BAB 28

11.3K 519 9
                                    


Apabila Tengku Cash Marqeen pulang daripada jogging, dia melihat motor skuter Irdina sudah tiada, tanda wanita itu telah pergi ke tempat kerja.

Tengku Cash Marqeen melangkah menuju ke dapur dan mengisi air ke dalam gelas. Tiba-tiba dia terkenang hal semalam, saat tidak sengaja mencium bibir Irdina.

Dia memegang dadanya, jantungnya berdegup kencang.
"Kenapa dengan aku ni? Aku sudah mula suka dia ke? Apa pula perasaan dia pada aku? Tetapi dia seperti tiada tanda mempunyai perasaan pada aku juga." Detik Tengku Cash Marqeen di dalam hati. Dia melepaskan keluhan.

Irdina mengelap gelas untuk di simpan di dalam almari. Tiba-tba Irdina teringat kejadian semalam, di mana dia tidak sengaja mencium bibir Tengku Cash Marqeen. Dia tersenyum sendirian, itu adalah kenangan manis baginya. Dia mula menyedari yang dia semakin menyayangi lelaki itu. Namun, di dalam hati lelaki itu ada Umairah. Bukan mudah untuk melupakan cinta pertama. Irdina melepaskan mengeluh, apakah perasaan lelaki itu padanya?

"Hai.. Cik, saya nak order." Irdina terkejut mendengar suara itu. Dia melangkah menuju ke kaunter pesanan.

"Eh?Abang Megat? Lamanya kita tak jumpa." Ujar Irdina saat melihat Megat Raadin di hadapannya. Megat Raadin adalah salah seorang senior yang dia rapat ketika di universiti.

"Irdina! Tak sangka kita jumpa balik. Kerja dekat sini ke? Hacker hebat kenapa kerja dekat cafe?" Tanya Megat Raadin hairan, dia tidak sangka boleh bertemu dengan seseorang yang sudah lama dia cari. Cinta pertamanya.

"Ala, saja tukar angin. Eh? Tersembang pula,Abang Megat nak order apa?"

"Hot Latte dua." Megat Raadin berasa sudah jatuh hati semula pada Irdina.

"Abang Megat tunggu di meja sana ya, dah siap Irdina hantar pada Abang Megat." Kata Irdina, terukir senyuman dibibirnya.
Megat Raadin melangkah menuju ke arah yang dimaksudkan Irdina.

"Ini coffee abang Megat." Kata Irdina sambil meletak satu bungkusan bag kertas yang mengandungi dua cawan kopi, di hadapan Megat Raadin.

"Abang Megat nak satu je kopi. Lagi satu hadiah Abang Megat kepada Irdina, tanda meraikan pertemuan kita semula." Ujar Megat Raadin sambil menghulur secawan kopi kepada Irdina. Dia berharap secawan kopi mampu merapatkan semula hubungan dengan Irdina semula.

Megat Raadin memberhenti kereta di hadapan bangunan CM Venue, dia datang untuk melaksanakan rancangan. Jika ingin memusnahkan musuh kena baik dengan musuh itu. Dia mengukir senyuman sinis, dia akan pastikan Tengku Cash Marqeen akan jatuh hingga tak boleh bangun lagi.

"Apa khabar?" Tanya Tengku Cash Marqeen apabila melihat Megat Raadin melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Alhamdulillah sihat. Aku bawa produk best untuk kau." Kata Megat Raadin sambil memeluk bahu Tengku Cash Marqeen. Mereka berkawan sejak daripada sekolah menengah. Namun kini bagi Megat Raadin lelaki itu adalah musuhnya.

"Ada saja idea kau kan? Aku akan tengok dengan team aku. Aku ada siapkan pejabat untuk kau, untuk kau lepak jika kita jadi untuk bekerjasama." Ujar Tengku Cash Marqeen, dia sudah menganggap Megat Raadin seperti saudaranya sendiri kerana mereka telah lama mengenali satu sama lain.

"Terima kasih la. Aku akan pastikan kerjasama kita menjadi dan juga produk kita nanti akan menjadi produk terbaik." Kata Megat Raadin bersungguh-sungguh, dia juga akan pelahan-lahan memusnahkan perniagaan Tengku Cash Marqeen tanpa lelaki itu sedar.

Irdina meniup kek yang telah disediakan oleh Kak Rita dan pekerja cafe semperna hari terakhir dia bekerja di cafe ini.
"Nanti aku akan rindu kau. Jangan lupa aku tau." Ujar Yuna sambil memeluk Irdina. Air mata mengalir membasahi pipi Irdina.

"Mana mungkin aku lupa kawan aku yang bising ni." Balas Irdina, dia turut memeluk Kak Rita dan Lisa

"Bukan tak boleh datang lepak dekat sini. Macam nak pindah jauh sangat je. For you, semperna kau berhenti kerja." Ujar Tengku Cash Marqeen yang tiba-tiba muncul. Dia menghulur sejambak rose merah kepada Irdina.

"Terima kasih.. aku berhenti sebab kau tau." Balas Irdina.

"Okay la tu,lepas ni aku tak payah aku nak susahkan diri ambil kau setiap malam dekat cafe." Sindir Tengku Cash Marqeen. Irdina menjeling mendengar kata-kata lelaki itu kerana kalau lelaki itu bercakap tiada yang menyenangkan hati.

Irdina merenung bunga ros merah yang mekar dihadapannya dan dia menciumnya, pandainya lelaki itu memilih bunga untuknya. Hatinya juga sedang berbunga seperti bunga rose merah ini.

"Terima kasih.. saya suka bunga ni." Kata Irdina sambil mencium bunga itu.

"Suka bunga je? Aku?" Irdina tergamam mendengar pertanyaan Tengku Cash Marqeen.

"Tak nak la suka awak, sebab awak tak menarik macam bunga ni. Awak suka marah saya." Kata Irdina sebelum melangkah pergi menuju ke dapur cafe.
Irdina tersenyum sendirian, mesti la dia suka pada pemberi bunga ini. Dia suka sangat.

Tengku Cash Marqeen mendengus kasar mendengar kata-kata Irdina. Dia sudah menghadiahkan bunga pun kena kutuk juga ke?

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now