tidak akan izinkan. Hubby pilih sayang atau Umairah?" Tengku Cash Marqeen melepaskan keluhan. Mana mungkin dia memilih. Irdina dia sayang manakala Umairah kasihan.
"Hubby akan memilih sayang, hubby tidak mencintai Umairah. Tetapi hubby berkahwin dengan Umairah hanya kerana mahu menolong." Tangan Irdina dia genggam dan dia mencium tangan itu dengan penuh kasih sayang.
"No.. Sayang tak izinkan hubby berkahwin dengan dia. Sayang tidak perduli tentang kesakitan dia, kerana kesakitan yang sayang akan alami lebih sakit daripada apa yang sedang dia alami sekarang."
"Maaf sayang perlu bersikap kejam kerana apabila kita lemah, hak milik kita akan mudah dirampas oleh orang lain. Sayang tidak akan membenarkan itu terjadi." Sambung Irdina lagi. Dia menolak tangan Tengku Cash Marqeen, dia berundur.
"Hubby pilih sayang atau Umairah. Jika Hubby memilih Umairah, sayang doakan kebahagiaan tidak akan pernah menjadi milik hubby dan dia sehingga akhir nyawa. Sayang bersumpah." Irdina menyusun langkah menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Saat ini air matanya terus mengalir membasahi pipinya.
Tengku Cash Marqeen meraup wajahnya dengan tapak tangan. Mana mungkin dia memilih.
Umairah mengamuk lagi. Dia terpaksa di ikat kerana terlalu aggressive. Tengku Cash Marqeen sebak melihat tangisan Umairah. Dia mendekati Umairah dan memegang pipi wanita itu.
"Mairah, jom kahwin. Saya akan jaga awak." Saat mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen, Umairah tenang. Dia mengangguk pelahan.Tengku Cash Marqeen meletak tangan didadanya. Sakitnya perasaannya saat ini. Maaf Irdina, kerana terpaksa melukakan hati yang setia.
Pang! Satu penampar hinggap di pipi Tengku Cash Marqeen. Turun naik nafas Tengku Maryam menahan marah.
"Bonda tak restu. Irdina tak izin, bonda seribu kali tak merestuinya." Tegas Tengku Maryam."Cash, teruskan perkahwinan ini kerana Cash tidak akan membiarkan Umairah terseksa macam itu." Tengku Cash Marqeen bersungguh-sungguh mahu meneruskan perkahwinan itu.
"Cash lebih memilih Umairah berbanding bonda dan Irdina? Sampai hati kan Cash buat kami macam ni? Keluar daripada rumah bonda. Keluar!" Tengku Maryam menolak Tengku Cash Marqeen keluar daripada rumah dan menutup pintu dengan sekuat hati.
Tengku Cash Marqeen mengeluh, bonda sangat memarahinya. Adakah dia perlu meneruskan semua ini? Tetapi dia sudah berjanji dengan Umairah. Janji itu perlu ditunaikan.
"Sampai hati hubby memilih Umairah. Kalau hubby memilih Umairah, lepaskan sayang." Ujar Irdina sambil mengekori Tengku Cash Marqeen ke kereta. Lelaki itu pulang ke rumah semata-mata ingin mengambil baju melayu untuk pernikahan petang ini.
"Jangan cakap tentang soal perpisahan. Perkara ini tidak akan terjadi. Setelah semua selesai hubby akan balik. I love you." Tengku Cash Marqeen melangkah masuk ke dalam kereta dan memandu kereta itu meninggalkan banglo mewah itu.
Irdina tergamam. Setelah menyakitkan hati sempat lagi dia ucap kata-kata sayang. Irdina sudah tidak mampu mengalirkan air matanya lagi, tetapi dia terluka dengan Tengku Cash Marqeen.
Irdina tiba-tiba berasa pening dan loya. Dia perlu masuk ke dalam rumah untuk mencari ubat. Jika saat ini Tengku Cash Marqeen ada pasti lelaki itu sudah mendukungnya masuk ke dalam rumah. Rindunya dia pada sikap romantik lelaki itu
Irdina melangkah keluar daripada farmasi, ubat di rumah telah habis. Jadi dia perlu ke farmasi untuk membeli ubat. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dihadapan farmasi.
"Eh? Irdina? Lama kita tak jumpa." Kata Megat Raadin sambil membantu Irdina mengutip ubat yang terabur."Tahu tak apa sejak kes bahan di curi itu, kita tak jumpa. " Ujar Irdina nada perli. Dia tahu itu angkara siapa, dia juga telah memberitahu Rudy tentang ini.
"Abang Megat sibuk sikit. Irdina abang Megat ada nak minta Irdina pass kan barang pada Cash. Tetapi barang itu ada dekat dalam kereta, ikut abang sekejap." Kata Megat Raadin, dia menyusun langkah menuju ke keretanya yang agak jauh dengan farmasi. Irdina mengekori tanpa mengetahui perkara buruk akan menimpanya.
"Barang apa itu? Kenapa abang Megat parking jauh sangat? Sunyi pula itu." Kata Irdina sambil memandang sekeliling, kawasan ini sunyi.
Tiba-tiba hidung Irdina diterkup dengan kain yang mengandungi kloroform. Irdina meronta-ronta ingin dilepaskan, beberapa saat kemudian dia lemah dan rebah sempat disambut oleh Megat Raadin. Irdina di bawa masuk ke dalam kereta, kaki dan tangan di ikat. Manakala, mulutnya di ikat dengan kain.
Megat Raadin memandu keretanya dia ingin membawa Irdina ke suatu tempat. Dia ketawa besar kerana telah memiliki kelemahan yang terbesar Tengku Cash Marqeen.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...