BAB 39

12.4K 506 14
                                    

Tengku Cash Marqeen berlari menuju ke IT department apabila dia mendapat panggilan bahawa Irdina telah jatuh pengsan. Hatinya mula gelisah memikirkan tentang keadaan Irdina.

Tengku Cash Marqeen menerpa ke arah Irdina yang terbaring di atas lantai. Dia mendukung wanita itu dan dia melangkah laju menuju ke keretanya.

Keretanya menyusur laju di atas jalan raya. Sesekali dia menjeling ke arah Irdina yang terbaring di tempat duduk penumpang. Kepala Irdina di usap lembut, dia terkejut apabila berasa kepala Irdina sangat panas, wajah wanita itu juga pucat. Dia berasa sangat bersalah saat ini.



Setelah menerima rawatan di bilik rawatan kecemasan hospital. Irdina di bawa ke wad biasa. Doktor menyesahkan Irdina mengidap demam panas dan dia juga keletihan.

Tengku Cash Marqeen duduk di sisi katil Irdina, tangan wanita itu di genggam erat dan di cium dengan penuh kasih sayang.

"Aku minta maaf.." Ucap Tengku Cash Marqeen, air mata mengalir membasahi pipinya. Dia sangat menyesal saat ini.


Firash berlari masuk ke dalam rumah Megat Raadin. Dia ketakutan kerana rahsia dia telah terbongkar.

"Boss aku takut, rahsia aku telah terbongkar." Ujar Firash ketakutan.

"Aku kan dah suruh kau buat kerja jangan tinggalkan bukti. Macam mana boleh terbongkar?"

"Irdina, dia bongkar rahsia tentang CCTV rahsia yang hanya boleh di access oleh Tengku Cash Marqeen." Megat Raadin melepaskan keluhan kasar.

Kerusi kayu yang berat di campak ke cermin. Cermin pecah jatuh berderai. Firash terkejut melihat kemarahan Megat Raadin.

"Kau nak tahu tak? Kau tak layak hidup." Megat Raadin mengacu pistol di kepala Firash.

Firash kelam kabut bangun untuk melarikan diri. Namun dia gagal apabila Megat Raadin melepaskan tembakan, terkena tepat di kepala Firash. Lelaki itu jatuh rebah di atas lantai. Selepas ini dia hanya akan melakukan sendiri untuk menjatuhkan Tengku Cash Marqeen.


Irdina memegang kepalanya yang sakit, pelahan-lahan dia membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Irdina terkejut melihat Tengku Cash Marqeen yang baru keluar daripada bilik air.

"Saya dekat mana?" Tanya Irdina gelisah.

"Kau dekat hospital. Kau dah okay ke? Nak air?" Irdina memandang Tengku Cash Marqeen hairan, kenapa lelaki itu kelihatan sangat baik padanya. Tengku Cash Marqeen duduk di tepi katil dan memegang tangan Irdina.

"Aku nak minta maaf sebab menyakiti hati kau dan tidak percaya pada kau."

"Senangnya awak minta maaf kan? Semasa saya merayu minta awak percaya kan saya. Awak menuduh saya macam-macam." Irdina menepis kasar tangan Tengku Cash Marqeen . Lelaki terkedu.

"Aku tahu aku salah tidak percaya kan kau. Aku minta maaf sangat-sangat." Rayu Tengku Cash Marqeen. Irdina menggeleng dia tidak mahu mendengar apa-apa daripada lelaki itu.

"Keluar... Saya tak nak tengok muka awak." Arah Irdina sambil menunjuk ke arah pintu.

"Irdina, tolong jangan macam ni. Tolong maafkan aku." Rayu lelaki itu lagi. Dia mencapai tangan Irdina dan mencium tangan itu dengan penuh kasih sayang. Namun Irdina menarik kasar tangannya.

"Keluar! Keluar!!" Jerit Irdina sekuat hati. Tengku Cash Marqeen mengalah, dia melangkah keluar daripada wad Irdina.

Baru dia tahu bertapa sakitnya di halau oleh orang yang dia sayang. Air mata membasahi pipinya.

Irdina menangis teresak-esak sambil dia menggenggam selimut sekuat hati. Jiwanya terseksa saat ini. Walaupun dia menghalau Tengku Cash Marqeen tetapi hatinya yang terseksa, dalam benci ada sayang.


Umairah melangkah masuk ke dalam bilik Rossa untuk mengajak wanita itu pergi makan tengahari tetapi Rossa tiada di dalam biliknya. Tiba-tiba Umairah terlanggar sebuah buku, isi kandungan di dalam buku itu berterabur dia atas lantai. Umairah bertenggung mengutip buku dan beberapa keping gambar yang berterabur itu. Dia terkejut melihat semua gambar itu adalah gambar Tengku Cash Marqeen yang di ambil secara sembunyi.

"Kau buat apa itu?" Umairah terkejut apabila di tegur Rossa.

"Kenapa kau simpan gambar Cash? Kau suka dia?" Tanya Umairah sambil menunjuk beberapa keping gambar Tengku Cash Marqeen kepada Rossa.

"Kenapa kau sentuh barang aku. Jangan sentuh barang aku!" Marah Rossa. Gambar itu di rampas di tangan Umairah. Dia mengemas gambar yang berterabur di atas lantai.

"Rossa, sejak bila kau suka pada Cash? Kenapa kau tidak beritahu aku?" Desak Umairah.

"Aku suka dia daripada Oxford. Aku minta kau beri hadiah pada dia, tetapi dia jatuh cinta pada kau bukan aku. Sakit hati aku ni tahu tak?" Luah Rossa, sudah lama dia memendam perasaan ini.

"Aku tidak tahu, kau suka dia. Selama ini kau beri aku nasihat supaya berjaga-jaga tentang dia adalah untuk aku berpisah dengan dia ke? Kau ke yang edit gambar itu ke?" Tanya Umairah ingin kebenaran.

"Yes, aku yang edit gambar itu. Supaya kau berpisah dengan dia dan aku dapat memiliki dia. Tetapi Irdina pula muncul. Aku mengambil kesempatan menghasut kau supaya pisahkan Cash dengan Irdina. Kemudian aku akan merampas dia daripada kau." Kata Rossa terukir senyuman sinis dibibirnya.

"Kalau kau tak hasut aku pun aku tetap mahu memisahkan mereka. Cash milik aku sampai bila-bila. Kau pun tidak akan dapat memiliki dia, kasihan kau hanya mampu berangan saja, Cash tidak akan pernah suka kau. Teruskan la angan-angan kau tu." Ujar Umairah sinis lalu dia melangkah keluar daripada bilik Rossa.

Rossa mengetuk meja sekuat hati. Tidak guna Umairah berani perempuan itu tertawakannya. Dia akan pastikan Umairah tidak berjaya memiliki lelaki itu juga.



Yuna menyuap bubur ke dalam mulut Irdina. Semalam Tengku Cash Marqeen menemuinya di café dan meminta dia untuk menemani Irdina kerana wanita itu sedang sangat marah padanya.

"Kau memang tidak boleh maafkan dia ke?" Tanya Yuna setelah selesai menyuap Irdina makan.

"Dia telah seksa hati aku, sehingga aku masih terasa luka itu. Saat aku bersedih, dia bergembira dengan Umairah. Hati aku sakit tengok dia bersama Umairah." Luah Irdina.

"Kau menyintai dia? Kau jangan kata tidak, aku tahu kau menyintai dia." Irdina memeluk Yuna dengan erat. Air mata mengalir laju membasahi pipinya.

"Sangat.. Aku sangat menyintai dia." Luah Irdina, Yuna membalas pelukan Irdina dia mengusap pelahan belakang Irdina dia berharap sahabatnya ini tenang.

Memang sakit menyintai seseorang yang kita tidak tahu perasaan dia pada kita. Sama ada dia juga menyintai kita atau kita sahaja yang merasakan itu

KESAYANGAN MR'S HACKER (C)Where stories live. Discover now