Irdina lega kerana tidak terserempak dengan Tengku Cash Marqeen sepanjang dia lalu di lobi CM Venue Sdn Bhd. Pasti lelaki itu telah penat mengejarnya. Irdina ketawa sendirian."Seronok ketawa. Kenapa kau lari daripada aku?" Irdina tergamam apabila mendengar suara itu, dia menoleh. Tengku Cash Marqeen di belakangnya.
"Mana ada aku lari daripada kau. Aku nak balik cepat je, sebab aku banyak lagi kerja nak buat." Kata Irdina ingin melangkah menuju ke beam skuternya, tetapi langkahnya terhenti apabila bagpack yang dia pakai di tarik oleh Tengku Cash Marqeen. Dia mendengus kasar.
"Jangan la tarik bag aku! Kenapa dengan kau ni? Kau nak apa?" Tanya Irdina kasar dia mengetap bibir geram dengan sikap Tengku Cash Marqeen suka menarik bagnya.
"Aku nak minta tolong kau. I-Ris kena hacked aku nak kau settlekan benda ini."
"Aku dah lama tinggalkan zaman hacker. Kau tak nampak ke aku sekarang ini pekerja cafe. Nampak tak uniform aku yang cantik ni." Kata Irdina sambil menunjuk logo Dolla Cafe yang dipakainya kepada Tengku Cash Marqeen.
"Kau nak tengok ke I-Ris terkubur macam itu je? Nak tengok ke aku bankrupt?" Irdina mengeluh mendengar kata- kata Tengku Cash Marqeen.
"Kau kan kaya hire la orang lain. Ramai je pakar IT dekat luar itu. Kenapa kau nak juga kacau aku." Kata Irdina sambil menaiki beam skuternya.
"Kau tahu kan aku jenis tak percayakan orang. Kau tolong aku atau aku suruh pengawal kunci skuter kau ni." Ujar Tengku Cash Marqeen sambil mengukirkan senyuman sinis kepada Irdina.
"Argh! Dah la minta tolong orang, lepas tu ugut orang pula itu . Ini last aku tolong kau, lepas ni aku tak nak jumpa kau lagi" Ujar Irdina geram, dia melangkah masuk ke dalam bangunan CM Venue Sdn Bhd dalam marah.
Tengku Cash Marqeen mengukir senyuman melihat Irdina mengomel sendirian. Apa yang gadis itu bebelkan dia tidak pasti, dia berasa lega kerana gadis itu mahu menolongnya.
Umairah yang berada di balkoni tingkat 1 ternampak Tengku Cash Marqeen bersama seorang gadis. Mereka kelihatan sangat mesra seperti sudah lama mengenali satu sama lain. Terbit rasa cemburu di dalam hatinya, dia perlu ambil tahu tentang gadis itu.
"Okay dah settle. Aku yakin 100% diaorang tak akan berjaya pintas lagi systems company ni. Kalau ada masalah lagi jangan cari aku.Aku nak balik." Kata Irdina, dia sudah lambat masuk kerja ini semua kerana Tengku Cash Marqeen.
"Terima kasih. Aku tahu kau tak akan kecewakan aku. Kau nak aku belanja ais krim?" Irdina teruja mendengar tentang aiskrim, namun dia telah lambat untuk masuk kerja.
"Tak nak.. aku nak balik cafe. Aku dah lambat ini." Kata Irdina sebelum berlalu pergi. Berasa menyesal pula menolak pelawaan Tengku Cash Marqeen. Sedapnya aiskrim.
"Boss, bijak perempuan itu. Siapa itu? Saudara Boss ke?" Tanya Irfan ingin tahu mengenai gadis comel itu.
"Dia kawan aku. Kawan yang aku percayai sejak kali pertama aku jumpa dia. Dia juga perempuan paling annoying yang aku pernah jumpa." Kata Tengku Cash Marqeen apabila teringat dia telah diperbodohkan oleh perempuan itu sebanyak 2 kali. Kisah gajah terbang sangat menyakitkan hati.
2 tahun lepas...
"Jangan la tarik bag aku. Mahal tahu tak bag aku ini RM25." Irdina geram apabila Tengku Cash Marqeen menarik bagnya.
" Aku nak belanja kau aiskrim. Jom."
"Taknak la aku,nanti bas aku terlepas. Aku dah lambat ni nak layan Kdrama." Irdina terus melangkah ke depan menuju ke bus stop.
"Nanti aku hantar la kau balik kolej." Tengku Cash Marqeen terus mengekori Irdina.
"Kau nak hantar aku balik kolej naik lamborg kau itu? Tak payah nanti kecoh satu kolej, dah la muka kau macam hero korea Cha Eun Woo. Tidak pasal diaorang kata kau pakwe aku."
"Siapa itu? Tak kisah la. Jom.. jom.." Tengku Cash Marqeen menarik bagpack Irdina menyebabkan gadis itu terdorong ke belakang.
"Jangan la tarik bag aku. Baru saja beli semalam, mahal pula tu. Kau ni suka paksa orang macam eagle." Marah Irdina
Sampai sahaja di hadapan kedai serbaneka, Irdina berlari menuju ke peti aiskrim.
Aiskrim favourite dia hanya tinggal satu sahaja dalam peti ais. Baru sahaja mengambil aiskrim itu, tiba-tiba Tengku Cash Marqeen mengambil aiskrim itu terlebih dahulu."Aku jumpa aiskrim itu dulu." Merungut Irdina.
" Tetapi aku pegang dulu,jadi ini aku punya. Kalau kau nak aiskrim ini, try ambil ni." Kata Tengku Cash Marqeen sambil mengangkat tangannya yang pegang aiskrim ke atas. Dia akan kalah berlawan dengan seseorang ketinggian mungkin 180 cm kerana ketinggian dia hanya 155 cm.
"Tak nak la makan aiskrim." - Irdina melangkah keluar dari kedai itu.
"Betul ke kau tak nak aiskrim? Banyakkan aiskrim lain." Irdina memerhati Tengku Cash Marqeen yang sedang membuka pembalut aiskrim.
"Tengok tu! Ada gajah terbang!" Jerit Irdina.
Tengku Cash Marqeen berpaling ke arah yang di tunjuk oleh Irdina.
"Gajah mana boleh terbang. Kau percaya ada gajah terbang? Lawak la. Aiskrim ini dah jadi milik aku. Bye" Irdina merampas aiskrim di tangan Tengku Cash Marqeen lalu melarikan diri menuju ke arah bas yang sedang berhenti untuk mengambil penumpang.
Tengku Cash Marqeen mendengus kasar. Bijak betul perempuan itu. Dia tersenyum sendirian, macam mana dia boleh percaya ada gajah terbang.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...