BAB 21

11.3K 524 19
                                    

Tengku Cash Marqeen menerima panggilan daripada Irfan mengatakan sistem CM Venue telah digodam lagi pagi ini.

"Irdina, kau kena tolong aku kali ini. Orang IT aku tak boleh handle semua itu." Rayu Tengku Cash Marqeen, dia cuba memujuk Irdina yang sangat degil sejak tadi.

"Tak nak. Keputusan saya muktamad. Awak dah la sesuka hati suruh saya berhenti kerja, lepas itu tinggalkan Jimmy saya dekat cafe." Kata Irdina sambil memakai kasut untuk pergi kerja. Dia sudah lewat, pagi ini dia kena menaiki grab untuk ke cafe.

"Okay aku minta maaf. Jom tolong aku settlekan masalah sistem aku kena godam tu." Kata Tengku Cash Marqeen sambil menarik tangan Irdina. Irdina menolak kasar tangan Tengku Cash Marqeen.

"Tak nak! Tak nak! Tak nak! Saya tak nak tolong awak." Kata Irdina tegas, Tengku Cash Marqeen mendengus kasar, dia geram dengan sikap degil Irdina.

Tengku Cash Marqeen mengejar Irdina yang melangkah menuju ke pintu pagar dan dia mendukung Irdina, dia membawa wanita itu ke keretanya.

"Apa ni? Lepas la. Apa dukung orang ni. Cash lepas la!!" Jerit Irdina, meronta minta diturunkan.

"Oleh kerana kau tu degil sangat, aku terpaksa dukung kau yang berat tu. Kau kena tolong aku juga." Kata Tengku Cash Marqeen sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta.

Irdina mendengus kasar, Tengku Cash Marqeen sangat menyakitkan hati.

Lamborgini Veneno Roadster milik Tengku Cash Mateen berhenti di hadapan bangunan CM Venue Sdn. Bhd.

"Jom." Ajak Tengku Cash Marqeen apabila melihat Irdina masih kaku ditempat duduknya.

"Tak nak! Tak nak! Saya nak pergi kerja la." Ujar Irdina sambil menyilang tangan di dada. Dia tidak mahu keluar daripada kereta.

"Kau nak aku dukung kau lagi ke?" Tanya Tengku Cash Marqeen sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Irdina mendengus kasar.

"Fine! Okay saya keluar." Kata Irdina keadaan marah. Sebaik sahaja Irdina keluar daripada kereta, Tengku Cash Marqeen mengenggam jari jemari Irdina dan membawa gadis itu masuk ke dalam bangunan CM Venue.

Irdina dengan terpaksa dia mengekori Tengku Cash Marqeen, namun sempat dia merenung jari jemari yang di genggam oleh lelaki itu. Jantungnya mula berdegup tidak normal.

Ketika Umairah sedang berdiri di balkoni tingkat satu bangunan CM Venue, dia ternampak Tengku Cash Marqeen sedang berjalan di lobi sambil memegang tangan seorang wanita.

Pasangan itu menarik perhatian ramai kerana mereka mengenali Tengku Cash Marqeen ialah seseorang yang sangat menjaga batas dengan seorang perempuan.

Terbit rasa cemburu di dalam hati Umairah, sepatutnya dia yang memegang tangan lelaki itu saat ini.

"Dia milik aku. Sepatutnya aku yang menggenggam tangan dia." Rintih Umairah air mata mengalir membasahi pipi. Dia mahukan Tengku Cash Marqeen, dia mahukan lelaki itu semula.

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now