Irdina mengeluarkan sayur dan ayam daripada dalam peti ais. Malam ini dia ingin memasak untuk Tengku Cash Marqeen tanda berterima kasih lelaki itu telah menghadiahkan dia motor skuter.
Semasa Irdina sedang membasuh sayur di dalam singki tiba-tiba seekor cicak jatuh ke atas kaki Irdina.Bulat mata Irdina melihat cicak itu, meremang bulu romanya.
"Arghhh!! Cicak!!!" Jerit Irdina, dia terus berlari keluar daripada dapur.Tengku Cash Marqeen baru pulang daripada pejabat. Dia melangkah masuk ke dalam rumah, ketika dia sedang menutup pintu rumah dia terkejut mendengar Irdina menjerit di dapur. Tiba-tiba wanita itu menerpa kearahnya dan memeluk tubuhnya. Tengku Cash Marqeen tergamam, dia kaku di situ.
"Kenapa dengan kau ni?" Tanya Tengku Cash Marqeen hairan."Cicak jatuh atas kaki saya. Geli la. Saya tak nak ke dapur. Takut." Kata Irdina dia geli geliman mengenangkan cicak itu. Irdina menyedari dia sedang memeluk tubuh Tengku Cash Marqeen kelam kabut dia melepaskan pelukkan itu.
"Kau saja bagi alasan tak nak masak kan?"
"Mana ada betul la ada cicak la dekat dapur. Saya geli la meremang bulu roma." Tengku Cash Marqeen menggeleng kepala mendengar kata-kata Irdina. Dia melipat lengan baju kemeja hingga ke paras siku dan melangkah menuju ke dapur.
Irdina mengintai Tengku Cash Marqeen yang sedang memasak di dapur. Dia mengukir senyuman sendirian. Apabila Tengku Cash Marqeen memandang ke arahnya Irdina pura-pura scroll skrin telefon bimbitnya.
Irdina kembali memandang ke arah Tengku Cash Marqeen lagi apabila lelaki itu tidak lagi memandangnya. Irdina mengukir senyuman lagi, tengah masak pun handsome. Apabila ternampak Tengku Cash Marqeen membuka apron, Irdina gelisah dia baring di atas sofa dan pura-pura tidur.
Tengku Cash Marqeen mencekak pinggang apabila melihat Irdina terbaring di atas sofa sambil menutup mata.
"Kau tak tidur kan? Bangun makan." Tengku Cash Marqeen menepuk pelahan kaki Irdina. Irdina masih kaku di situ.
"Kau nak bangun atau aku cium kau." Bisik Tengku Cash Marqeen di telinga Irdina. Irdina terkejut lalu dia membuka mata dan dia menolehkan memandang wajah Tengku Cash Marqeen yang rapat dengan pipinya. Namun tidak semena bibirnya dan bibir Tengku Cash Marqeen bertaut. Kedua-duanya terkedu mereka, saling bertentang mata.
Tengku Cash Marqeen kelam kabut berdiri tegak dan melangkah menuju ke dapur.
"Makan la aku dah siap masak." Kata Tengku Cash Marqeen yang sedang menahan debaran di hati.
Irdina memegang bibirnya, jantungnya berdegup tidak normal. Malunya.. Irdina berasa ingin menjerit saat ini.
Irdina melabuh punggung di atas kerusi dihadapan Tengku Cash Marqeen. Jantungnya berdegup kencang saat ini. Lelaki itu sedang kusyuk menjamu selera.
"Skuter kau okay ke?" Tanya Tengku Cash Marqeen memulakan bicara. Dia tidak selesa apabila suasana menjadi sunyi. Dia perlu belagak umpama telah melupakan apa yang telah berlaku tadi. Sedangkan hatinya sedang berdebar saat ini.
"Okay. Selesa, lepas ni tiada la lenguh kaki lagi sebab berdiri lama. Lepas ni boleh la belikan saya kereta macam awak pula Lamborgini Veneno Roadster. Lagi laju la saya pergi kerja, silap hari bulan terus ke bulan,lepas tu lupa jalan balik." Kata Irdina sambil ketawa, Tengku Cash Marqeen turut ketawa mendengar kata-kata Irdina. Ada saja idea Irdina ingin membuat dia ketawa.
Tengku Cash Marqeen sangat selesa apabila bersama Irdina. Adakah mereka akan terus bersama?
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...