BAB 30

11.4K 522 6
                                    

Tengku Cash Marqeen memandu keretanya masuk ke perkarangan rumah banglo mewah Tengku Iskandar.

"Kenapa awak tak cakap kita nak ke rumah bonda? Saya tiada beli apa-apa pun untuk bonda." Bebel Irdina geram kerana Tengku Cash Marqeen tidak memaklumkan kepadanya bahawa akan membawanya ke rumah bonda.

"Bonda tak kisah la. Jom la masuk." Kata Tengku Cash Marqeen sambil melangkah keluar daripada kereta.

Irdina geram dengan sikap acuh tak acuh Tengku Cash Marqeen. Bonda memang tak kisah tetapi sebagai menantu dia kisah.

"Kenapa nak datang tidak beritahu? Nasib baik bonda tak keluar kemana-mana. Rindunya bonda pada kamu berdua." Kata Tengku Maryam sambil memeluk Tengku Cash Marqeen dan Irdina.

Tengku Cash Marqeen meninggalkan Irdina dengan bonda melangkah menuju ke kolam renang untuk mencari ketenangan, dia sangat merindui rumah ini.

"Irdina pun tak tahu Cash nak bawa ke rumah bonda. Kalau tahu Irdina belikan bonda apa-apa." Kata Irdina sambil memimpin tangan Tengku Maryam dan melangkah menuju ke dapur.

"Tak payah la belikan apa-apa. Tidur la sini, bonda banyak benda nak tanya. Irdina okay tak dengan Cash? Dia itu memang dingin sikit, tetapi baik." Ujar Tengku Maryam, dia mengeluarkan set teko dan cawan daripada dalam kabinet.

"Cash layan Irdina baik. Dia sangat baik. Bonda jangan la risau. Cuma dia kekadang dia garang, kalau dah garang mak harimau pun lari tengok dia." Kata Irdina sambil ketawa, Tengku Maryam turut ketawa mendengar kata-kata Irdina. Mereka kelihatan sangat mesra.

"Bonda sebenarnya risau sangat ketika dia putus pertunangan dengan Umairah kerana itu cinta pertama dia. Dia sangat menyayangi Umairah. Tetapi bonda tak sangka Umairah akan menyakiti hati dia seperti itu. Bonda memang tak boleh memaafkan sesiapa yang menyakiti hati anak bonda." Kata Tengku Maryam sambil menggenggam tangan Irdina.

"Irdina, janji pada bonda jaga Cash baik-baik ya? Jangan biar Umairah rampas Cash daripada Irdina." Irdina terkedu mendengar kata-kata Tengku Maryam.

Dia telah berjanji dengan lelaki itu untuk membantunya memujuk Tengku Maryam memaafkan Umairah.

"Bonda memang tak boleh memaafkan Umairah?" Irdina ingin kepastian daripada wanita ini.

"Memang tak boleh, kalau Cash ingin berbaik dengan dia. Jangan mengaku bonda ni emak dia. Bonda tidak akan menerima Umairah sebagai menantu." Tegas Tengku Maryam. Irdina melepaskan keluhan, nampaknya seperti tiada harapan Tengku Cash Marqeen dan Umairah.

Tengku Cash Marqeen terdengar perbualan Tengku Maryam dan Irdina. Bonda sangat membenci Umairah, sedangkan dia masih mengambil berat tentang wanita itu. Bukan mudah untuk dia melupakan Umairah.

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now