01 | truth or dare?

298 12 0
                                    

BOTOL air plastik itu berpusing dan berhenti berhadapan dengan Fakira Sufia. Kali ini giliran Jasmin untuk menyoal pada Fakira.

"Truth or Dare?" Soal Jasmin pada Fakira.

Fakira yang secara tidak sengaja mengikut mereka bermain permainan buang masa itu memikir sebentar.

"Dare." Jawab Fakira dengan bersahaja. Dia tidak mahu main pun tetapi dia bosan. Terpaksa main sekali dengan monyet-monyet ni.

Fakira tidak menyangka yang dia akan terjebak dengan cabaran yang boleh memalukan dirinya sendiri.

"Kau serius? Jangan main-main." Asiyah menyilangkan tangannya di dada sambil memandang tepat ke arah mata Fakira.

Fakira mengangguk. Ini semua permainan kanak-kanak, apa yang nak ditakutkan sangat.

"Baiklah. Bersiap sedia!" Jasmin dan Asiyah saling berpandangan sambil tersengih-sengih jahat.

Fakira yang menantikan cabaran yang akan diberi oleh dua rakannya itu hanya sabar menunggu. Lambat betul.

"Cepatlah. Lama betul fikir." Fakira sudah hilang sabar.

"Aku cabar kau tulis surat cinta dekat Dzafir kelas 5 Landskap tu HAHAHA!" Kata Jasmin sambil menghulurkan pen dan kertas yang berwarna merah jambu.

"Dzafir? Dzafir mana ni?" Soal Fakira pelik. Ada ke budak nama Dzafir dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Cempaka ni?

"Kau tak kenal? Ex si Elisya 5 Account tu! Tengku Dzafir Afwa." Jelas Asiyah.

"Kau ni siapa je kau kenal? Even Dzafir batch kita sendiri pun tak kenal. Teruk kau ni. Duduk dalam gua?" Jasmin menggeleng hampa. Fakira menjeling mereka berdua tanda menyampah.

"Sikit-sikit sudahla perli tu. Dahla, lewat dah ni, pukul 11 nanti warden tutup lampu koridor. Esok-esok jela aku tulis." Kata Fakira sambil memanjat naik ke atas katilnya.

Selimut berwarna biru langit itu di tarik menyelubungi badannya yang langsing.

"Jangan lupa tau tulis surat tu. Esok awal-awal pagi kita letak dekat bawah meja mamat tu. Kalau tak, aku simbah sambal ikan bilis makcik DM dekat tudung kau." Asiyah memberi amaran pada Fakira. Jasmin ketawa perlahan, tidak mahu mengganggu penghuni asrama lain.

"Yela-yela. Shuh! Pi balik dorm korang la." Kata Fakira sambil memejamkan matanya.

Tidur. Tidur senyenyak-nyenyaknya Fakira Sufia. Esok akan bermula hari yang mencabar.

-to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now