Tengku Cash Marqeen mundar-mandir di ruang tamu sambil mengerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 8 malam. Hati mula gelisah kerana Irdina masih tidak pulang lagi.
Dia mencapai kunci kereta. Lamborgini Veneno Roadster menyusur laju di atas jalan raya menuju ke satu tempat.
Tengku Cash Marqeen menyusun melangkah memasuki bangunan CM Venue. Lampu aras 3 menyala, di mana di situ terletak pejabat IT department. Pasti Irdina berada di situ.
Irdina mengurut bahu tanda lenguh kerana mengadap laptop terlalu lama. Beberapa dokument yang hilang dia dapat jejaki, hanya tinggal 50% sahaja perlu dia selesaikan.
Irdina melepaskan keluhan, dia perlu mendapatkan report di mana tiada perubahan systems security dilakukan sepanjang ia digodam.
Rakaman CCTV pada malam itu tidak dapat diselamatkan, itulah bukti paling kukuh setakat ini. Tiba-tiba Irdina teringat sesuatu, setiap syarikat akan ada dua CCTV tersembunyi yang hanya diketahui oleh pemilik syarikat. Pasti Tengku Cash Marqeen tahu tentang ini.
Irdina mencapai telefon bimbitnya dan dia merenung skrin telefon bimbitnya. Adakah dia perlu menghubungi lelaki itu?
Dia mengeluh, dia meletak telefon bimbit di atas meja. Dia mengharapkan lelaki itu menghubunginya, bertanya khabar dirinya, bertanya bila dia akan balik ke rumah tetapi seperti hanya tinggal harapan. Dia berasa sebak saat ini, sekelip mata hubungannya dengan Tengku Cash Marqeen menjadi renggang.
Tengku Cash Marqeen mengintai Irdina di sebalik pintu pejabat IT department. Dia risau tentang gadis itu, adakah dia sudah makan? Adakah dia penat? Bilakah dia akan balik ke rumah? Pelbagai persoalan bermain di dalam fikiran lelaki itu saat ini. Namun langkahnya mati untuk mendekati Irdina apabila mengenangkan masalah yang dibawa Irdina.
Tengku Cash Marqeen kembali mengundur diri dan dia berlalu pergi. Wanita itu harus belajar daripada kesilapan.
Irdina tersedar daripada tidur apabila macbooknya berbunyi, menandakan download report telah lengkap. Irdina memandang sekeliling, jam tangannya menunjukkan Pukul 6.30 pagi. Irdina tidak sangka semalaman dia di sini.
Irdina membaca isi kandungan yang dia telah dia download report security systems CM Venue.
Tiba-tiba sesuatu menarik perhatiannya nombor pc yang telah menggunakan untuk menggodam systems itu adalah nombor pc Firash.
Irdina berasa badannya tidak selesa. Dia berasa sangat lemah seperti ingin demam. Irdina cuba kuatkan semangatnya untuk menyelesaikan kekusutan ini.
Tengku Cash Marqeen mengeluh apabila melihat Irdina tiada di tempat tidurnya. Sah, wanita itu tidur di pejabat. Terbit rasa bersalah di dalam dirinya.
Rudy terkejut membaca report Irdina. Hanya Rudy yang Irdina percaya saat ini, dia sudah anggap lelaki itu seperti abangnya sendiri.
"Irdina pass dokumen ni pada Boss, tentang Firash saya uruskan." Ujar Rudy sambil menghulur dokumen kepada Irdina. Irdina menolak, dia menggeleng pelahan.
"Abang la bagi pada dia. Abangkan ketua dekat sini. Abang minta pada dia, dua video CCTV rahsia."
"CCTV rahsia? Ada ke? Macam mana Irdina tahu?" Tanya Rudy hairan. Dia yang sudah lama bekerja di sini pun tidak tahu tentang itu.
"Boss seorang yang tidak mudah mempercayai orang. Jadi, dia akan pasang CCTV rahsia yang rakaman CCTV itu hanya boleh di lihat oleh dia sahaja." Terang Irdina yang cukup faham dengan sikap Tengku Cash Marqeen.
"Okay nanti abang minta pada dia dalam meeting sekejap lagi, nak join meeting tak? Irdina okay ke? Macam pucat je?"
" Tak nak la. Saya sakit kepala dan penat." Ujar Irdina lemah. Hakikatnya dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu.
Mesyuarat tergempar telah diadakan pada pagi ini. Beberapa orang pekerja telah memenuhi ruang bilik mesyuarat CM Venue.
Tengku Cash Marqeen melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, dia mengambil tempat duduknya. Matanya mencari seseorang, tetapi dia tidak temui."Kita mulakan dengan IT department, any progress?" Kata Tengku Cash Marqeen, dia mengharap Irdina yang bangun, namun malangnya gadis itu memang tiada di dalam bilik mesyuarat ini.
"Boss, ini report security systems yang telah disediakan oleh Irdina. Boss,Irdina bertanya tentang CCTV rahsia. Betul ke kita ada CCTV rahsia itu?" Tengku Cash Marqeen terkejut mendengar kata-kata Rudy. Bagaimana dia boleh lupa tentang itu, dia ada meletaknya satu di dalam pejabat IT department dan juga satu di dalam pejabat marketing department.
"Macam mana Irdina tahu tentang ini? Saya tidak pernah beritahu sesiapa tentang ini."
"Irdina kata, Boss susah untuk mempercayai seseorang. Jadi dia yakin boss pasti boss ada memasangnya. Dia lebih mengenali boss daripada orang lain." Sempat lagi Rudy memerli Tengku Cash Marqeen. Dia tahu Irdina sangat sedih apabila tidak dipercayai suami sendiri.
Tengku Cash Marqeen melepaskan keluhan, dia membaca laporan yang diberi oleh Rudy kepadanya. Dia terkejut membaca security systems yang digunakan ketika digodam adalah security systems yang sama.
"Irdina tidak boleh melakukan sebarang penukaran security systems kerana hanya saya tahu password untuk systems itu. Saya pernah ingin memberitahu boss tetapi boss tidak mahu mendengari saya. Tugas kami telah selesai, Irdina juga telah penat menyelesaikan masalah ini." Ujar Rudy dia mahu menyedarkan lelaki itu, bahawa semua yang berlaku bukan kesalahan Irdina.
Tengku Cash Marqeen melepaskan keluhan. Dia meraup wajah dengan tapak tangan, terbit rasa menyesal di dalam diri lelaki itu.
Irdina melangkah pelahan keluar daripada bilik air dan menuju ke meja kerjanya. Namun, pandangannya menjadi kabur. Badannya sangat lemah, Irdina rebah pengsan jatuh ke lantai.
YOU ARE READING
KESAYANGAN MR'S HACKER (C)
RomanceSTORY TERAWAL SORRY KALAU TATABAHASA AND ADA TYPO🌸🌸🌸 Sekian lama mereka tidak bertemu akhirnya mereka ditemukan semula dengan misi yang sama. "Aku sudah lama meninggalkan zaman hacker tu" - Irdina "Sampai hati ke kau nak tengok aku bankrupt?" Ten...