Irdina mengekori Tengku Cash Marqeen menuju ke IT department.
"Irdina! Saya tunggu awak tau tak?" Kata Firash teruja apabila melihat Irdina di muka pintu pejabat IT department.Tengku Cash Marqeen mendengus kasar, dia geram apabila Firash nampak Irdina terlebih dahulu berbanding dia yang dihadapan. Boleh lelaki itu tidak memperdulikan boss yang berdiri dihadapannya. Terbit rasa cemburu melihat riak wajah Firash yang gembira apabila berjumpa dengan Irdina.
"Ehem.. Ehem.." Tengku Cash Marqeen berdehem bagi menarik perhatian Firash dan dia tidak suka menyaksikan permandangan yang menyakitkan hatinya.
"Eh? Boss. Sorry, saya tak perasan boss ada dekat sini sebab saya excited berjumpa dengan Irdina. Boss ada nak apa-apa ke?" Tany Firash namun matanya tertumpu pada Irdina.
Tengku Cash Marqeen merenung tajam melihat lelaki itu memandang isterinya tanpa berkelip.
"Saya nak report bulan lepas. Sekarang juga." Kata Tengku Cash Marqeen sambil berdiri di hadapan Firash, dia sengaja menghalang pandangan lelaki itu daripada memandang Irdina.
"Baik Boss, saya pergi ambil sekarang." Kata Firash, dia melangkah pergi menuju ke meja kerjanya.
"Kau jangan nak rapat sangat lelaki dekat CM Venue ni, diaorang bukan boleh dipercayai kecuali aku. Kalau boleh meja kerja kau dengan Firash itu jarak 100 meter, jangan nak dekat sangat. Nanti bertambah gatal budak itu." Pesan Tengku Cash Marqeen, Irdina mengerut dahi mendengar kata-kata lelaki itu. Apa yang sedang lelaki itu merepek dia pun tidak pasti.
"Boss ni reportnya." Firash menghulur dokumen kepada Tengku Cash Marqeen. Sebaik sahaja mengambil dokumen yang diberi Firash. Tengku Cash Marqeen melangkah meninggalkan IT department sempat lagi dia mengintai Irdina dengan Firash. Hatinya mula gelisah, dia harap Irdina tidak jatuh hati pada lelaki itu.
Umairah bersandar pada kerusi, berkerut dahinya mengenangkan kisah pertemuan Irdina dan Megat Raadin. Lelaki itu seperti menyukai Irdina.
"Kau fikirkan apa tu? Jadi ke makan tengahari bersama Cash?" Tanya Rossa sambil duduk di atas kerusi di hadapan meja Umairah.
"Tak jadi, dia ada janji lunch dengan pelabur. Kau tahu tak Irdina mula berkerja di sini hari ini?" Rossa terkejut mendengar kata-kata Umairah.
"Oh..yeke? Dia kerja dekat department mana? Pasti Cash yang bawa dia ke sini, untungnya menjadi isteri pemilik syarikat."
"IT department. Sesiapa berkahwin dengan Tengku Cash Marqeen memang sangat beruntung. Lelaki itu mempunyai segalanya. Dia ada Lamborgini, banglo mewah, saham dan syarikat sendiri. Aku risau Irdina mengambil kesempatan atas kemewahan lelaki itu. Aku lihat Irdina seperti seorang kaki kikis." Ujar Umairah, dia tidak mahu Tengku Cash Marqeen tertipu dengan Irdina.
"Sebab itu kau kena merampas Cash daripada Irdina secepat mungkin. Tidak akan la kau nak tunggu dia kikis harta Cash baru kau nak menyesal." Kata Rossa menghasut Umairah.
"Susah la, Cash macam mengelak daripada aku. Sekarang ini ada Irdina lagi la susah."
"Kau buat macam biasa tetapi apabila bersembang dengan dia kau tanam perasaan curiga dalam diri dia kepada Irdina." Umairah mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Rossa. Idea itu sangat menarik baginya. Dia akan usahakannya nanti.
Irdina memberhentikan motor skuternya di parking motor banglo mewah Tengku Cash Marqeen.
Lamborgini Veneno Roadster Tengku Cash Marqeen turut tiba di perkarangan rumah banglo mewah ini.
"Hari ini kita tak payah masak. Umairah ada bagi masak lemak cili api ketam." Ujar Tengku Cash Marqeen sambil mendekati Irdina.
"Saya allergic ketam. Kenapa dia baik sangat bagi makanan pada awak? Kenapa dia tak bagi pada saya? Kenapa mesti bagi kepada awak?" Tanya Irdina geram. Geram dia dengan perempuan bernama Umairah. Pada lelaki orang juga dia nak bagi makanan.
Tengku Cash Marqeen mengerut dahi mendengar kata-kata Irdina. Kenapa wanita ini tiba-tiba naik marah?
"Bukan hari tu kau makan ketam ke? Ini namanya rezeki. Mungkin sebab dia anggap aku kawan, betul kau tak nak ni?"
"Saya allergic dengan ketam yang ini saja. Awak je la makan, saya tak nak dan tak nak." Kata Irdina sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti kerana Tengku Cash Marqeen menarik bagpacknya.
"Jangan la tarik bag ini. Rosak la nanti." Marah Irdina.
"Binatang apa yang tergantung dekat bag kau ni? Aku rasa pagi tadi tak ada." Tanya Tengku Cash Marqeen, dia pelik melihat ada key chain anak beruang tergantung pada bagpack Irdina.
"Firash bagi keychain itu semperna hari pertama saya bekerja di CM Venue. Comel kan? Macam saya."
"Tak comel langsung." Balas Tengku Cash Marqeen acuh tak acuh sambil melangkah menuju ke bilik tidur.
Sakit hatinya apabila ada lelaki lain menghadiahkan sesuatu kepadanya isterinya. Siap la beruang itu nanti kerana hayat hidupnya tidak akan lama. Terukir senyuman sinis dibibirnya.
Umairah mundar mandir di ruang tamu. Susahnya dia ingin mendekati hati Tengku Cash Marqeen kerana lelaki itu seolah-olah telah tawar hati padanya.
"Kenapa ni? Gelisah semacam je." Tanya Dato Rizman sambil menghenyak tubuhnya di atas sofa.
"Papa.. boleh pujuk Cash, terima Mairah balik tak?" Dato Rizman terkejut mendengar kata-kata Umairah.
"Dia kan sudah berkahwin. Mairah nak jadi isteri nombor dua ke?"
"Apa salahnya, Cash lebih dari mampu. Papa juga untungkan, kalau tak cukup modal boleh minta duit pada menantu papa yang jutawan itu. Selepas Mairah putus dengan Cash, saham papa selalu jatuh je." Dato Rizman mengeluh, dia akui Tengku Cash Marqeen banyak membantu dia menaikkan perniagaannya. Saham dia juga meningkat apabila Umairah bertunang dengan lelaki itu.
" Nanti papa cakap dengan dia. Siapa suruh hari itu tak fikir panjang, ikut sangat perasaan itu. Lain kali fikir dulu sebelum membuat sesuatu." Marah Dato Rizman. Geram dengan sikap anaknya yang tidak berfikir panjang apa melakukan sesuatu, sekarang sudah menyesal. Dia pula kena menanggung malu memujuk Tengku Cash Marqeen.
Umairah mengakui itu. Kini dia sangat menyesal, dia akan berusaha untuk memiliki lelaki itu semula.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
Roman d'amourSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...