BAB 23

11.1K 511 10
                                    

Tengku Cash Marqeen melangkah mendekati Umairah yang berdiri di bilik server systems.

"Saya nak jumpa awak, nak cakap tentang produk baru." Kata Umairah sambil tersenyum,hakikatnya hatinya tengah sakit melihat aksi mesra Tengku Cash Marqeen dan perempuan itu.

"Jom kita bercakap dekat bilik saya." Ajak Tengku Cash Marqeen. Melihat senyuman lelaki itu, Umairah berasa lega dia dapat merasakan masih ada harapan dengan lelaki itu.

Setelah Tengku Cash Marqeen dan Umairah berlalu pergi. Irdina memandang ke arah pintu, dia menolak lelaki itu tadi kerana dia ternampak Umairah sedang berdiri di muka pintu.

Irdina memegang dadanya, kenapa dia berasa sebak melihat Tengku Cash Marqeen bersama Umairah.

"Isteri awak kan dalam bilik tu? Irdina ke? Awak dengan dia nampak mesra." Kata Umairah sayu, terbit perasaan cemburu di dalam hatinya. Kalau la kini dia menjadi isteri lelaki itu pasti dia sangat bahagia.

"Yes Irdina my wife. Sengaja mengusik dia sebab dia kuat melawan, dia tak macam awak lemah lembut." Umairah tersipu mendengar pujian Tengku Cash Marqeen.

"Kita masih boleh berkawan kan? Sebab banyak kenangan kita bersama. Harap kita boleh berkawan baik."

"Kenapa pula tak boleh. Kita kan bekerja satu pejabat kena berbaik demi kerja." Balas Tengku Cash Marqeen.

"Awak betul ke sudah memaafkan saya?" Tanya Umairah dia merenung wajah Tengku Cash Marqeen. Dia perlukan jawapan yang ikhlas daripada lelaki itu.

"Yes, sebab kita bekerja di satu tempat kerja, jadi tidak elok la jika kita bermusuhan. Apa yang terjadi pada kita sebelum ini adalah kenangan terindah untuk saya. Saya harap awak pun boleh pelahan-lahan melupakan saya."

Umairah sebak mendengar kata-kata Tengku Cash Marqeen dia cuba menahan air mata daripada mengalir dipipinya.

"Saya harap dapat melupakan kisah kita walaupun sangat susah." Kata Umairah sambil tersenyum hakikatnya hatinya sangat terseksa saat ini. Dia tidak akan putus asa untuk memiliki lelaki itu semula.

Irdina mengurut bahu yang lenguh, akhirnya selesai juga masalah sistem digodam ini. Irdina memandang sekeliling tiada orang di dalam bilik server ini.

Irdina memandang telefon bimbitnya, patut ke dia menghubungi Tengku Cash Marqeen. Hatinya berbelah bagi.

"Hai.. awak pekerja baru ke?" Seseorang menegur Irdina. Irdina menggeleng pelahan.

"Bukan saya di jemput Tengku Cash Marqeen untuk pulihkan sistem yang digodam. Awak pekerja sini ke?"

"Haah saya pekerja sini, baru beberapa hari. Saya Firash IT Engineer yang baru. Awak ke yang settle masalah sistem tu hebatnya. " Kata Firash teruja. Dia kagum dengan kepandaian Irdina.

"Boleh la. Sikit-sikit, saya minta diri dulu. Nanti tolong beritahu Boss awak saya dah settlekan semua." Irdina melangkah keluar daripada bilik server ini.

Firash mengukir senyuman sendirian, dia berharap boleh bertemu dengan wanita itu semula. Dia menepuk dahi kerana terlupa bertanya siapa nama wanita itu. Dia sudah terpikat dengan wanita itu.

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now