Irdina terbaring diatas sofa kerana kepenatan, sudah lama dia tidak berjogging kenapa la lelaki itu memaksa dia melakukan aktiviti yang paling dia tidak suka.
"Awak, saya nak balik rumah sewa saya. Esok saya dah mula kerja, saya dah tak ada baju ni." Kata Irdina apabila melihat Tengku Cash Marqeen berjalan menuju ke dapur.
"Petang nanti aku hantar kau ke rumah sewa kau, kau angkut semua barang kau pindah ke rumah aku."
"Ha? Pindah sini? Jauh la saya nak pergi kerja."
"Kau dah berkahwin dengan aku masih nak bekerja dekat cafe itu lagi ke? Aku rasa baik kau kerja dengan CM Venue." Kata Tengku Cash Marqeen sambil menghulur bawang kepada Irdina.
"Kerja dekat CM Venue? Tak nak la, malas nak mengadap komputer. Awak nak masak apa ni?" Tanya Irdina sambil mengupas kulit bawang holand, sesekali dia membetulkan rambut yang jatuh menutupi wajahnya.
"Kenapa kau tak ikat rambut kau tu? Tak rimas ke mengurai macam itu?"
"Ikat rambut saya tertinggal dekat toilet malas la nak pergi ambil." Kata Irdina sambil memotong bawang.
"Kalau nak masak kena ikat rambut." Kata Tengku Cash Marqeen sambil menyikat rambut Irdina menggunakan jari jemarinya dan membuat sanggul pada rambut Irdina lalu cucuk sanggul menggunakan chopstick. Irdina terkedu.
"Kan comel tu. Kau ingat ikat rambut guna getah rambut saja ke? Guna chopstick pun boleh." Tengku Cash Marqeen menyelit beberapa helai rambut Irdina di telinga supaya menjadi lebih kemas.
Irdina hilang kata-kata saat ini. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia berasa ingin menjadi gila saat ini, Tengku Cash Marqeen, tolong jangan buat diri ini jatuh cinta.
Umairah terkejut membaca berita di media social tentang "Pernikahan Pengasas I-Ris serba serdahana, identiti isteri dirahsiakan." Umairah tidak menyangka Tengku Cash Marqeen berkahwin juga walaupun dia tidak datang ke masjlis itu. Gambar wanita itu tidak berapa jelas kerana diambil daripada sudut tepi.
"Tengok, Mairah dah melepaskan lubuk emas dan juga lelaki yang baik." Kata Dato Rizman yang turut membaca berita itu.
"Tetapi papa dia curang. Mairah tidak mahu berkahwin dengan lelaki curang." Tegas Umairah dia tetap dengan pendirian tidak mahu berhubungan dengan lelaki curang.
"Papa tak percaya. Mungkin itu fitnah, papa yakin dia seorang yang baik." Dato Rizman sangat mengenali Tengku Cash Marqeen lelaki itu seorang yang baik.
Umairah melepas keluhan kasar, kenapa papanya susah ingin percaya bahawa lelaki itu telah curang. Dia juga akan bertemu lelaki itu untuk meminta perjelasan tentang hal itu. Supaya semua terjawab.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...