BAB 18

11.4K 539 3
                                    

Tengku Cash Marqeen melipat lengan baju kemejanya hingga ke paras siku sambil memandang ke arah Irdina.

"Bestkan kutuk suami sendiri?" Kata Tengku Cash Marqeen sambil melangkah mendekati Irdina.

"Mana ada kutuk, mengata sikit je. Kenapa awak datang sini? Cafe dah nak tutup la, saya dah offkan semua mesin kopi." Ujar Irdina sambil menyusun kerusi. Kak Rita dan Yuna mengintai Irdina dan Tengku Cash Marqeen di dapur. Ada saja topik akan menjadi cerita gosip mereka.

"Aku nak jemput kau la. Tak akan kau nak balik naik beam malam-malam macam ni? Bahaya. Aku nak jumpa pengurus kau." Apabila mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen, Kak Rita terus melangkah keluar daripada dapur

"Saya pengurus cafe. Kenapa Encik Tengku." Tanya Kak Rita tersipu-sipu, dia tak sangka in real Tengku Cash Marqeen tersangat la kacak.

"Saya nak dia berhenti kerja notis 24 jam. Saya akan bayar segala kerugian."Kata Tengku Cash Marqeen serius. Irdina dan Kak Rita terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

"Awak! Jangan la buat keputusan sendiri. Saya tak nak berhenti kerja." Marah Irdina apabila Tengku Cash Marqeen membuat keputusan hidup untuknya. Kak Rita serba salah.

"Encik Tengku,saya boleh saja approved letak jawatan Irdina tetapi bukan 24 jam tetapi dalam masa seminggu. Kami faham la Encik Tengku mungkin risau Irdina balik malam-malam bahaya. Tetapi jangan terlalu mendesak dia" Kak Rita sambil memeluk bahu Irdina, dia tahu niat Tengku Cash Marqeen, dia juga cuba buat Irdina faham kenapa lelaki itu buat begitu.

Irdina melangkah masuk ke dalam dapur, tanda protes semua barang di hempas ke atas meja.

Tengku Cash Marqeen hanya menggeleng kepala, perempuan itu sangat keras kepala.


Irdina menhentak kaki menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur tanda protes. Dia geram dengan sikap Tengku Cash Marqeen. Sudah la lelaki itu memaksa dia balik bersama, selepas itu meninggalkan beam skuternya di cafe. Sakit hatinya saat ini.

"Dah habis marah?" Tanya Tengku Cash Marqeen melihat Irdina duduk diatas sofa sambil memeluk bantal.

"Belum. Kenapa awak tinggalkan Jimmy saya? Saya sayang dia tahu tak. Kalau dia hilang macam mana?"

"Kalau hilang beli la baru. Boleh kita stop cakap pasal beam kau tu. Aku nak minta tolong kau ni, edit gambar ni jadi macam asal balik." Kata Tengku Cash Marqeen sambil menunjuk sekeping gambar kepada Irdina. Irdina ketawa berdekah melihat gambar itu.

"Siapa yang edit ni? Buruknya. Siapa yang percaya bodoh la." Kata Irdina sambil ketawa.

Tengku Cash Marqeen terkejut mendengar kata-kata Irdina tidak sangka gadis ini tahu gambar ini edit dengan sekali tengok. Tetapi kenapa Umairah mudah mempercayainya.

"Umairah percaya. Gambar ini punca dia batalkan pernikahan itu." Ketawa Irdina mati mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen.

"Kenapa la dia percaya, kalau tak sekarang ni awak dah kahwin dengan dia dan saya pun happy." Kata Irdina sambil mengangkat kedua tangannya ke atas.

"Aku nak kau edit gambar ini malam ni juga." Kata Tengku Cash Marqeen sambil menggenggam jari jemari Irdina dan membawa tangan itu ke dadanya. Irdina tergamam.

Jantungnya mula berdegup tidak normal. Apakah perasaan ini?

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now